fbpx
Now Reading
Sah Ke Solat Kalau Kucing Ganggu & Bermain Di Kaki? Ini Penjelasannya [Video]

Sah Ke Solat Kalau Kucing Ganggu & Bermain Di Kaki? Ini Penjelasannya [Video]

Masjid Kampung Nakhoda turut memberi penjelasan bahawa seseorang itu tidak perlu membatalkan solat yang sedang didirikan sekiranya bulu kucing jatuh atau haiwan berkenaan membawa najis namun ada caranya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Kucing sememangnya menjadi antara binatang kegemaran ramai untuk dijadikan sebagai haiwan peliharaan.

Lihat sahajalah, kadangkala seorang individu boleh memelihara lebih dari seekor kucing di rumahnya.

Malah, ada sahaja gelagat dan keletah si bulus sering dikongsikan di media sosial oleh si pemilik haiwan hingga menjadi perhatian seperti diganggu ketika mendirikan solat.

Namun, pernah tak terfikir adakah sah solat seseorang itu jika haiwan seperti kucing mengganggu dan ‘bermain’ dengan mereka yang sedang mendirikan solat?

Kucing Bukan Najis, Solat Tetap Sah Bila Si Bulus Datang Kacau

Bagi menjawab pertanyaan tersebut, Masjid Kampung Nakhoda ada memberi penjelasan berhubung perkara ini di TikTok mereka @gengmasjidkgnakhoda.

Menerusi perkongsian berkenaan, mereka menjelaskan solat seseorang itu tetap sah apabila kucing datang mengganggu kerana haiwan berkenaan bukanlah najis.

“Bila kucing datang ketika solat, solat tetap sah lagi kerana dalam hadis bagitahu, kucing itu bukan najis. Ia adalah binatang yang sering berkeliaran di sekeliling kamu,” jelasnya.

Asingkan Atau Kurung Kucing Peliharaan Jika Mahu Solat, Elak Khusyuk Terganggu

Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan menerusi laman web rasmi mereka turut memberikan penjelasan yang sama berhubung perkara tersebut.

Jelas mereka, kucing yang melintasi atau bermain-main di kaki ketika solat tidak membatalkan solat seseorang itu.

Pun begitu, adalah lebih baik jika haiwan berkenaan diletakkan di tempat lain (diasingkan) bagi membolehkan seseorang itu khusyuk ketika mendirikan solat.

“Namun, kami ingin menasihati sekiranya dapat meletakkan sebentar kucing peliharaan tersebut di dalam ruangan yang lain (bukan di ruangan solat) atau mengurungnya sebentar di dalam sangkar adalah lebih baik.

“Mudah-mudahan, kekhusyukkan kita di dalam solat tidak terganggu sehingga boleh menyebabkan pahala solat kita berkurangan,” terang mereka lagi.

Alih Tempat Atau Kucing Jika Tahu Si Bulus Bawa Najis

Pada masa yang sama, Masjid Kampung Nakhoda turut memberi penjelasan bahawa seseorang itu tidak perlu membatalkan solat yang sedang didirikan sekiranya bulu kucing jatuh atau haiwan berkenaan membawa najis namun ada caranya iaitu beralih tempat atau menolaknya ke tepi.

“Kalau bulu kucing itu melekat, cepat-cepat alih atau buang. Kalau kucing itu bawa najis, kita beralih tempat atau tolak kucing itu, tak perlu batalkan solat.

“Kucing boleh masuk masjid, asalkan dia tak ganggu orang dan bawa najis tapi lebih baik, kita elakkan asalkan tak mengganggu orang yang beribadah dalam masjid tu,” jelas mereka.

@gengmasjidkgnakhoda

Adakah kehadiran kucing semasa solat membatalkan solat? Jom dapatkan makanan kucing dari @tomkraf #bilal #imam #kucing #ilmu

♬ original sound – Geng Masjid Kg Nakhoda – Geng Masjid Kg Nakhoda

Tonton video penuh [DI SINI]

Bulu Kucing Termasuk Dalam Kategori Najis Yang Dimaafkan

Malah, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan juga ada menjelaskan bulu kucing dikategorikan sebagai najis yang dimaafkan.

Oleh itu, solat seseorang itu sah sekiranya badan, pakaian atau tempat sembahyang terkena bulu kucing.

“Bulu kucing termasuk di dalam kategori najis yang dimaafkan kerana kucing adalah haiwan peliharaan serta sukar untuk dikawal.

“Ia adalah apa yang kita sebutkan sebagai Umum al-Balwa. Oleh kerana itu, jika badan, pakaian atau tempat sembahyang terkena bulu kucing, maka solat yang dikerjakan adalah sah,” jelas mereka.

Baca Artikel Berkaitan: Bela Kucing Tapi Biar Si Bulus Berak Merata Hingga Ganggu Jiran? Ini Penjelasannya Dalam Islam

Baca Artikel Berkaitan: Bela Kucing Tapi Nak Rumah Kekal Wangi? Ini Tips Yang Korang Patut Tahu

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.