fbpx
Now Reading
Wanita Kecewa Kawan Baik ‘Judge’ Kerja Kilang, Ramai Tampil Beri Sokongan [Video]

Wanita Kecewa Kawan Baik ‘Judge’ Kerja Kilang, Ramai Tampil Beri Sokongan [Video]

Menerusi video yang dikongsikan kedengaran rakan kepada wanita itu menyifatkan kerja kilang sebagai ‘kerja biasa-biasa sahaja’.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Setiap individu yang sudah menginjak ke usia dewasa pasti akan mencari pekerjaan untuk kelangsungan hidup.

Kebiasaannya mereka akan mencari pekerjaan sesuai dengan bidang yang dipelajari namun ada juga yang terpaksa melompat ke industri yang berbeza.

Namun tidak kisahlah pekerjaan apa sekali pun yang dilakukan, asalkan ia membawa hasil yang halal serta berkat untuk diberikan kepada diri sendiri serta keluarga.

Malah keadaan semasa juga turut menghimpit segelintir individu memandangkan pada masa ini bukan mudah untuk mendapatkan peluang pekerjaan khususnya bagi mereka yang bergelar graduan baharu dan sebagainya.

Wanita kecewa rakan baik nilai dirinya kerja kilang

Baru-baru ini, seorang wanita telah berkongsi rasa kecewa terhadap rakan baiknya disebabkan sikapnya yang menilai pekerjaannya.

Menerusi video yang dikongsikan oleh Naila Biela di TikTok, awalnya kelihatan dia bersama rakannya itu di kedai makan untuk makan malam sambil berbual setelah lama tidak berjumpa.

Sewaktu berbual, kedengaran rakannya itu bertanya pekerjaannya semasanya, Naila kemudian menjawab dia bekerja di kilang.

Pelik dengan jawapan itu, rakannya kemudian bertanya tidakkan dia sebelum ini ingin menjadi guru. Naila bagaimanapun mengatakan itu adalah cita-citanya dahulu namun kini dia bekerja di sebuah kilang.

“Tak lah, kalau kilang kan orang kata biasa-biasa sahaja. Kalau cikgu sekurang-kurangnya kau ada masa depan. Kau ada pencen, kilang ni dah lah penat. Lepas tu, entahlah bagi aku kilang ni biasa-biasa sahaja,” kata rakannya itu.

Tak sangka rakan anggap kerja kilang seperti tiada masa depan

Mendengar perkara tersebut, kelihatan wajah Naila sedikit berubah kerana tidak menyangka rakannya itu menilai pekerjaannya yang bekerja di sektor swasta.

“Yeke? Bagi aku okay je. Kenapa hina sangat ke kerja kilang ni?” soalnya seolah-olah menahan sabar dengan sikap rakannya itu.

Namun rakannya itu seperti menafikan yang dia sedang menilai pekerjaan Naila dan perkara berkenaan membuatkan dia menghentikan rakaman.

Jelas Naila di ruangan kapsyen, dia berfikir banyak kali sebelum bertindak memuat naik video terbabit. Malah dia tidak menyangkan seorang individu yang dianggap sebagai kawan baik serta mengetahui bagaimana dia berusaha untuk kehidupan menilai pekerjaannya begitu rupa.

“Aku kerja halal, aku usaha sendiri dari kosong. Tak pernah sesen pun dari dia (kawan). Tapi bila aku pilih jalan yang tak ikut acuan ‘standard’ tak kerja ofis, tak pakai baju korporat, terus dipandang rendah.

“Ingatkan makin dewasa, makin matang cara fikir. Ingatkan bila umur bertambah, pemahaman dan empati pun ikut meningkat.

“Tapi rupanya umur tidak menjamin apa-apa. Kadang-kadang orang yang paliong lama kenal kita pun boleh jadi orang yang paling senang nilai hidup kita dari luar. Sedih tu bukan sebab orang luar cakap apa-apa. Tapi sebab yang pandang rendah tu kawan sendiri.

“Yang aku pernah percaya tak akan buat macam tu. Sekarang aku faham tak semua orang akan gembira tengok kita cari haluan sendiri dan tak semua kawan akan kekal jadi penyokong bila cara hidup kita tak sama dengan dia,” katanya di ruang kapsyen.

@nailabiela

Aku fikir banyak kali nak up atau tak! Tapi satu ja aku nak tanya hina ka aku kerja kilang? Aku betul² tak sangka, orang yang aku pernah anggap kawan baik.. yang kenal aku lama, yang pernah tahu struggle hidup aku.. boleh jadi orang yang paling awal judge kerja aku sekarang. Aku kerja halal, aku usaha sendiri dari kosong. Tak pernah minta sesen pun dari dia. Tapi bila aku pilih jalan yang tak ikut acuan ‘standard’.. tak kerja ofis, tak pakai baju korporat.. terus dipandang rendah. Ingatkan makin dewasa, makin matang cara fikir. Ingatkan bila umur bertambah, pemahaman dan empati pun ikut meningkat. Tapi rupanya umur tak jamin apa-apa. Kadang-kadang, orang yang paling lama kenal kita pun boleh jadi orang yang paling senang nilai hidup kita dari luar. Sedih tu bukan sebab orang luar cakap apa-apa… tapi sebab yang pandang rendah tu kawan sendiri. Yang aku pernah percaya takkan buat macam tu. Sekarang aku faham… tak semua orang akan gembira tengok kita cari haluan sendiri. Dan tak semua kawan akan kekal jadi penyokong bila cara hidup kita tak sama dengan dia. #foryou #beindependent #beyourself

♬ original sound – 𝓝𝓪𝓲𝓵𝓪☙ – 𝓝𝓪𝓲𝓵𝓪☙

Ramai beri kata semangat dan sifatkan kerja kilang banyak gaji

Melihat di ruangan komen, ramai yang memberi kata-kata semangat dan menyokong Naila dan berpendapat tidak kiralah pekerjaan apa sekali pun dilakukan asalkan ia dari sumber halal.

Malah ada juga mengatakan di dalam kilang itu terdapat banyak pangkat dan tidak boleh memukul rata atau memandang rendah.

Bukan hanya itu ada juga mengatakan rakan Naila mungkin tidak tahu mereka yang bekerja kilang juga mendapat gaji yang lebih tinggi.

Tidak kurang juga ada yang mengatakan dengan kerja kilang mereka dapat menyelesaikan hutang apa yang penting adalah seseorang perlu pandai mengendalikan kewangan.

“Orang kerja kerajaan ramai datang cari kita nak pinjam duit tau”

“Dia tak tahu ya kerja kilang lagi kaya dari dia”

“Bila makin besar makin dewasa ni. Kita kena biasakan masuk telinga kiri keluar telinga kanan tak berbaloi untuk simpan apa orang luar kata. Sebab penghujungnya banyak lagi benda nak kena fikir..”

“Aku bukan apa tau. Orang jenis ni kan, kita tak boleh emosi tau. Kita kena jawab soalan dia tapi dengan nada riak. Bagi dia annoying dengan kita”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.