fbpx
Now Reading
“KO Before The Bell” – Tular Pak Guard Ajak Bergaduh, Sekali Tumbang Makan Penumbuk [Video]

“KO Before The Bell” – Tular Pak Guard Ajak Bergaduh, Sekali Tumbang Makan Penumbuk [Video]

Lelaki tersebut bukan lah individu biasa, sebaliknya seorang atlet dan jurulatih Mixed Martial Arts (MMA) dan guru matematik di sebuah sekolah yang dikenali Tony Lim.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Tidak dinafikan, sebagai manusia kita juga mempunyai had kesabaran, namun itu bukan lah alasan untuk kita bertindak sehingga memukul atau mengajak seseorang untuk bergaduh.

Hal ini kerana pergaduhan tidak akan dapat menyelesaikan masalah yang berlaku, sebaliknya mengeruhkan lagi keadaan.

Malah, mengajak seseorang bergaduh juga boleh menjadi satu kesilapan yang besar apabila kita tidak cukup mengenali individu yang diajak berlawan.

Pengawal keselamatan ajak gaduh, tapi dia yang KO

Seperti baru-baru ini, tular di media sosial seorang lelaki dipercayai pengawal keselamatan yang tumbang secara ‘knock out’ (KO) selepas mengajak seorang lagi lelaki untuk bergaduh.

Menerusi perkongsian video yang dimuat naik di akaun Facebook Borneo, kelihatan pengawal keselamatan tidak beruniform dan memakai baju hitam itu melakukan provokasi mengajak lelaki berkenaan untuk bergaduh.

Bagaimanapun, kelihatan lelaki terbabit tetap menahan sabar kerana tidak mahu mencetuskan pergaduhan.

Lelaki diajak gaduh rupanya atlet dan jurulatih MMA

Namun, tahap kesabaran lelaki berkenaan mula hilang selepas ‘security’ itu menunjukkan isyarat lucah dan menolak mukanya.

Kelihatan beberapa individu lain yang berada di tempat kejadian cuba menenangkan kedua-dua pihak, namun pengawal keselamatan berkenaan tetap ingin meneruskan pergaduhan.

Tindakannya itu akhirnya memakan diri selepas tumbukan yang dilakukan oleh lelaki berkenaan tepat terkena wajah jaga tersebut menyebabkan dia terjatuh sebelum kepalanya terhantuk pada tiang besi.

Lelaki tersebut bukan lah individu biasa, sebaliknya seorang atlet dan jurulatih Mixed Martial Arts (MMA) dan guru matematik di sebuah sekolah yang dikenali Tony Lim.

Simpan video penyelia keselamatan bersikap ganas didakwa punca pergaduhan berlaku

Seorang pengguna Instagram @oscarchaikahei yang mendakwa sebagai adik kepada Tony telah tampil mendedahkan apa yang sebenarnya yang berlaku sehingga tercetus pergaduhan itu.

Dakwa individu itu, lelaki berbaju hitam terbabit merupakan penyelia keselamatan di kondominium yang didiami oleh abangnya.

“Seminggu sebelum pergaduhan berlaku, lelaki itu bersikap ganas terhadap seorang penduduk, dan abang saya sempat merakam kejadian tersebut.

“Sepanjang minggu itu, lelaki berbadan besar terbabit terus-menerus menegur dan mengugut abang saya dengan agresif supaya tidak menyebarkan video tersebut. Dia terus memprovokasi abang saya sehingga akhirnya tercetus pergaduhan itu,” dakwanya.

Netizen puas hati lihat pengawal keselamatan acah kuat KO

Memindai ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial berpuas hati dengan tindakan lelaki terbabit ‘menumbangkan’ pengawal keselamatan yang berlagak kuat itu.

Tidak hanya itu, kebanyakan netizen juga memuji kesabaran Tony yang cuba sedaya upaya agar tidak bergaduh dengan pengawal keselamatan meskipun berulang kali diprovokasi.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.