fbpx
Now Reading
Gelagat Panda Nuan Nuan ‘Kerjakan’ Burung Merak Hingga Tercabut Bulu Curi Perhatian [Video]

Gelagat Panda Nuan Nuan ‘Kerjakan’ Burung Merak Hingga Tercabut Bulu Curi Perhatian [Video]

Menerusi video yang dikongsikan kelihatan Nuan Nuan bertindak begitu agresif terhadap burung merak yang berada dalam sangkarnya itu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum mengetahui pada 2014 kerajaan China telah menghantar sepasang panda betina dan jantan ke Malaysia sebagai simbol hubungan diplomatik.

Panda yang dikenali sebagai Fu Wa dan Feng Yi itu diletakkan di Pusat Konservasi Panda Gergasi (GPCC) Zoo Negara dan kemudiannya melahirkan tiga ekor anak iaitiu Nuan Nuan, Yi Yi dan juga Sheng Yi.

Pada tahun 2017 Nuan Nuan kemudiannya dibawa pulang ke China untuk penempatan semula di sebuah Zoo di negara berkenaan.

Nuan Nuan ‘kerjakan’ burung merak

Namun baru-baru ini, Nuan Nuan telah menarik perhatian ramai apabila tular satu video di media sosial memaparkannya sedang menyerang seekor burung merak.

Menerusi video yang dikongsikan di X, kelihatan Nuan Nuan yang merupakan panda betina menyerang burung merak yang berada di dalam sangkarnya sehingga bulu pada ekornya tercabut.

Difahamkan Panda serang burung merak selepas diprovok

Menurut pengguna akaun yang memuat naik video terbabit difahamkan panda yang lahir di Malaysia itu menyerang burung berkenaan selepas diprovok oleh merak yang bergerak bebas dalam zoo berkenaan.

Dalam video itu juga jelas kelihatan Nuan Nuan tidak melepaskan burung merak berkenaan malah sentiasa mengejarnya dan mencabut bulu pada ekor burung terbabit sehingga menyebabkannya tidak tentu arah.

Menerusi rakaman itu kelihatan insiden berkenaan turut dilihat oleh para pengunjung di zoo terbabit.

Dalam video sama, dapat dilihat burung merak berkenaan beberapa kali cuba menganggu Nuan Nuan dengan terbang di atas sangkarnya, mengembang dan menunjukkan ekornya serta banyak lagi.

Ramai terkejut lihat Nuan Nuan agresif ada juga bergurau sifatkannya sebagai ‘gengster’

Menjengah ke ruangan komen ramai yang turut berasa terkejut melihat gelagat Nuan Nuan yang agresif terhadap burung terbabit

Malah ada yang secara berseloroh menyifatkan panda tersebut sebagai ‘gengster’ dan jangan pernah berani menganggunya.

Tidak kurang juga ada yang menyamakan situasi itu seperti di dalam scene filem Kung Fu Panda ketika ia bergaduh dengan merak yang jahat.

Selain itu, ada juga pengguna mengatakan itu adalah kali pertama mereka melihat panda yang begitu agresif.

“Kalau beranak dekat Klang, aku rasa dah siap kena panggang dah peacock tu”

“Kalau Nuan Nuan lahir di Klang, burung merak itu mungkin dah mati”

“Best ni real life Kung Fu Panda 2”

“Kungfu Panda, tetapi melihat perkara ini secara langsung amat menyedihkan”

“Bila awak nak bersendirian tetapi mereka tidak akan pernah berhenti”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.