Dakwaan Vlogger Korea Ditegur Buat Simbol Tangan Peace Kerana Ia Dilarang Di Turkiye Raih Perhatian [Video]
Menerusi video yang dikongsikan, kelihatan pihak berkuasa yang menjaga kawasan terbabit menegur YouTuber berkenaan kerana membuat simbol ‘peace’.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu
Aktiviti melancong seperti melawat ke negara luar merupakan perkara yang menarik untuk dilakukan.
Ini kerana, kita tidak sahaja dapat berkunjung ke negara yang sudah lama diidam-idamkan bahkan dapat mempelajari mengenai budaya, masyarakat serta pentadbiran sesebuah negara.
Perkara ini secara tidak langsung membuatkan kita cakna apakah perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan serta memahami budaya mereka dengan lebih baik.
Vlogger Korea ditegur ketika buat simbol tangan ‘peace’
Baru-baru ini, seorang vlogger wanita dari Korea Selatan telah berkongsi pengalamannya sewaktu berkunjung ke Turkiye. Jelasnya dia baru mengetahui ada simbol yang sering digunakan oleh masyarakat dunia rupanya adalah perkara dilarang di negara berkenaan.
Menerusi video yang dikongsikan oleh Tyongeee di TikTok, awalnya kelihatan dia telah berkunjung ke suatu tempat yang dipercayai masjid di negara berkenaan.
Sewaktu membuat rakaman memaparkan dirinya di dalam masjid dengan memakai tudung litup kelihatan Tyongeee membuat simbol tangan ‘peace’.
Dia kemudian didatangi pihak berkuasa yang menjaga masjid berkenaan sebelum ditegur mengenai perbuatannya itu.
Tyongee lalu menjelaskan dia hanya mengambil video, namun pihak berkuasa itu dengan tenang dan lembut menjelaskan mereka tidak menghalangnya mengambil video.
Ada pihak berkuasa tegur tak boleh buat simbol peace di Turkiye
Namun simbol peace yang dilakukan itu adalah perkara yang dilarang untuk dilakukan di negara berkenaan.
“Membuat simbol ini ✌🏻. Dalam budaya awak ia bermaksud ketenangan namun di Turkiye ia bermaksud keganasan,” ujar lelaki itu.
Mendengar penjelasan itu, Tyongee segera memohon maaf kerana dia tidak mengetahui mengenai perkara tersebut.
Vlogger kemudian bertanya sekali lagi kepada lelaki berkenaan bagaimana pula dengan simbol ‘mini love’, dia lalu mengatakan ia tidak mengapa dan menjelaskan mereka mengetahui maksudnya.
“Saya tidak tahu langsung. Ia adalah menarik saya dapat mempelajari budaya dan adab baharu apabila saya berjalan. Jika awak ke masjid di Turkiye, elakkan menggunakan sign berkenaan.”
@tyongeee I did not know at all! it’s amazing how I geto to learn a new culture and manner whenever I travel ☺️ 튀르키에 모스크에 간다면 쁘이싸인은 자제해보아용 #turkey #travel #trip #mosque #korean #튀르키예 #여행 #여행크리에이터 #이스탄불 #CulturalExperience #Istanbul #YemekVlog #TatlıZamanı #TürkTatlıları türki̇ye #fyp #foryou #추천떠라
♬ Tyong Funny3 – Musicbox
@tyongeee Türkiye is heaven! MILA 😻❤️ who wanna see photo of me and Mila? 진짜 너무귀여워 한국으로 데려올걸 그랬어요.. #turkey #travel #trip #cat #kitty #고양이 #korean #튀르키예 #여행 #여행크리에이터 #이스탄불 #CulturalExperience #Istanbul #YemekVlog #TatlıZamanı #TürkTatlıları #rabbit türki̇ye
♬ Tyong Cute – Musicbox
Video undang pelbagai perdebatan dikalangan netizen
Melihat di ruangan komen, video itu mengundang pelbagai pendapat di kalangan netizen.
Ini kerana ada yang memuji cara lelaki berkenaan menegur Tyongee kerana ia begitu beradab dan menerangkan mengapa dia tidak boleh melakukan perkara tersebut.
Namun ada juga merasakan simbol tangan tersebut bukanlah sesuatu yang haram. Malah ada netizen yang berasal dari Turkiye merasakan individu berkenaan hanya ingin mengenakan Tyongee.
Ada juga mengatakan ia mungkin bukan larangan di Turkiye namun sensitif untuk digunakan di beberapa kawasan pelancongan.
Menerusi carian kami, tidak dapat dipastikan sama ada simbol peace itu benar-benar tidak dibenarkan di Turkiye. Ini kerana antara simbol yang tidak molek adalah menunjukkan tanda ‘ok’ 👌🏻, lapor laman Travel Boston.
“Dia menasihatkan awak dengan sopan. Sentiasa menghormati negaranya.”

“Merasakan mereka menipu awak, saya ‘turkish’ dan ini pertama kali saya mendengarnya”

“Jadi saya tidak boleh melakukan simbol peace di Brazil dan Turkiye”

“Mereka sangat sopan”




