Tak Tahu Apa Motif, Lelaki Didakwa Calarkan Kereta Mercedes Diparkir Berdekatan Surau [Video]
Menerusi video yang dikongsikan, kelihatan lelaki berkenaan secara tiba-tiba masuk ke laluan berdekatan surau sebelum bertindak mencalarkan kereta terbabit.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Segelintir individu pasti pernah berdepan dengan situasi seperti kenderaan dicalar atau dirosakkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Adakalanya tindakan segelintir individu yang melakukan perkara ini seperti sengaja dan tidak mempunyai motif yang jelas.
Ini kerana, mereka tidak mencuri atau sebagainya sebaliknya hanya menggores kenderaan orang lain seolah-olah untuk kepuasan sendiri.
Lelaki dakwa ada individu gores kereta diparkir berdekatan surau
Baru-baru ini, seorang pengguna TikTok turut mendedahkan kegiatan seorang lelaki yang didakwa bertindak menggores sebuah kenderaan yang diparkir berdekatan Surau Abu Said Al-Khudri di Petaling Street, Kuala Lumpur.
Menerusi video rakaman litar tertutup (CCTV) yang dikongsikan oleh Malay Cai Taukey di TikTok, awalnya kelihatan seorang lelaki telah lalu di kawasan surau berkenaan.
Dia dilihat melintasi kamera CCTV yang diletakkan di sebuah kawasan. Tidak lama selepas itu kelihatan lelaki berkenaan lalu di sebelah sebuah kereta dipercayai jenama Mercedes secara dekat.
Terdapat kesan calar yang panjang pada kereta diparkir di tepi jalan
Dia lalu beredar dan tidak dapat dilihat lagi dari rakaman litar tertutup berkenaan. Namun dalam video sama, Cai Taukey turut menunjukkan terdapat calar yang panjang pada bahagian hadapan kereta sehingga belakang.
Cai Taukey memaklumkan kepada BuzzKini, insiden itu bagaimanapun sudah dilaporkan kepada polis. Jelasnya pihak polis juga sudah datang mengambil gambar dan sedang mengesan pelaku.
Kata Cai Taukey yang juga pengerusi surau berkenaan, dia ditugaskan untuk menjaga CCTV dan ujarnya insiden berlaku sekitar 8.30 pagi pada 1 Julai lalu.
Dakwanya lagi, selain kes kereta calar terdapat juga beberapa insiden lain yang berlaku di surau berkenaan seperti ada yang membaling sampah dan merosakkan tanaman di kawasan berdekatan tempat mengambil wuduk.
Di ruang kapsyen, Cai Taukey meminta lelaki dalam video berkenaan untuk tampil menyerah diri.
“Tolong munculkan diri ada job melukis mural bayaran lumayan,” ujarnya.
@usermct88 tolong munculkan diri ada job melukis meural bayaran lumayan #fypシ #pdrm#pelukis#pasarkarat #petalingstreet #extrem ♬ original sound – MALAY CAI TAUKEY
Ramai kecam tindakan individu yang didakwa calarkan kereta Mercedes
Melihat di ruangan komen, ramai yang mengecam tindakan lelaki tersebut yang didakwa menggores kereta berkenaan.
Malah ada yang berpendapat segelintir yang melakukan perkara itu seperti tidak mempunyai sebab yang munasabah untuk mencalarkan kereta orang.
Tidak kurang juga ada yang meminta agar Cai Taukey memberikan rakaman CCTV itu kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut.
Ada juga yang mempersoal mengapa kereta tersebut diparkir di tepi jalan kerana ia bukan kawasan parkir.
“Kalau pemilik salah parkir pun tu bukan alasan untuk calarkan kereta orang lain. Padahal kau lalu je jalan kaki bukan naik kereta yang boleh halang laluan”

“Ini kalau buat bahan bukti pun payah ni, sebab tak ada pergerakan yang jelas untuk tuduh dia”

“Biasalah type ni, tak ada kerja tak ada duit, mesti tak suka tengok kaya-raya”

“Dah kenapa dengki sampai calarkan kereta orang”




