fbpx
Now Reading
“Beli EV Dapat Supercar” – Lelaki Pilih Tesla Berbanding GTR, Jelaskan Performance Hampir Sama

“Beli EV Dapat Supercar” – Lelaki Pilih Tesla Berbanding GTR, Jelaskan Performance Hampir Sama

Difahamkan, EV tersebut bukan sahaja dinilai dari sudut prestasi semata, malah turut mengambil kira praktikaliti beberapa buah kenderaan mewah yang lain juga.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum mengetahui, kereta elektrik (EV) semakin mendapat tempat dalam kalangan pengguna di Malaysia. Bukan sekadar mesra alam, EV kini hadir dengan pelbagai ciri canggih yang menjadikan ia pilihan ramai, terutama generasi muda.

Namun, tidak semua memilih EV semata-mata atas faktor gaya hidup atau teknologi. Baru-baru ini, seorang lelaki tampil berkongsi alasan peribadinya memilih sebuah Tesla Model 3 sebagai pilihan utama berbanding kereta sport konvensional.

Perkongsiannya menarik perhatian ramai kerana ia membuktikan EV kini bukan lagi sekadar trend, tetapi pilihan yang lebih praktikal untuk sesetengah individu.

Baca Artikel Berkaitan: “Bayaran Parkir Di Bandar Bagi Kenderaan EV Mungkin Akan Dihapuskan” – Nga Kor Ming

Baca Artikel Berkaitan: Hari Pos Sedunia: Pos Malaysia Bakal Tambah Kenderaan EV Untuk Kerja Penghantaran

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Lelaki Ini Kongsi Ambil Masa 3 Jam Untuk Cas Kereta EV Di Stesen Minyak

Pilih EV Kerana Lebih Berbaloi Dari Segi Harga & Prestasi

Menerusi satu perkongsian di laman TikTok (@roqisaif), lelaki ini menyatakan bahawa faktor utama pilihannya memiliki EV terletak pada nisbah harga dan prestasi.

Menurutnya, harga EV buat masa ini jauh lebih murah kerana pengecualian cukai import hingga akhir 2025. Jika cukai dikenakan, harganya boleh mencecah dua kali ganda dari sekarang.

Dia turut membuat perbandingan harga cukai jalan antara EV miliknya dengan kereta mewah pilihan kebanyakan generasi muda kini iaitu Nissan GTR dan BMW M3 yang mencecah RM6,000 hingga RM7,000 setahun.

Katanya, cukai jalan yang perlu ditanggung adalah percuma sehingga hujung 2025 dan hanya sekitar RM1,000 setahun untuk tahun seterusnya.

Baginya, dengan harga setaraf BMW 3 Series, dia mendapat prestasi sama sebuah BMW M3 (varian sama tetapi berkuasa tinggi dan lebih canggih).

Dari segi prestasi pula, EV miliknya menawarkan 500HP dengan pecutan 0-100km/j dalam masa tiga saat. Tarikan G-Force hasil daripada pecutan kenderaan itu cukup memberi pengalaman yang sama memandu kereta dalam kategori supercar.

Lihat foto penuh [DI SINI].

Penyelenggaraan Lebih Jimat, Maju Dari Segi Teknologi

Sumber: Freepik

Aspek penyelenggaraan juga jauh lebih menjimatkan. EV tidak memerlukan servis berkala seperti penukaran minyak enjin.

Malah, pad brek jarang haus kerana kebanyakan masa menggunakan sistem regenerative braking. Berdasarkan pengalaman pengguna luar negara, pad brek EV hanya perlu ditukar selepas 200,000KM.

Kos penggunaan harian juga sangat rendah. Caj penuh hanya sekitar RM40, dan lebih murah jika menggunakan pelan TNB TOU, sekitar RM30 untuk jarak 450-500KM. Jika dibandingkan, GTR memerlukan RM300-400 untuk minyak bagi jarak yang sama.

Akhir sekali, faktor teknologi turut mempengaruhi keputusannya. EV sentiasa menerima kemas kini perisian, dilengkapi sistem keselamatan canggih, rangkaian pengecasan yang baik serta potensi masa depan untuk menjana pendapatan pasif menerusi teknologi robotaxi.

EV Semakin Jadi Pilihan Bukan Sekadar Trend

Sumber: Pexels

Melalui perkongsian ini, jelas bahawa EV semakin diterima bukan sekadar kerana faktor hijau atau gaya hidup moden semata-mata. Ia juga dilihat sebagai pilihan lebih berbaloi dari sudut kewangan, prestasi dan penyelenggaraan.

Dengan perkembangan teknologi yang pesat dan sokongan dasar kerajaan seperti pengecualian cukai, EV dilihat bakal mengubah cara masyarakat menilai kenderaan masa depan.

Bagi sesetengah individu, memiliki EV bukan lagi tentang status, tetapi soal praktikaliti dan masa depan lebih lestari.

Baca Artikel Berkaitan: SAIC Motor Malaysia Perkenal 4 Pengedar Baharu MG Motor

Baca Artikel Berkaitan: Anwar Ibrahim Akan Jumpa Elon Musk Minggu Depan, Ingin Perkukuh Pelaburan Di Malaysia

Baca Artikel Berkaitan: Tesla Batal Hasrat Bina Kilang EV Di Asia, Malaysia Turut Terlibat – Media Luar Negara

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.