fbpx
Now Reading
Tular Di Media Sosial Bil Elektrik Bulan Julai Naik Mendadak, Ini Penjelasan TNB

Tular Di Media Sosial Bil Elektrik Bulan Julai Naik Mendadak, Ini Penjelasan TNB

Segelintir pelanggan mendapati paparan penggunaan bil elektrik pada aplikasi myTNB melambung bagi bulan Julai berbanding Jun dan sebelumnya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Seperti yang semua sedia maklum, tarif elektrik baharu telah bermula pada 1 Julai lalu yang menyaksikan struktur berbeza bagi semua kategori.

Menerusi perubahan ini, kadar caj lebih jelas apabila dipecahkan kepada tiga komponen utama iaitu Caj Penjanaan, Caj Rangkaian dan Caj Peruncitan.

Namun hari ini (8 Julai), tular apabila terdapat segelintir pengguna sosial yang berkongsi kenaikan kadar elektrik mendadak bagi penggunaan bulan ini, berbanding pada Jun dan sebelumnya.

Baca Artikel Berkaitan: Tarif Baharu Elektrik Bermula 1 Julai, Ini 3 Penambahbaikan Utama

Individu Kongsi Penggunaan Elektrik Naik Mendadak Bagi Julai

Seperti yang dikongsikan di laman X, seorang pengguna menunjukkan tangkap layar paparan di aplikasi myTNB.

Dapat dilihat bahawa penggunaan elektriknya bagi bulan Julai melambung sangat tinggi berbanding bulan-bulan sebelumnya.

Walaupun tertulis penggunaan elektriknya ialah 182 kWh, namun caj yang dikenakan bagi tempoh 17 Jun hingga 7 Julai ialah RM182.42.

Ini membuatkan seolah-olah aplikasi tersebut mengenakan caj RM1 bagi setiap penggunaan 1 kWh.

Caj ini juga sudah melebihi bajet bulanan yang ditetapkan olehnya iaitu sebanyak RM80.

Sumber: X

Orang Ramai Turut Saksikan Kenaikan Penggunaan Elektrik Mendadak

Di ruangan balas, orang ramai turut berkongsi bahawa mereka juga mendapati kenaikan yang mendadak dalam penggunaan elektrik setakat hari ini (8 Julai).

Ada juga yang membandingkan jumlah penggunaan elektrik yang dicatat dengan penggunaan keseluruhan mereka pada bulan-bulan lalu.

“Jauh lagi dengan tarikh tutup akaun, tapi dah melebihi bil sebelum ni yang guna banyak elektrik semasa raya,” kata seorang individu.

“Untuk yang marhaen macam saya biasa bil RM8 ke RM15. Ni baru 8 haribulan, dah kumulatif jadi RM21,” kata seorang lagi.

Namun beberapa pengguna media sosial menyedari bahawa terdapat kesalahan pada paparan penggunaan elektrik tersebut.

Seorang individu turut memberi saranan agar menggunakan kalkulator yang disediakan bagi mengira jumlah sebenar caj elektrik dan menunggu bil akhir.

Sumber: X

TNB Jelaskan Terdapat Ralat Pada Paparan Graf Bagi Bulan Julai

Sehubungan itu, Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengambil maklum isu sesetengah pelanggannya yang melihat graf penggunaan kWh bulan Julai yang tinggi dalam aplikasi myTNB.

Menurutnya, terdapat ralat pada paparan graf bagi penggunaan elektrik pada bulan Julai.

“Atas isu teknikal, terdapat ralat yang menyebabkan paparan graf penggunaan bulan Julai tidak tepat dan graf tersebut tidak dipaparkan buat sementara waktu,” jelasnya.

Dalam pada itu, TNB memberi jaminan bahawa bacaan penggunaan bulan Julai tidak terjejas.

Memandangkan graf yang dipaparkan bukan muktamad, pelanggan diminta agar menyemak bil sebenar selepas tempoh pengebilan.

“Kami sedang mengambil tindakan dan akan memaklumkan perkembangan dari semasa ke semasa,” katanya.

Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi TNB di saluran berikut:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.