Didakwa Anjur Program Motivasi ‘Terlampau’, Ini Respon Penganjur eHati
Pengasas bersama eHati turut menafikan dakwaan yang mereka membawa peserta ke Bali, Indonesia untuk menyebarkan ajaran sesat.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Sejak semalam kecoh mengenai satu program motivasi rumah tangga, e-Hati yang didakwa dilakukan secara ‘terlampau’ sehingga melanggar syariat Islam.
Antara dakwaan yang timbul adalah penggunaan air mengkhayalkan dikenali sebagai ‘ Air Piya’ dan menyebarkan ajaran sesat semasa program berlangsung pada September lalu dengan sasaran utama adalah golongan wanita bekerja serta berdepan krisis rumah tangga.
Ia mula timbul selepas seorang pengguna Facebook mendedahkan perkara berkenaan menerusi beberapa siri hantaran.
Susulan itu pihak berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengesahkan sudah membuka siasatan terhadap penganjuran program eHati itu.
Baca Artikel Berkaitan: Isu Program Motivasi eHati: Polis Selangor Buka 3 Kertas Siasatan
Dakwaan di media sosial tidak tepat & boleh timbulkan fitnah – Pengasas eHati
Terbaharu pengasas bersama eHati, Diyana Tahir dan Rahim Shukor tampil menafikan dakwaan yang program anjuran mereka mengandungi unsur yang mengugat pegangan akidah umat Islam atau bertentangan dengan maqasid usul akhlak mulia.
Pasangan itu menerusi satu kenyataan bersama yang dikongsikan di media sosial mendakwa kenyataan yang dimuat naik oleh pengguna Facebook, Masyitah Ashaari berkenaan adalah tidak tepat dan boleh menimbulkan fitnah terhadap mereka dan eHati.
Dakwa eHati, program yang ditawarkan adalah untuk membantu wanita di Malaysia dalam mendapatkan ketenangan dan kebahagian selain memulihkan trauma. Modulnya pula terbahagi kepada beberapa kategori berlandaskan:
- Hipnoterapi
- Psikoterapi
- Neuro Linguistic Programming (NLP)
Tegasnyan lagi kesemua modul-modul ini adalah “berlandaskan kasih sayang dan kepercayaan bahawa setiap hubungan perkahwinan dapat dipulihkan.” Malah mereka membuat penafian ada mengalakkan peserta untuk tidak berkahwin dan bersuami.
Minuman piya tiada bahan terlarang, hanya campuran koko dan rempah – eHati
Mengulas mengenai minum Piya yang tular, pihak eHati mendakwa ia hanyalah campuran koko asli (raw cocoa) madu dan rempah semula jadi yang dirumus untuk menenangkan fikiran dan badan.
Malah mereka menafikan ia mengandungi bahan terlarang atau cendawan ajaib seperti yang didakwa.
Nafi bawa peserta ke Bali untuk sebar ajaran sesat, dakwa lelaki tular hanyalah pakar ‘detox’ kesihatan
Pasangan ini turut menafikan dakwaan yang mereka membawa peserta ke Bali, Indonesia untuk menyebarkan ajaran sesat.
Sebalikya gambar tular adalah semasa aktiviti breathwork yang diambil dari satu program retreat mereka.
Malah mereka mendakwa foto lelaki yang tular bersama gambar tersebut hanyalah pakar detox kesihatan dan bukannya guru spiritual dari mana-mana agama lain.
Tambah pasangan itu lagi, mereka sebelum ini telah menerima menerima ‘greenlight’ dari pihak Jais selepas tampil memberi keterangan pada November 2022 berhubung satu program yang dianjurkan eHati.
Malah mereka mendakwa telah mendapat nasihat dari Jais untuk menyertakan satu disclaimer kepada para peserta sebaik memberi penjelasan terhadap segala soalan yang dikemukakan badan agama itu.
Nafi ada siasatan rasmi terhadap eHati
Lebih mencuri tumpuan, pengasas bersama eHati itu mendakwa tiada sebarang siasatan rasmi telah dijalankan terhadap syarikat mereka sebelum JAKIM dan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan mengeluarkan kenyataan media yang menyebut program mereka membawa ajaran yang menyimpang.
“Kenyataan media yang dikeluarkan (pihak autoriti) hanya berpandukan posting yang tular dan tidak dikenalpasti pemilik sebenar akaun tersebut. Kami percaya seharusnya setiap maklumat yang diterima perlu ditentukan kesahihan dan keabsahan terlebih dahulu,” tulis mereka lagi.
Justeru eHati menyarankan Pejabat Mufti WPKL dan JAKIM untuk menyelidik terlebih dahulu sebarang kenyataan di media sosial bagi memastikan kebenarannya sebelum mengeluarkan “kenyataan yang boleh menghukum”
Untuk kenyataan media penuh baca di bawah:
I steer BuzzKini's editorial voice and online presence, consulting senior leadership when it matters while enjoying music, books, and the outdoors.



