Gelagat Lelaki Selamba Sertai Pekerja Promosi Roti ‘Tester’ Raih Perhatian [Video]
Menerusi video yang dikongsikan, lelaki berkenaan turut memberitahu orang ramai yang mencuba bahawa roti tersebut ada dijual panas ketika melakukan aksi ‘side quest’ itu.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Setiap kali ke pasar raya, kedai menjual makanan atau di pasar malam pasti kita pernah melihat gelagat peniaga dan pekerja memanggil pelanggan untuk membeli barangan yang dijual.
Laugan yang memanggil orang ramai di kawasan berkenaan secara tidak langsung telah menjadi salah satu bentuk pemasaran untuk menarik bakal pelanggan datang singgah ke kedai mereka.
Namun segelintir individu mungkin merasakan ia sesuatu perkara menarik untuk dicuba. Ini kerana tidak semua mempunyai keberanian serta keyakinan dalam diri untuk memanggil orang ramai datang ke kedai.
Lelaki saja cuba panggil pelanggan cuba rasa roti walaupun bukan pekerja
Perkara sama turut dilakukan oleh seorang lelaki ini apabila dia dilihat ingin mencuba memanggil pelanggan untuk merasai roti yang disediakan sewaktu berkunjung ke sebuah kedai bakeri di pusat membeli-belah.
Menerusi video yang dikongsikan oleh @cemaa60 di TikTok, awalnya kelihatan dia telah berkunjung ke kedai roti di sebuah pusat membeli-belah.
Dia kemudian dipercayai terlihat beberapa pekerja wanita yang berada di hadapan kedai sedang memanggil orang ramai untuk mencuba roti krim keju bawang putih yang dijual kedai tersebut.
Para pekerja wanita itu dilihat memanggil orang ramai dengan membunyikan loceng untuk menarik perhatian.
Terus tanya boleh tak nak cuba panggil orang ramai cuba roti
Cemaa yang melihat perkara itu kemudiannya bertanya kepada seorang pekerja wanita yang memegang loceng dan bertanya adakah boleh jika dia ingin mencuba untuk memanggil orang ramai bagi mencuba roti berkenaan.
Pekerja itu membenarkannya, lantas dia mengambil loceng tersebut dan melaungkan dengan kuat ‘Garlic Cream Cheese!’ bersama dengan pekerja itu.
Malah kedengaran para pekerja turut bersorak untuk memanggil lagi orang ramai datang mencuba roti tersebut.
Cemaa melaungkan nama roti terbabit beberapa kali sehingga menarik perhatian orang ramai untuk datang mencubanya.
“Garlic Cream Cheese! Tester, tester. Mari cuba dahulu,” katanya sewaktu memanggil orang ramai sambil membunyikan loceng.
Siap bagitahu ada jual panas-panas
Malah dia juga turut mempromosikan dengan mengatakan roti tersebut ada dijual panas-panas.
“Buat kerja sampingan,” tulisnya di ruangan kapsyen sambil tertawa.
@camaa60 buat side quests HAHAHHA #fypシ゚viral #fyp #fypage #fypmalaysia
♬ original sound – camahensem – camahensem
Ramai terhibur dan kagum dengan lelaki laung panggil orang ramai cuba roti
Melihat di ruangan komen, ramai yang terhibur melihat gelagat lelaki berkenaan yang melaung-laung memanggil orang ramai.
Bukan hanya itu, ada yang berpendapat aksi lelaki terbabit seolah-olah seperti di pasar malam.
Ramai juga yang kagum kerana daripada tidak ramai yang datang singgah mencuba selepas dia membuat laungan itu kedai tersebut mula didatangi orang ramai.
Malah sikap bersahaja lelaki berkenaan yang ingin mencuba untuk membuat promosi kedai itu turut disifatkan ‘random’ oleh segelintir netizen.
“Dah macam pasar malam kau buat bang”

“‘Garlic Cream Cheseeeee.’ Terus meriah situ.”

“Weh best ya jadi ekstrovert”

“Terus semangat akak tu suara pun naik sama”




