fbpx

Tular Lelaki Buka Kedai Tomyam Di India Selepas Pulang Dari Malaysia [Video]

Dalam video tersebut, lelaki dikenali sebagai Kani Boy itu menunjukkan beberapa makanan yang akan dijual di kedai ‘Tomyam Malaysia’ di mana semua menu berasal dari Asia Tenggara.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Tidak dinafikan, Malaysia merupakan salah satu negara yang menjadi destinasi percutian bagi pelancong-pelancong luar negara terutamanya dari Eropah.

Selain banyak tempat menarik, kepelbagaian makanan yang ada di negara ini juga dapat menarik minat pelancong asing.

Malah, ada segelintir daripada mereka yang terus jatuh cinta dengan makanan-makanan di Malaysia setelah mencubanya buat kali pertama.

Tular lelaki India buka kedai makanan Malaysia di negaranya

Seperti baru-baru ini, tular di media sosial seorang lelaki warga India dilaporkan membuka sebuah kedai makanan bernama Tomyam Malaysia di negaranya.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @abg.is78, lelaki itu didakwa pernah bekerja di Malaysia sebelum pulang semula ke negaranya dan membuka kedai berkenaan.

Dalam video tersebut, lelaki terbabit menunjukkan beberapa menu makanan yang akan dijual di kedainya itu di mana semuanya dari Asia Tenggara.

Pun begitu, semakan kami mendapati tiada kepastian bahawa lelaki yang dikenali sebagai Kani Boy itu pernah bekerja di Malaysia. Atau mungkin kedatangannya ke negara ini hanya untuk bercuti sahaja.

@abg.is78

♬ original sound – RIDZUAN

Kani sering berkongsi mengenai kedai tomyam miliknya di Facebook

Semakan kami di laman Facebook juga mendapati Kani sering berkongsi mengenai perkembangan kedainya itu.

Kelihatan ramai warga India yang hadir ingin merasai makanan-makanan seperti nasi lemak, roti canai, rojak, tomyam dan sate.

Difahamkan, kedai Tomyam Malaysia itu dibina sejak bulan Jun dan mula beroperasi pada 2 Julai lalu. Selain menjual makanan-makanan dari Asia Tenggara, Kani juga dilihat pandai menebar roti canai.

@kani.boy47

♬ original sound – kani boy

Sekadar info, makanan seperti tomyam, rojak, nasi ayam, dan sate sememangnya banyak dijual di Malaysia, namun bukan semuanya berasal dari negara ini.

Sebagai contoh, tomyam yang berasal dari Thailand boleh didapati dengan mudah di kebanyakan kawasan di Malaysia terutamanya di sebelah utara dan timur.

Bahkan, rojak dan ayam penyet pula banyak terdapat di Selatan Malaysia dan dikatakan berasal dari negara seberang.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.