fbpx
Now Reading
Pasangan Suami Isteri Dari Ireland Teruja Pergi Kedai Jual Makanan Malaysia, Hingga Tak Tahu Nak Pilih [Video]

Pasangan Suami Isteri Dari Ireland Teruja Pergi Kedai Jual Makanan Malaysia, Hingga Tak Tahu Nak Pilih [Video]

Menerusi video yang dikongsikan kelihatan pasangan suami isteri tersebut menjumpai pelbagai jenis makanan dan snek sehingga tidak tahu mana satu yang perlu dibelinya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Setiap pelancong yang datang berkunjung ke Malaysia pastinya akan jatuh cinta dengan budaya dan makanannya.

Malah ada yang sanggup melancong ke Malaysia berkali-kali hanya kerana ingin melepaskan rasa rindu terhadap makanan di negara ini.

Bukan hanya itu, ada juga yang membawa pulang banyak makanan Malaysia apabila pulang ke negara mereka untuk dijadikan sebagai cenderamata dan juga kenangan.

Pasangan suami isteri dari Ireland pergi kedai jual makanan Malaysia

Baru-baru ini, tular satu video di media sosial memaparkan sebuah keluarga dari Ireland yang teruja berkunjung ke kedai menjual makanan Malaysia di Dublin.

Menerusi video yang dikongsikan oleh Samantha Smith di TikTok, awalnya kelihatan mereka telah berkunjung ke kedai yang dikenali sebagai Hibiscus Store.

Kedai di Ireland jual pelbagai makanan dari Malaysia termasuk snek dan buah

Menurut Samantha kedai tersebut menjual pelbagai jenis makanan dari Malaysia daripada snek, buah-buahan, dan banyak lagi.

Dalam video itu kelihatan Samantha begitu teruja apabila menjumpai snek makanan ringan seperti Mamee Monster, Super Ring, dan Twisties.

Bukan hanya itu, terdapat juga tepung bestari, pisang dan ubi kayu turut dijual di dalam kedai berkenaan.

Malah kelihatan suami Samanta turut menjumpai gula-gula Kopiko serta dilihat seperti ingin mencubanya.

Teruja jumpa perencah nasi goreng

Samantha juga dilihat teruja apabila menjumpai rempah ratus dan rencah perasa yang digunakan untuk memasak seperti sup bunjut, perencah nasi goreng, dan sebagainya sehingga membuatkan dia tidak tahu mana satu ingin dibeli.

Malah dia juga dilihat mempunyai senarai barangan yang ingin dibeli dan terpaksa bertanya mengenai setiap barangan yang diinginkan kepada pekerja di kedai tersebut.

Selain daripada makanan, mereka juga turut mengambil air tin berkarbonat seperti Kickapoo dan 100 plus untuk dicuba.

Dalam beberapa lagi video yang dikongsikan, kelihatan mereka mencuba minuman yang dibeli serta menunjukkan barangan yang dibeli dari kedai berkenaan.

@samantha.smith15

✨ Follow up ✨ We tried one of the drinks from our Malaysian grocery shopping in Ireland… but our taste buds weren’t ready 😅🇲🇾 #malaysian #malaysiantiktok #malaysianfood

♬ original sound – Life with the Smith’s ☘️
@samantha.smith15

We bought Malaysian groceries at Hibiscus shop, Dublin Ireland 🇲🇾🇮🇪✨ Super Rings, Mamee Monster, laksa, lychees & more! But how much did it cost? #malaysianfood #malaysia #malaysiatiktok

♬ original sound – Life with the Smith’s ☘️

Dalam beberapa lagi video yang dikongsikan kelihatan keluarga ini pernah berkunjung ke Malaysia pada beberapa bulan yang lalu.

@samantha.smith15

When Dad needs a holiday after the family holiday 😂 Packing, carrying, toddler wrangling—dads do it all! #dadlife #familyholiday #familytravel #travelwithkids #visitmalaysia

♬ son original – FRENCH FUSE
@samantha.smith15

Wondering what the beach is like in Malaysia in March vs Ireland in summer? Warm tropical waters in Langkawi vs breezy Irish coastlines. Same love for the sea, totally different climates. Do you prefer calm or wavy? #malaysia #tanjungrhubeach #irishsummer #familytravel #irelandtiktok

♬ (I Dream Of) Jeannie – The Hit Crew

Ramai teruja lihat banyak makanan Malaysia di jual di Ireland

Melihat di ruangan komen, ramai rakyat Malaysia yang turut teruja apabila melihat kedai menjual barangan Malaysia di negara tersebut.

Ada juga menyarankan pasangan itu perlu mencuba snek Super Ring memandangkan ia begitu terkenal di Malaysia dan sering menjadi kegemaran ramai.

Tidak kurang juga ada yang mengatakan kedai tersebut turut dilihat seperti kedai runcit di Malaysia.

Malah ada juga yang berasa bangga apabila melihat terdapat barangan Malaysia dijual di Ireland.

“Pemilik kedainya orang Manjung, Perak. Encik Kamaruzaman”

“Okay boleh lah apply duduk Ireland ni, kedai ni je dah cukup menggembirakan. Boleh hidup”

“Miss awak patut ambil tepung bestari untuk buat ayam goreng”

“Patut cuba dodol. Rempah ratus untuk sup hanya perlu letak dalam periuk berisi air dan renehkan bersama daging.”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.