fbpx

Rider Santai Berehat & Duduk Atas Jalan Di Lampu Isyarat Merah Buat Ramai Bingung

Menerusi video kelihatan rider berkenaan turun dari motosikalnya dan duduk di pembahagi jalan sebelum membuka topi keledar sewaktu menunggu lampu isyarat merah.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Setiap individu yang mempunyai lesen memandu atau menunggang motosikal pasti mengetahui bahawa kita semua perlu mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan oleh sesebuah negara.

Sebagai contoh setiap kali berada di lampu isyarat merah, semua pemandu dan penunggang diwajibkan untuk berhenti dan menunggu lampu bertukar kepada hijau serta selamat untuk meneruskan perjalanan.

Perkara ini bertujuan untuk mengelakkan daripada berlakunya kemalangan yang tidak diingini serta melancarkan perjalanan selain memastikan laluan jalan dapat digunakan oleh semua pihak.

Rider sempat turun dari motosikal duduk tepi jalan

Namun sedikit berbeza dengan seorang penunggang motosikal di sebuah kawasan ini apabila dia dilihat dengan selamba turun dari motosikal dan boleh berehat sewaktu berada di lampu isyarat merah.

Menerusi video dashcam yang dikongsikan oleh Vincent Tan di Facebook, awalnya kelihatan motor yang ditunggang oleh seorang lelaki yang dipercayai seperti warga emas berhenti di hadapan lampu isyarat sebaik ia bertukar merah.

Namun tidak lama kemudian kelihatan dia mula menurunkan tongkat motosikal terbabit dan turun dari kenderaan itu sebelum duduk di atas pembahagi jalan.

Siap hisap rokok

Sementara menunggu lampu itu, penunggang motosikal berkenaan turut dilihat sempat membuka topi keledarnya.

Tidak lama kemudian kelihatan dia berdiri dan bergerak ke arah motosikal untuk meletakkan topi keledar sebelum duduk di tengah-tengah jalan raya.

Malah apa yang menjadi perhatian dia juga dilihat turut merokok sewaktu duduk di atas jalan raya tersebut.

Masih duduk atas jalan sambil hisap rokok walaupun lampu dah bertukar hijau

Apabila lampu isyarat bertukar kepada hijau, dia masih dilihat duduk bersantai sambil menghisap rokoknya.

Pemilik dashcam dipercayai menegur tindakan penunggang terbabit namun dia seolah-olah tidak mengedahkannya.

Ekoran itu pemilik dashcam terpaksa mengundurkan kenderaannya dan bertukar ke lorong tengah untuk meneruskan perjalanan sebelum lampu isyarat bertukar merah semula.

Menerusi dashcam insiden itu dipercayai berlaku semalam (7 Julai) sekitar 8.08 pagi.

TONTON VIDEO DI SINI.

Raih perhatian ramai yang pelik rider tersebut duduk di tengah jalan

Perkara itu secara tidak langsung mengundang perhatian di kalangan orang ramai apabila ada yang mengatakan mungkin penunggang itu ingin berehat.

Ada juga yang bingung dan secara berseloroh mengatakan mungkin rider tersebut memerlukan tempat untuk memikirkan mengenai kehidupannya.

Tidak kurang ada yang meminta pemilik dashcam untuk membuat laporan kepada pihak polis dan mendedahkan lokasi kejadian.

Vincent bagaimanapun mengesahkan insiden itu berlaku di sekitar kawasan Kajang, Selangor selepas ada yang bertanya.

“Dia mungkin mencari tempat untuk berfikir mengenai kehidupan. Maksudnya jangan kacau dia”

“Terlalu tertekan dan penat”

“Lokasi dan report pada polis”

“Apakah yang berlaku sebelumnya? kenapa dia melakukan perkara itu kepada awak?”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.