Ramai Kagum Mat Salleh Pesan Makanan Nasi Goreng Dalam Bahasa Melayu Di Sup Meletup Perth [Video]
Menerusi video yang dikongsikan, mat salleh berkenaan turut memaklumkan bahawa isterinya berasal dari salah sebuah daerah di Johor.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Umum mengetahui untuk menguasai sesuatu bahasa asing daripada negara lain bukanlah suatu perkara yang mudah.
Ini kerana, setiap individu telah dibesar dan didedahkan kepada penggunaan bahasa ibunda atau dikenali sebagai ‘mother tongue’.
Oleh itu, bagi yang berminat untuk mempelajari sesuatu bahasa ia memerlukan masa dan juga latihan yang banyak untuk menjadi fasih.
Mat salleh pandai cakap bahasa Melayu, siap order Nasi Goreng Daging Pedas
Perkara sama mungkin dilakukan oleh seorang lelaki mat salleh di Australia ini apabila dia menjadi perhatian ramai sewaktu membuat pesanan makanan menggunakan bahasa Melayu.
Menerusi video yang dikongsikan oleh Sup Meletup Perth di TikTok, awalnya kelihatan mat salleh berkenaan telah berkunjung ke kedai seperti Food Truck untuk memesan makanan.
Dia kemudian memaklumkan kepada pekerja di kedai itu ingin memesan Nasi Goreng Daging dan pedas dalam bahasa Melayu.
Malah kedengaran dia menggunakan bahasa tersebut tanpa sedikit berbunyi seperti orang baru mempelajarinya kerana begitu fasih.
Perkara itu secara tidak langsung membuatkan pekerja di Sup Meletup berkenaan teruja apabila mendengar mat salleh tersebut fasih berbahasa Melayu.
Rupanya kahwin dengan dengan orang Johor
Malah mat salleh itu turut memaklumkan isterinya merupakan warganegara Malaysia.
“Saya nak satu nasi goreng daging tapi pedas. Isteri saya Malaysia, orang Segamat, Johor,” ujarnya.
Sewaktu ditanya adakah dia membuat pesanan untuk makan di kedai berkenaan atau dibawa pulang. Lelaki mat salleh itu menjawab ‘bungkus’.
Selain itu, turut kedengaran dia memaklumkan ia bukan kali pertama dia berkunjung ke kedai tersebut untuk membeli makanan.
@supmeletupperth ♬ suara asli – Rego Fvnky Rmx
Ramai kagum lelaki mat salleh pandai cakap bahasa Melayu
Video itu kemudiannya telah menarik perhatian ramai yang kagum apabila mendengar pelanggan mat salleh tersebut begitu fasih berbahasa Melayu.
Bukan hanya itu, ada yang memuji mat salleh berkenaan dan mengatakan jika hanya mendengar suara, mungkin ramai menyangkakan dia adalah warga Malaysia kerana begitu fasih.
Malah ada yang turut berbangga dengan peniaga Sup Meletup kerana berjaya membuka kedai makan di luar negara.
“Fasih macam orang Melayu”

“Mantap”

“Alahai orang Segamat orang rumahnya (isteri)..”




