fbpx
Now Reading
“Penunggang Basikal Pun Ada Hak Dijalan Raya” – PKBM Mohon Polis Jalankan Siasatan Sewajarnya Terhadap Ancaman

“Penunggang Basikal Pun Ada Hak Dijalan Raya” – PKBM Mohon Polis Jalankan Siasatan Sewajarnya Terhadap Ancaman

Menurut Presiden PKBM, Datuk Amarjit Singh Gill, pihaknya memandang serius isu pertelingkahan melibatkan penunggang basikal dan seorang pemandu bas yang berlaku baru-baru ini.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Pada masa kini, aktiviti seperti berbasikal sering menjadi pilihan ramai dalam mengamalkan gaya hidup sihat.

Lihat sahajalah, terdapat banyak perkongsian individu yang menyertai dan melakukan aktiviti dikongsikan di media sosial.

Ada yang menunggang secara berseorangan namun ada juga yang melakukannya secara berkumpulan.

Namun sejak belakangan ini, ada sahaja isu yang timbul melibatkan penunggang atau pengayuh basikal hingga boleh mengancam keselamatan mereka sendiri.

Baca Artikel Berkaitan: Tular Sekumpulan Penunggang Basikal Dirempuh Kereta Semasa Berbasikal Di Jalan Raya

Baca Artikel Berkaitan: Penunggang Basikal Wanita Maut Di Putrajaya

PKBM Mahu Polis Jalankan Siasatan Sewajarnya, Penunggang Basikal Pun Ada Hak Dijalan Raya

Terbaharu, Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) memohon polis menjalankan siasatan sewajarnya terhadap ugutan dan ancaman kepada penunggang basikal sehingga terdapat hantaran di media sosial yang mahu menghasut pengguna lain melanggar mereka dengan sengaja.

Menurut Presiden PKBM, Datuk Amarjit Singh Gill, penunggang basikal juga mempunyai hak sebagai pengguna jalan raya di bawah undang-undang.

“Hantaran berkenaan adalah satu tindakan tidak bertanggungjawab dan bersifat ugutan jenayah yang mengancam nyawa ribuan penunggang basikal yang menggunakan jalan raya awam setiap hari.

“Penunggang basikal juga berhak sebagai satu kumpulan pengguna jalan raya dan apa-apa kemalangan yang disengajakan kepada mana-mana penunggang basikal menggunakan kenderaan bermotor boleh menjadi satu kesalahan di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya yang dipetik dari Sinar Harian.

Aktiviti Berbasikal Dibenarkan Di Jalan Awam Kecuali Terdapat Larangan Khusus

Dia yang juga merupakan Presiden Konfederasi Berbasikal Asia (ACC) menjelaskan, PKBM memandang serius isu pertelingkahan melibatkan penunggang basikal dan seorang pemandu bas yang berlaku baru-baru ini.

Jelas Amarjit, aktiviti berbasikal dibenarkan di jalan raya awam kecuali jika terdapat larangan khusus selepas proses pewartaan antaranya seperti lebuh raya atau melalui papan tanda yang dilarang untuk melakukan aktiviti berkenaan.

Tambahnya lagi, PKBM sentiasa memantau insiden sebegitu dari semasa ke semasa.

“Semua pihak diharap dapat bertenang dengan tidak mengambil tindakan di luar undang-undang dan PKBM pada masa yang sama sentiasa menitikberatkan aspek keselamatan sebagai pertimbangan utama di dalam semua aktiviti berbasikal, sama ada untuk tujuan sukan atau riadah,” ujarnya.

Penunggang Basikal Perlu Patuhi Peraturan Jalan Raya

Terang Amarjit, setiap penunggang perlu mematuhi peraturan jalan raya yang ditetapkan sekiranya menjalankan aktiviti berbasikal di jalan raya awam.

Selain itu, mereka perlulah mengambil langkah keselamatan seperti;

  • Memakai topi keledar yang diiktiraf
  • Menggunakan lampu hadapan dan belakang basikal
  • Memakai pakaian berwarna terang dan mudah dilihat
  • Berkayuh secara satu barisan dari depan ke belakang atau single file di laluan motosikal sekiranya ada atau di bahu jalan.

“PKBM juga menyarankan penunggang basikal supaya sentiasa mengambil pendekatan bersifat berwaspada untuk memitigasi risiko kemalangan dengan kenderaan bermotor.

“Lebih-lebih lagi di laluan yang digunakan secara lazim oleh kenderaan berat dan menasihati penunggang basikal untuk tidak bertindak agresif serta bertimbang rasa terhadap pengguna jalan raya yang lain,” kata Amarjit lagi.

Tular Video Pertelingkahan Sekumpulan Penunggang Basikal & Pemandu Bas

Sebelum ini, kecoh di media sosial pertelingkahan di antara sekumpulan penunggang basikal dengan seorang pemandu bas di sebuah jalan raya.

Menerusi video tular itu, kumpulan penunggang basikal berkenaan mendakwa pemandu bas tersebut sengaja menghimpit dan hampir melanggar salah seorang daripada mereka yang berada pada bahagian kiri jalan.

Dakwa mereka lagi, pemandu bas berkenaan turut berhenti ditepi jalan dan cuba menendang salah seorang daripada mereka sebelum ia dileraikan oleh seorang anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Ekoran itu, Rapid Bus dalam satu kenyataan mendedahkan pihaknya sedang menjalankan siasatan malah pihak polis juga sedang mengesan kumpulan pengayuh basikal berkenaan.

Hasil siasatan awal mendapati pengayuh basikal berkenaan menunggang basikal secara berkumpulan di lorong kiri jalan dan menghalang pergerakan bas terbabit.

Namun memetik Sinar Harian, polis sehingga kini telah menerima laporan daripada pemandu bas dan seorang daripada kumpulan pengayuh terbabit.

𝐆𝐚𝐫𝐚-𝐠𝐚𝐫𝐚 𝐇𝐚𝐥𝐚𝐧𝐠 𝐋𝐚𝐥𝐮𝐚𝐧 𝐁𝐚𝐬, 𝐏𝐨𝐥𝐢𝐬 𝐊𝐢𝐧𝐢 𝐌𝐞𝐦𝐛𝐮𝐫𝐮 𝐒𝐞𝐤𝐮𝐦𝐩𝐮𝐥𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐚𝐲𝐮𝐡 𝐁𝐚𝐬𝐢𝐤𝐚𝐥 Sebelum ini, tular satu video di media…

Posted by BuzzKini on Tuesday 8 July 2025

Baca Artikel Berkaitan: “Ini Semua Bapa-bapa Ada Anak!” – Tular Geng Kayuh Basikal Dakwa Pemandu Bas Sengaja Himpit [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Berbasikal Di Lebuhraya Adalah Dilarang, Boleh Didenda RM5,000 & Penjara 12 Bulan

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.