fbpx
Now Reading
Boleh Ke Balik Hotel Tanggal Ihram & Pakai Tuala Untuk Ke Tandas? Ini Penjelasan Mutawif [Video]

Boleh Ke Balik Hotel Tanggal Ihram & Pakai Tuala Untuk Ke Tandas? Ini Penjelasan Mutawif [Video]

Menurut mutawwif yang dikenali sebagai Ashraf, jahitan yang dilarang adalah kain yang dijahit untuk mencantumkan satu bahagian ke satu bahagian yang lain.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Menunaikan ibadah umrah dan haji merupakan impian setiap umat Islam kerana peluang berharga sebegitu boleh dimanfaatkan untuk berdoa serta memohon keampunan daripada Allah SWT.

Sebelum berangkat menunaikan ibadah di Tanah Suci, jemaah-jemaah di Malaysia diwajibkan untuk menghadiri kursus bagi mempelajari ilmu ketika berada di sana.

Antara perkara wajib yang perlu dipelajari merupakan Larangan Ihram. Pun begitu, masih ada segelintir bakal jemaah umrah atau haji yang keliru dari segi aspek pemakaian ini kerana berisiko ibadah yang dilakukan tidak sempurna serta dikenakan dam.

Boleh tanggalkan ihram dan pakai tuala untuk ke tandas?

“Kalau nak ke tandas, boleh ke tanggalkan kain ihram dahulu di hotel sebab takut kotor?” mungkin persoalan ini yang masih ramai ingin tahu bukan?

Susulan itu, seorang mutawwif yang dikenali sebagai Ashraf tampil menjelaskan mengenai perkara tersebut.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok miliknya (@mutawwifashraf), dia berkata perkara itu dibolehkan meskipun seseorang lelaki itu masih berada dalam ihram.

Boleh dengan syarat kain tuala bukan jenis bercantum

Jelas Ashraf, menanggalkan kain ihram dan memakai tuala dibolehkan kerana kebanyakan tuala tidak bercantum meskipun ada jahitan di bahagian tepinya.

Menurutnya, jahitan yang dilarang adalah kain yang dijahit untuk mencantumkan satu bahagian ke satu bahagian yang lain.

“Jadinya takda masalah kita yang lelaki dalam keadaan berihram, tanggalkan ihram kita, pakai kain tuala menuju ke tandas bagi tujuan buang air besar atau kecil,” katanya.

@mutawwifashraf Biar tau jangan keliru… Moga bermanfaat #foryou #fypage #fyppppppppppppppppppppppp #masukberandafyp #trending #mekah #umrah #video #videoviral #ihram #tanahsuci #tetamuallah #soaljawabagama #ibadahsempurna #allahterima #mutawwifashraf #khadimulharamain ♬ original sound – MUTAWWIF ASHRAF

13 larangan ihram yang wajib jemaah tahu

Dalam pada itu, memetik Al Ridzuan Travel & Tours, terdapat 13 larangan ihram yang wajib dipatuhi jemaah.

13 larangan ihram itu adalah:

  1. Pakaian berjahit
  2. Tutup kepala (kopiah, serban atau songkok)
  3. Sarung tangan atau muka
  4. Wangi-wangian
  5. Potong kuku
  6. Cabut bulu atau rambut
  7. Buru atau bunuh binatang
  8. Petik atau potong tumbuhan
  9. Nikah atau wali nikah
  10. Hubungan suami isteri
  11. Kata-kata mesra (menggoda hingga membawa kepada hubungan intim)
  12. Maksiat dan gaduh
  13. Minyak pada badan

Baca Artikel Berkaitan: Boleh Ke Isteri Pergi Haji Atau Umrah Tanpa Izin Suami? Ini Penjelasan UAI [Video]

Baca Artikel Berkaitan: “Melancong atau Beribadah?” – Maulana Beri Peringatan & Kongsi Pengertian Sebenar Umrah [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Gantung Baju Di Fire Sprinkler Hingga Bilik Dipenuhi Air, Jemaah Umrah Didenda Ratusan Juta Rupiah [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.