Gelagat Pelajar Berebut Nak Mengaji Sehingga Ustaz Terlanggar Pintu Buat Ramai Geli Hati [Video]
Menerusi video yang dikongsikan, awalnya kelihatan para pelajar sudah mula beratur di hadapan pintu untuk mengaji sebelum ustaz membukanya.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Tak dinafikan kanak-kanak yang sedang membesar mempunyai pelbagai ragamnya dan gelagat.
Adakalanya gelagat mereka ini membuatkan para ibu bapa atau guru terpaksa bersabar dan ada waktunya lucu.
Namun perkara atau momen seperti ini sudah tentunya akan menajdi satu kenangan yang indah bukan sahaja buat ibu bapa dan guru tetapi anak-anak yang sedang membesar ini.
Gelagat pelajar berebut nak masuk pintu kelas mengaji raih perhatian
Perkara ini samalah seperti apa yang dikongsikan oleh seorang ustazah ini apabila berkongsi gelagat anak muridnya yang datang mengaji di sebuah premis.
Menerusi video yang dikongsikan oleh Jahirahjay di TikTok, awalnya kelihatan anak muridnya telah hadir dan beratur di hadapan pintu premis untuk mengaji.
Mereka kemudiannnya dilihat sedang menunggu seorang ustaz untuk membuka jeriji pintu untuk mereka masuk ke dalam premis.
Sebaik sahaja kunci dibuka dan ustaz menarik pintu jeriji tersebut kelihatan pelajar-pelajar berkenaan berlumba-lumba masuk ke dalam premis.
Ustaz sampai terlanggar pintu sebab tertolak oleh pelajar-pelajar
Perkara itu secara tidak langsung membuatkan ada pelajar yang melanggar ustaz berkenaan sehingga dia dilihat seperti tersepit dan terhantuk ke pintu jeriji berkenaan.
Namun ustaz itu dilihat kekal tenang, dan membuka pintu jeriji tersebut sehingga semua pelajarnya dapat masuk ke dalam premis terbabit untuk mengaji.
“Penat lah gelak. Terpenyet ustaz mereka biarkan saja. Tunggu ustaz jadi hulk saja sikit hari bulan lagi.
“Tak ada mereka heran, janji aku baca dulu. Aku (ustazah) tak mahu buka dah pintu tu taku kena penyet.” kata ustazah berkenaan di ruangan kapsyen.
@jahirahjay6 penat la gelak, terpenyet ustaz depa lantak pi ja 😂 tunggu ustaz jadi hulk ja sikit haribulan lagi. takdak depa heran, janji ku baca dulu 🤣😭 ku tak mau bukak dah pintu tu, takut kena penyet
♬ Can Can – Rias Orchestra & Helmuth Brandenburg
Ramai terhibur lihat gelagat kanak-kanak berebut masuk nak mengaji
Mengintai ke ruangan komen, ramai yang terhibur melihat gelagat pelajar-pelajar berkenaan yang berebut-rebut giliran untuk mengaji.
Malah ada juga yang kasihan melihat ustaz namun merasakan situasi itu kelakar.
Tidak kurang juga ada yang mengimbau zaman ketika kecil yang juga pernah begitu setiap kali pergi ke kelas mengaji.
“Ustaz cium pintu weh”

“Lampu tak buka pun tak ada hal. Kalau dekat rumah bilik air lampu tak terbuka pun tak nak masuk. Takut.”

“Mesti rebut siapa nak baca dulu. Dulu duk berebut mengaji sorang..”

“Seronoknya tengok semangat anak-anak nak berebut mencari ilmu. Semoga berjaya dunia akhirat ya adik-adik”

BACA ARTIKEL BERKAITAN:



