fbpx
Now Reading
Lelaki Dakwa Ray-Ban Meta Dirampas Di Airport Jeddah, Baru Tahu Rupanya Tak Boleh Bawa [Video]

Lelaki Dakwa Ray-Ban Meta Dirampas Di Airport Jeddah, Baru Tahu Rupanya Tak Boleh Bawa [Video]

Menurut lelaki itu, dia ditahan ketika pemeriksaan bagasi dilakukan di lapangan terbang terbabit oleh pegawai-pegawai yang bertugas.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Seiring perkembangan teknologi pada masa kini, kita boleh melihat pelbagai gajet baharu yang dicipta untuk memudahkan lagi sesuatu urusan.

Sebagai contoh, jika dahulu kita perlu meletakkan kamera di kepala untuk merakam sudut pandangan kita atau dipanggil ‘point of view’ (POV). Namun kini, terdapat cermin mata pintar yang boleh merakamnya seperti jenama Ray-Ban Meta.

Pun begitu, teknologi sebegini tidak lah boleh digunakan secara sesuka hati di mana-mana sahaja kerana terdapat kawasan atau negara yang melarangnya.

Lelaki dakwa Ray-Ban Meta miliknya dirampas ketika berada di Airport Jeddah

Seperti baru-baru ini, tular di media sosial seorang lelaki dikenali sebagai Rahim Azhari yang juga pendakwah dan hos mendakwa Ray-Ban Meta miliknya telah dirampas di Lapangan Terbang Antarabangsa Jeddah, Arab Saudi.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok miliknya, Rahim berkata rampasan ‘smart glasses’ itu berlaku semasa dia ingin ke Tanah Suci untuk menunaikan ibadah umrah.

“Cerita sedih, sampai sahaja di Jeddah, saya punya Ray-Ban Meta dirampas oleh pegawai di Airport Jeddah, (saya) baru tahu sebenarnya cermin mata ada kamera tak boleh dibawa sebenarnya,” katanya.

Ditahan ketika pemeriksaan bagasi, nyaris didenda lebih RM1,000

Menurutnya, dia ditahan ketika pemeriksaan bagasi dilakukan di lapangan terbang terbabit oleh pegawai-pegawai yang bertugas.

Jelas Rahim lagi, selepas mendapati terdapat cermin mata kamera itu, pegawai berkenaan membawanya memasuki pejabat untuk disoal siasat.

Dia juga mendakwa hampir dikenakan denda sebanyak 1,000 Riyal (kira-kira RM1,132) namun denda tersebut dikecualikan selepas dia membuat rayuan dengan berkomunikasi di dalam bahasa Arab.

Susulan itu, Rahim menasihati orang ramai yang ingin melakukan umrah agar tidak membawa cermin mata kamera itu ke Tanah Suci.

@rahimazhari

Dah lah baru beli. Semoga Allah gantikan dengan yang lebih baik nanti.

♬ Emotional Cinematic Sad Violin and Piano – ISAo

Sebelum ini, seorang YouTuber, Tech Unicorn mendakwa nyaris dihalang menaiki sebuah kapal persiaran kerana menggunakan Ray-Ban Meta.

Malah, penggunaan cermin mata itu menyebabkan dia disiasat oleh pihak keselamatan selain cermin mata itu turut dirampas atas alasan keselamatan.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.