fbpx
Now Reading
Tak Akan Nak Jadi Penonton Je Bila Lihat Orang Rebah? Ini Teknik CPR Yang Ramai Patut Tahu [Video]

Tak Akan Nak Jadi Penonton Je Bila Lihat Orang Rebah? Ini Teknik CPR Yang Ramai Patut Tahu [Video]

Menurut Dr Say Shazril, jika bantuan CPR diberikan pada satu minit pertama, peluang untuk mangsa hidup sangat tinggi.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Kita mungkin pernah melihat di media sosial video-video yang memaparkan seseorang secara tiba-tiba rebah tak bernafas, mangsa lemas dan sebagainya bukan? Antara bantuan awal yang boleh dilakukan adalah Cardiopulmonary Resuscitation (CPR).

Namun, tidak dinafikan masih ramai di antara kita yang tidak tahu cara-cara untuk CPR sekiranya berhadapan dengan situasi seperti yang ditonton.

Tidak mustahil apa yang kita lihat di media sosial, akan dilalui suatu hari nanti, jadi adakah kita hanya ingin menjadi penonton atau penyelamat yang boleh menyelamatkan nyawa seseorang?

Cara CPR yang betul

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di saluran YouTube Columbia Asia Malaysia, doktor dan influencer wanita, Dr Malar Santhi Santherasegapan berkongsi cara melakukan CPR dengan betul dan tenang.

Teknik CPR yang betul dan berkualiti seperti berikut:

  1. Selaraskan kepala pesakit selari dengan badan
  2. Guna tapak tangan (sebelah tangan, sebelah lagi tangan letak di atas tangan kedua dan genggam).
  3. Letakkan tangan di tengah-tengah dada pesakit dan pastikan siku penyelamat berada dalam keadaan lurus.
  4. Tekan dada pesakit dengan gerakkan bahu ke atas dan ke bawah selari dengan tangan sebanyak 30 kali selama 5 kali ulang (reps) sebelum memeriksa nadinya.
  5. Beri bantuan pernafasan selepas 30 kali tekan (namun kaedah ini tidak disarankan selepas berlakunya Pandemik Covid-19)
  6. Minta individu lain untuk CPR sekiranya korang letih, tapi pastikan tukar selepas selesai 30 kali tekanan.

Tak susah pun CPR ni kan? Tak perlu bergelar doktor, semua orang boleh membuatnya.

Langkah-langkah persediaan CPR

Selain teknik CPR, Dr Malar turut berkongsi langkah-langkah sebelum memulakan CPR untuk memastikan bantuan yang diberikan itu berjalan dengan lancar.

Berikut langkah-langkah persediaan CPR:

  1. Pastikan persekitaran yang selamat sebelum melakukan CPR (jika tidak selamat seperti di tengah-tengah jalan raya, alihkan mangsa ke tepi jalan terlebih dahulu).
  2. Periksa keadaan mangsa untuk lihat tindak balas yang diberikan, gerakkan badan dan bahu mangsa.
  3. Periksa nadi mangsa dengan meletakkan dua jari di lehernya.
  4. Jika tidak pandai memeriksa nadi, lakukan sahaja CPR dengan segera.
  5. Jika hanya seorang diri ketika itu, pastikan korang telah menghubungi bantuan (call for help) sebelum memulakan CPR.
  6. Lakukan CPR sehingga bantuan tiba.

Peluang hidup sangat tinggi jika bantuan CPR diberi dengan segera

Dalam pada itu, doktor selebriti, Dr Say Shazril turut menekankan tentang kepentingan CPR semasa beliau mengulas mengenai berita bekas penjaga gol Pulau Pinang, Firos Mohamed yang meninggal dunia selepas rebah tidak sedarkan diri ketika perlawanan bola sepak pada Sabtu lalu (5 Julai).

Menurutnya, jika bantuan CPR diberikan pada satu minit pertama, peluang untuk hidup sangat tinggi.

“Tapi setiap satu minit lewat CPR, peluang hidup turun 7 hingga 10%. CPR tiga hingga empat minit pertama masih sangat berkesan boleh selamatkan otak dari kerosakan kekal.

“Selepas 10 minit tanpa CPR, kebanyakan mangsa akan alami kerosakan otak serius atau maut,” katanya.

Susulan itu, beliau menasihati agar sekurang-kurangnya seorang daripada setiap keluarga tahu mengenai teknik CPR ini.

Sebelum ini, arena bola sepak negara digemparkan dengan berita pemergian Firos yang secara tiba-tiba rebah dan tidak sedarkan diri di atas padang ketika Kejohanan Bola Sepak Empat Penjuru ‘Legend All Star’ di Stadium Majlis Perbandaran Manjung, Perak pada Sabtu malam.

Pihak polis kemudiannya mengesahkan Firos meninggal dunia kerana serangan jantung.

Baca Artikel Berkaitan: Penting! Ini Teknik CPR Pada Bayi Yang Anda Semua Perlu Tahu [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.