Ramai Rasa Bahagia Lihat Keluarga Ini Rai Hari Jadi Ayah [Video]
Menerusi video yang dikongsikan, kelihatan wajah ayah begitu gembira sewaktu anak-anak meraikan hari jadinya.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Menyambut hari jadi ahli keluarga atau insan tersayang merupakan salah satu perkara yang sering dilakukan oleh orang ramai sebagai penghargaan.
Malah sambutan itu juga bukan sekadar membawa simbolik penghargaan sebaliknya kasih sayang, ingatan dan usaha dalam menjaga sesebuah perhubungan.
Oleh itu, di hari istimewa ini ramai yang akan membuat pelbagai rencana untuk menyambut hari kelahiran insan tersayang.
Anak-anak sambut hari jadi bapa, gelagat ayah jadi perhatian
Perkara sama turut dilakukan oleh sebuah keluarga ini, apabila kelihatan anak-anak cuba membuat kejutan buat bapa tercinta.
Menerusi video yang dikongsikan oleh Farah Wahida di TikTok, awalnya kelihatan kanak-kanak lelaki berdiri di belakang pintu sambil memegang ‘popper confetti’ untuk memberi kejutan apabila si ayah masuk ke rumah.
Namun belum sempat dia meletupkan alat tersebut kelihatan si ayah sudah menyedari keberadaannya di balik pintu berkenaan.
Perkara itu secara tidak langsung membuatkan si ayah bergurau dengan membuat aksi berulang kali masuk ke rumah dan keluar semula.
Perkara itu dilakukan seolah-olah ingin membuat tayangan semula agar anak lelakinya dapat membuat kejutan.
Namun aksi si ayah secara tak langsung membuatkan anak-anak ketawa serta terhibur dengan gelagatnya.
Adik muncul di sebalik tirai bawa kek dan hadiah
Ayah kemudian masuk ke rumah dan secara tiba-tiba keluar anak perempuan kecil yang dipercayai adik bongsu dari sebalik tirai.
Kelihatan anak kecil itu mendekati si ayah sambil membawa hadiah dan juga kek. Sebaik melihat adik membawa hadiah dan kek, si abang segera meletupkan confetti berkenaan untuk memeriahkan lagi sambutan terbabit.
Terpapar wajah ayah begitu gembira melayani anak-anak yang ingin meraikan hari jadinya.
Malah si ayah juga dilihat melompat gembira bersama anak-anaknya.
“Nak surprise birthday abah tapi lain yang jadi. 2-3 kali abah nak buat-buat terkejut tapi asyik tak jadi juga. Selamat hari jadi encik suami,” tulis Farah Wahida di ruangan kapsyen.
@fwbulan78 Nk suprise besday abah tp lain yg jd. 2 3x abh nk buat2 terkejut tp dok tk jd jugak Happy birthday en suami ❤️ #inikisahtentangbulan #fypppp ♬ Kenangan yang tersimpan – Asyari irfan
Ramai rasa bahagia lihat keluarga rai hari jadi ayah
Melihat di ruang komen, ramai yang rasa bahagia apabila melihat kegembiraan keluarga tersebut meraikan hari jadi bapa mereka.
Malah ada yang menyifatkan sambutan itu secara sederhana namun ia dilihat begitu bahagia dan penuh dengan momen kasih sayang.
Ada juga yang terhibur melihat keletah si ayah yang bergurau dengan anak-anaknya.
“Sederhana tapi penuh dengan bahagia dan kasih sayang, semoga bahagia selalu dunia dan akhirat”

“Keluarga kecil tapi bahagianya. Saya akui saya rasa cemburu”

“Comel abah, pandai dia buat lawak dekat anak-anak”

“Pandainya ayah dia buat lawak. Rindu arwah abah kami pun suka main nyorok-nyorok belakang pintu macam ni”




