fbpx
Now Reading
Tular 2 Individu Kutip Parkir Secara Haram Di Kawasan Tempat Letak Kereta Awam [Video]

Tular 2 Individu Kutip Parkir Secara Haram Di Kawasan Tempat Letak Kereta Awam [Video]

Difahamkan, dua individu itu mengenakan caj parkir sebanyak RM10 bagi setiap kenderaan yang diletakkan di kawasan parkir awam itu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum mengetahui mana-mana pengguna jalan raya yang memarkir kenderaan di kawasan yang tidak sepatutnya bakal dikenakan tindakan seperti saman, denda atau tayar dikunci (clamp).

Malah, ada juga sesetengah kawasan parkir terbuka akan dikenakan caj, hal ini kerana tanah tersebut adalah milik pihak tertentu seperti majlis bandaraya, syarikat tertentu dan sebagainya.

Bagaimanapun, masih ada segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan dengan mengenakan caj parking kepada orang awam di kawasan yang tidak sepatutnya.

Tular 2 individu kutip parkir secara haram

Seperti baru-baru ini, tular di media sosial satu video memaparkan dua individu didakwa mengutip duit parkir secara haram di kawasan tempat letak kenderaan awam.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @apitbull69, kejadian terbabit didakwa berlaku di sebuah kawasan parkir awam di Kuala Lumpur.

Rakaman tular itu dikongsikan seorang lelaki yang dihampiri dua individu secara tiba-tiba dengan memintanya untuk membayar duit parkir.

“Sini parkir awam mana boleh korang ambil duit dekat sini, sini kawasan tempat letak kereta awam mana boleh ambil duit,” katanya.

Minta duit parkir secara haram sampai RM10 setiap kenderaan

Difahamkan, dua individu itu mengenakan caj parkir sebanyak RM10 bagi setiap kenderaan yang diletakkan di kawasan parkir awam itu.

“Tak habis-habis dari dulu penjaga parkir haram ini pau duit dengan harga yang tinggi. Kalau tak bayar berkemungkinan kereta kena calar.

“Jadi ambil video senang nak jadikan bahan bukti kalau terjadi apa-apa,” tulis lelaki itu di dalam video.

Dia turut meminta agar pihak berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk menyiasat perkara ini agar tidak terus berlarutan.

@apitbull69 Senang buat duit eh kat area bukit bintang@jalan alor, ni modal torchlight, naik motor x pakai helmet , terjerit2 auto parking ni nenek dia yg punya suke2 ambil duit, #malaysia #viralmalaysia #fyp #bukitbintang #jalanalor ♬ original sound – apitbullmmaᴮʳᵃʷˡᵉʳ🥊

Netizen mahu pihak berkuasa ambil tindakan segera

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial mengecam tindakan dua individu terbabit yang mengenakan bayaran di kawasan parkir awam.

Malah, kebanyakan netizen juga berasa bimbang melihat perkara terbabit yang berlaku di negara ini terutamanya kawasan tumpuan seperti Kuala Lumpur.

Susulan itu, mereka juga meminta agar pihak berkuasa segera menyiasat dan mengambil tindakan agar ia tidak terus berleluasa atau semakin menjadi-jadi.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.