fbpx
Now Reading
Myvi Selamba Parkir Di Selekoh Sekitar RnR Hingga Halang Laluan Lori Undang Perhatian [Video]

Myvi Selamba Parkir Di Selekoh Sekitar RnR Hingga Halang Laluan Lori Undang Perhatian [Video]

Kejadian kereta jenis Perodua Myvi berwarna hitam yang parkir di kawasan selekoh itu berlaku di RnR Seremban.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Apabila berada di sebuah kawasan yang sesak dengan pengunjung ramai, antara cabaran utama adalah bagi mendapatkan parkir lebih-lebih lagi jika tempat meletakkan kenderaan adalah terhad.

Oleh disebabkan itu, ramai yang bertindak memarkir di kawasan terlarang sesuka hati tanpa memikirkan orang sekeliling. Seperti sebelum ini, kelihatan kira-kira puluhan buah motosikal diletakkan di kawasan perhentian bas.

Aksi parkir secara haram itu bukan sahaja mengganggu laluan bas untuk bergerak, malah ia juga mengambil ruang satu lorong jalan raya berkenaan sekaligus menyebabkan kesesakan trafik.

Dalam video sama, kelihatan beberapa buah kereta juga tersangkut di lorong tengah kerana motosikal yang begitu banyak di tepi itu.

Baca Artikel Berkaitan: “Minda Kelas Ketiga” – Penunggang Motosikal Parkir Sekitar Bus Stop Undang Kecaman

Baca Artikel Berkaitan: [Foto] Kereta Mewah Selamba Parkir Di Laluan Pejalan Kaki & Selekoh Undang Kecaman

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Wanita Parkir Di Tepi Jalan Jadi Punca Kereta Lain ‘Stuck’ Hingga 10 Minit

Myvi Parkir Di Selekoh Halang Laluan Kenderaan Di RnR

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@kuntakintir30370297) apabila seorang pemandu lori menunjukkan satu situasi yang berlaku sekitar hentian Rehat dan Rawat (RnR) Seremban.

Menerusi video perkongsian, kelihatan lori tersebut tersekat di selekoh akibat kereta jenis Perodua Myvi berwarna hitam yang menghalang laluan. Keberadaan Myvi tersebut menyebabkan si pemandu kenderaan berat tidak dapat berganjak dari situ.

Jika dia masih meneruskan perjalanan, lori itu akan tersagat kereta berkenaan. Bukan sahaja menyusahkan pemandu lori, malah kenderaan lain yang berada di belakang juga tidak dapat bergerak hingga menyebabkan kesesakan di RnR tersebut.

Situasi itu membuatkan pemandu lori bingung mengapa pemilik Myvi tidak meletakkan kenderaan di tempat sepatutnya.

“Dekat tempat parking depan tu kosong je,” dakwanya.

Dakwa Pemilik Myvi Masih Santai Meskipun Tahu Dah Jadi Punca Kesesakan Jalan

Perkara yang membuatkan pemandu lori ini lebih hampa apabila dia mendakwa pemandu dan penumpang Myvi seolah-olah rasa tidak rasa bersalah dengan kejadian yang berlaku.

“Bila pasangan bercinta yang memandu terasa dunia ni diorang yang punya, kita bagai nak rak hon dia datang berlenggang sambil pegang-pegang tangan.

“Kita memandu ni bukan setakat pakai lesen je, otak pun kena pakai juga,” kata pemandu lori terbabit.

@kuntakintir30370297 Bila pasangan bercinta yg memandu terasa dunia ni diorang yg punye,kite bagai nak rak horn dia dtg berlenggang sambil pegang2 tangan…Kite memandu ni bukan setakat pakai lesen je,otak pun kena pakai jugak… #kawasanrehat&rawat seremban#arahselatan#pemanduproblem ♬ bunyi asal – legenda rock otai

Tonton video penuh [DI SINI].

Ramai Persoal Tindakan Myvi Parkir Di Kawasan Selekoh

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai berasa berang dengan sikap pemandu yang tidak bertanggungjawab terhadap kenderaan masing-masing.

“Pentingkan diri betul. Harap diorang bacalah komen-komen dalam ni (dari netizen). Korang memang menyusahkan orang lain,” kata seorang wanita.

Malah, ramai yang memberi peringatan kepada orang ramai untuk sentiasa prihatin tentang orang sekeliling terutama sekali bab parkir kenderaan.

“Saya paling takut nak pakir yang dekat-dekat dengan kenderaan besar ni. Fikir kenderaan besar tak akan lepas punya. Tapi apa fikiran mereka ya? Kang langgar kata pemandu tak nampak. Aduhai pentingkan diri sendiri betul mereka ni,” ujar seorang warganet.

Sementara itu, ramai juga memuji pemandu lori kerana bersabar menunggu pemilik Myvi tiba ke sana.

“Tahniah owner (pemandu lori) lebih memilih sabar dari khianat. Semoga Allah tinggikan darjat owner,” kata seorang pengguna TikTok.

Sumber: TikTok (@kuntakintir30370297)

Parkir Di Tempat Sepatutnya Boleh Disaman Pihak PBT

Meskipun kawasan parkir di kebanyakan RnR adalah terhad, namun ia tidak memberi ‘green light’ kepada anda bagi meletakkan kenderaan di tempat terlarang.

Hal ini kerana ia akan menyusahkan pengguna jalan raya lain, bahkan membawa risiko keselamatan kepada kenderaan masing-masing.

Memetik Majlis Keselamatan Negara (MKN) , mana-mana individu yang gagal mematuhi peraturan parkir boleh dikenakan tindakan saman di bawah Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 atau di bawah Perintah Pengangkutan Jalan (Peruntukan Tempat Letak Kereta) mengikut bidang kuasa Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Tambahan pula, kenderaan anda itu juga berisiko untuk disita oleh pihak berkuasa.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] 5 Kereta Kena Sagat Lepas Parkir Luar Kawasan LRT Glenmarie Undang Pelbagai Reaksi

Baca Artikel Berkaitan: “Tak Beradab!” – Lelaki Berang Ada Jiran Parkir Kereta Sesuka Hati Depan Pagar Rumah Hingga Halang Laluan

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.