“MasyaAllah”- Aksi Lelaki Pimpin Tangan Rakan OKU Penglihatan Sertai Marathon Buat Ramai Sebak [Video]
Menerusi video yang dikongsikan, kelihatan Adry yang memakai baju hitam memimpin tangan rakannya sehingga ke garisan penamat.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Hidup berkawan merupakan salah satu perkara biasa yang dilakukan oleh setiap individu di muka bumi ini.
Dalam berkawan tidak semua yang boleh menjadi sahabat sejati serta sentiasa ada bersama dikala susah mahupun senang.
Namun setiap di antara kita pasti ada kumpulan kawan yang bukan sahaja baik bahkan sudah dianggap seperti ahli keluarga sendiri dek kerana keakraban yang terjalin.
Kawan sebegini sebut sahaja apa perkara yang inginkan pasti bantuan akan cuba dihulur semampunya untuk memudahkan sahabat yang disayangi.
BACA ARTIKEL BERKAITAN: Ramai Puji Kanak-Kanak Prihatin Pujuk Rakan Sekolah Menangis Ketika Tunggu Ibu Bapa [Video]
BACA ARTIKEL BERKAITAN: 3 Sekawan Tunaikan Permintaan Rakan OKU Tiada Kaki, Teringin Nak Rasa ‘Vibe’ Joging [Video]
Rakan pimpin tangan lelaki OKU penglihatan ketika sertai acara marathon
Baru-baru ini, dua orang lelaki yang menyertai larian marathon sejauh 21 kilometer telah menjadi perhatian ramai.
Menerusi video yang dikongsikan oleh Aida Shafit di TikTok, awalnya kelihatan Aida menunjukkan gelagat dua lelaki berkenaan berpimpin tangan sewaktu melakukan acara larian tersebut.
Kelihatan juga di bahagian belakang baju mereka terdapat satu notis makluman untuk memaklumkan kepada peserta lain mengenai keadaan mereka.
Aida juga berkongsi gambar notis yang dilekatkan pada baju sebenarnya memaklumkan mengenai keadaan peserta yang dikenali sebagai Adry Fazmi merupakan Orang Kurang Upaya (OKU) penglihatan.
Tidak hanya pimpin tangan tapi turut jaga rakan OKU sepanjang acara
Bukan sekadar memimpin tangan untuk menghabiskan larian tersebut, bahkan turut kelihatan rakannya yang dikenali sebagai Ammar Naim Azmi sentiasa menjaga Adry sepanjang acara itu berlangsung.
Apa yang lebih menarik, mereka berjaya menghabiskan larian terbabit sehingga ke garisan penamat bersama-sama dengan wajah yang begitu gembira.
Momen dua sahabat ini secara tidak langsung menunjukkan nilai positif sebagai kawan di mana mereka mengharungi cabaran bersama-sama dalam menghabiskan larian berkenaan.
Meskipun Adry mempunyai kekurangan namun ia bukan alasan buatnya untuk berputus asa dan menghabiskan larian bersama Ammar.
@aidashafit his name is @Adry Fazmi and @ammarnaimazmi #scoremarathon2025 #run #halfmarathon #fyp #foryou #foryoupage #Fitness #dei
♬ Scott Street (Slowed Down) – Phoebe Bridgers
Ramai sebak dan terinspirasi melihat dua rakan bersama-sama tempuhi cabaran dalam marathon
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang sebak serta bangga melihat dua sahabat itu dalam acara larian berkenaan.
Malah ada yang mengatakan tidak semua orang mempunyai sahabat yang sejati dan ia merupakan satu inspirasi buat semua.
Tidak kurang juga ada yang mengatakan mereka adalah pemenang sebenar di dalam acara terbabit.
“Tak sangka dekat Malaysia pun ada. Baru je tengok dekat YouTube masa Boston marathon ada peserta tolong kawan ni macam ni juga sehingga habiskan marathon”

“Perkara yang menginspirasikan, salute”

“Saya yang cukup sifat pun malas nak lari, nikmat apa yang kami dustakan wahai hamba Allah”

“Mantap, kalau tahu pasti saya tunggu sorak dekat tepi”

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Ayah Sudah Tidak Nampak, Tapi Sahabat Selalu Datang Pimpin Bawa Ke Masjid [Video]



