fbpx
Now Reading
Bayar Satu Tapi Dapat Dua Barang Dari Vending Machine, Boleh Ke Ambil? Ini Penjelasan UAI

Bayar Satu Tapi Dapat Dua Barang Dari Vending Machine, Boleh Ke Ambil? Ini Penjelasan UAI

Menurut Ustaz Azhar Idrus, seseorang itu dibenarkan mengambil barang kedua yang keluar daripada mesin tersebut hanya jika telah membuat pembayaran kali kedua.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Jika perasan, kebanyakan tempat khususnya di kawasan rehat dan rawat (R&R) atau pusat membeli belah menyediakan mesin layan diri atau vending machine.

Ia dianggap satu kemudahan buat sesetengah individu yang malas untuk beratur mendapatkan barang yang diingini dalam kedai.

Apatah lagi, kebanyakan vending machine menjual barang seperti minuman dan makanan yang bersifat ‘on the go’ pastinya memudahkan individu.

Kadangkala, membeli barang dari mesin ini dianggap tuah kerana ada yang bernasib baik apabila membayar satu namun mendapat dua barang.

Mesti ada yang menganggap ia sebagai rezeki tetapi pernah tak terfikir hukum jika mengambil barang yang berlebihan itu?

Haram Ambil Barang Kedua Melainkan Buat Pembayaran Kali Kedua – UAI

Menurut penceramah dan pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus (UAI), haram seseorang itu mengambil barang berlebihan yang keluar daripada vending machine tersebut.

Jelasnya yang menjawab pertanyaan orang ramai dalam satu ceramah, seseorang itu dibenarkan mengambil barang kedua yang keluar daripada mesin tersebut jika telah membuat pembayaran kali kedua.

“Boleh ke kita ambil dua (barang) tapi bayar satu, jawabnya haram. Wajib ambil satu sahaja. Melainkan kita bayar lagi sekali, boleh ambil dua.

“Sebab kesalahan orang tidak menghalalkan kita jadi harta kita. Orang tersilap kira (duit), duit kita kena pulangkan balik,” jawabnya.

Kalau Vending Machine Rosak & Pulangkan Duit Tetapi Barang Tetap Keluar, Boleh Ambil Atau Tidak?

Sekiranya vending machine rosak namun tetap mengeluarkan barang yang dibeli, bagaimana pula hukumnya?

Memetik laman Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, hukum yang sama turut terpakai sekiranya ada yang berhadapan situasi sebegitu.

“Kami melihat adalah haram dan dilarang untuk mengambil minuman atau makanan dari mesin air (vending machine) yang rosak tanpa membuat pembayaran.

“Dalam keadaan tersebut, pembeli yang telah mengambil air perlulah membayar semula harga air yang diambil dengan cara manual kepada pemilik mesin air itu.

“Ini kerana konsep yang diketengahkan dalam muamalah ini (vending machine) adalah jual beli yang bermaksud kita sebagai pelanggan membeli dan dia sebagai penjual menjual.

“Kita telah mendapatkan hak kita sedangkan dia belum lagi mendapatkan haknya. Justeru, bayarlah,” jelas mereka.

Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Luar Negara Puji Sikap Jujur Rakyat Malaysia, Tak Curi Tin Minuman Atas Vending Machine [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Ramai Masih Keliru Hukum Beli Blind Box, Ini Penjelasannya

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.