“Ini Semua Bapa-bapa Ada Anak!” – Tular Geng Kayuh Basikal Dakwa Pemandu Bas Sengaja Himpit [Video]
Pemandu bas terbabit didakwa dengan sengaja menghimpit sekumpulan pengayuh basikal yang berada di lorong kiri sehingga hampir terlanggar salah seorang ‘cyclist’.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Sukan berbasikal merupakan antara sukan yang mendapat tempat dalam kalangan rakyat Malaysia.
Bukan hanya di kalangan anak muda, malahan sukan ini turut menjadi pilihan semua golongan termasuk selebriti sebagai aktiviti riadah.
Bagaimanapun, tidak dinafikan bahawa hobi ini juga mampu terdedah dengan risiko bahaya terutamanya ketika berada di jalan raya.
Baca Artikel Berkaitan: Penunggang Basikal Selamba Ikut Rapat Belakang ‘Mobile Crane’ Dikecam Ramai [Video]
Tular geng kayuh basikal bertekak dengan pemandu bas, dakwa mereka dihimpit
Seperti baru-baru ini, tular di media sosial satu video yang memaparkan pertelingkahan di antara sekumpulan pengayuh basikal dengan seorang pemandu bas di sebuah kawasan jalan raya.
Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @spaceramenn, geng penunggang basikal itu mendakwa pemandu bas awam terbabit sengaja menghimpit mereka.
Dalam video sama, turut kedengaran suara salah seorang pengayuh basikal yang mendakwa bahawa ‘pemandu bas itu cuba membunuh mereka’.
Pemandu bas didakwa sengaja himpit geng basikal di lorong kiri
Menerusi cerita yang dikongsikan oleh penunggang basikal itu, mereka pada awalnya sedang bergerak secara berkelompok dan berada di lorong kiri jalan raya terbabit.
Bagaimanapun dakwanya, secara tiba-tiba sebuah bas awam dengan sengaja menghimpit mereka dan hampir melanggar salah seorang penunggang basikal meskipun ketika itu lorong di sebelah kanan kosong tiada kenderaan lain.
Dakwanya lagi, pemandu bas terbabit kemudiannya berhenti di tepi jalan sebelum turun dan cuba menendang salah seorang pengayuh basikal.
Pertelingkahan di antara geng penunggang basikal dan pemandu bas itu akhir tamat selepas kehadiran seorang anggota Jabatan Penguatkuasa Jalan (JPJ).
@spaceramenn Replying to @a:xxa ♬ original sound – slmanfrish
Netizen lebih backup pemandu bas dari geng kayuh basikal
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial bagaimanapun lebih menyebelahi pemandu bas terbabit.
Kebanyakan netizen percaya bahawa kumpulan pengayuh basikal itu sebenarnya memakan jalan menyebabkan pemandu bas terbabit bertindak sedemikian.
Tidak kurang juga yang berpendapat bahawa mereka tidak sepatutnya mengayuh basikal di jalan berkenaan kerana akan mendatangkan kesusahan kepada pemandu terutamanya yang memandu kenderaan berat.




Baca Artikel Berkaitan: Berbasikal Di Lebuhraya Adalah Dilarang, Boleh Didenda RM5,000 & Penjara 12 Bulan



