fbpx
Now Reading
Tindakan Pemandu Wanita Himpit Kereta Lain Ketika Masuk Lorong & Tunjuk Isyarat Lucah Cetus Perdebatan [Video]

Tindakan Pemandu Wanita Himpit Kereta Lain Ketika Masuk Lorong & Tunjuk Isyarat Lucah Cetus Perdebatan [Video]

Menerus video yang dikongsikan, kelihatan pemandu wanita berkenaan menunjukkan isyarat lucah selepas dihon oleh pemilik dashcam.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Rakaman kamera papan pemuka atau turut dikenali sebagai dashcam merupakan salah satu alat atau aksesori yang penting buat kenderaan di masa kini.

Ini kerana rakaman dashcam juga boleh menjadi bukti sekiranya berlaku kejadian yang tidak diingini di jalan raya.

Malah ramai yang sudah mula sedar akan kepentingan dashcam dan mula memasangnya pada kenderaan.

Pemilik dashcam kongsi insiden pemandu wanita tunjuk isyarat lucah

Baru-baru ini seorang pemandu telah berkongsi insiden memaparkan kenderaannya yang hampir terbabit kemalangan dengan seorang pemandu wanita.

Menerusi video yang dikongsikan oleh Keladi Purple di TikTok, awalnya kelihatan pemilik dashcam daripada lorong kanan dan menukar laluan untuk masuk ke simpang kiri.

Namun sewaktu dia berada di lorong kanan simpang berkenaan kelihatan sebuah kereta Picanto berwarna biru telah datang dari lorong kiri menghimpit ke lorong kanan secara tiba-tiba.

Tindakan berbahaya pemandu berkenaan membuatkan pemilik dashcam membunyikan hon sebagai tanda amaran.

Pemandu tunjuk isyarat lucah selepas kena hon

Pemilik dashcam kemudiannya menukar ke lorong kiri dan membunyikan hon sekali lagi sebelum menghimpit semula ke lorong kanan.

Tindakannya membnyikan hon dan masuk mengejut mungkin menyebabkan pemandu wanita berkenaan berang sebelum menunjukkan isyarat lucah ke arah kereta pemilik dashcam.

Di ruangan kapsyen, pemilik dashcam berharap agar pemandu wanita itu untuk melihat semula kesalahan dilakukannya jika rakaman tersebut muncul di akaun media sosialnya.

“Kepada akak kereta biru harap kau notis apa salah kau, jangan tahu nak tunjuk jari tengah je,” katanya.

@keladipurple0

#dashcamvideos Kepada akak kereta biru harap ko notice ape salah ko jgn tau nk tunjuk jari tgh je, bertudung elok prangai srupe bohzia

♬ original sound – keladipurple0 – keladipurple0

Video rakaman kereta biru tiba-tiba himpit lorong kanan raih pelbagai pendapat

Menjengah ke ruangan komen video yang dikongsikan itu turut mengundang pelbagai pendapat di kalangan orang ramai.

Ini kerana ada yang mengecam tindakan pemandu wanita kerana menunjukkan isyarat tidak sepatutnya selepas menghimpit secara tiba-tiba ke laluan pemilik dashcam.

Malah ada juga yang meminta agar perkara tersebut di bawa ke pihak berwajib untuk tindakan lanjut.

Pemilik dashcam jelaskan keluar dari bulatan dan tunjuk rakaman dari kamera belakang

Namun ada juga yang bertanya kepada pemilik dashcam mengapa kereta yang dipandunya itu dari lorong kanan terus melangkaui dua lorong untuk masuk ke simpang kiri.

Pemilik dashcam kemudiannya menjawab soalan tersebut dengan memuat naik satu lagi rakaman memaparkan kamera arah belakang.

Jelasnya dia daripada bulatan dan menukar laluan ke lorong kiri untuk masuk ke simpang berkenaan.

Manakala kereta tersebut daripada arah kiri dan pemandu sepatutnya berada di lorong terbabit sebelum menukar laluan.

“Kereta biru ni dari arah kiri ni. Kereta biru ni patut kena stay dalam lorong kiri ni macam kereta kelabu tu. Tapi kereta biru terus ke depan saya, himpit masuk jalan saya belah kanan,” jelasnya lagi dalam video terbabit.

Malah pemilik dashcam berpendapat mereka sama-sama keluar dari bulatan justeru perlu kekal di lorong masing-masing dan bukannya terus ‘memancung’ masuk ke lorong lain.

Menerusi rakaman tersebut dipercayai insiden itu berlaku jam 8.20 pagi pada 15 Julai lalu.

@keladipurple0

Replying to @Nooratikah ni roundabout kak, sama2 keluar dari roundabout stay dlm lane sndiri dulu bukan terus pancung org mcm xde lesen

♬ Trap Epic – Energysound

“Wei jalan ni memang orang suka himpit lorong kanan tu lah. Aku pun tak faham kenapa tak duduk lorong kiri je”

“Maaf lah kan. Abang dari lorong paling kanan tiba-tiba masuk kiri terus lompat dua lorong okay je. Boleh tak bagi video belakang masa lompat masuk tu. Ada kemungkinan abang potong tu pun cara salah.”

“Report dalam aplikasi MyJPJ je bang. Habis cerita”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.