Kesusahan Bukan Alasan, Pelajar Terharu UniSZA Siap Jemput Dari Rumah Untuk Daftar Program Asasi
Menerusi tangkap layar yang dikongsikan, Naufal dilihat begitu bersyukur apabila ada pihak yang sudi membayarkan yuran pendaftaran untuknya melanjutkan pelajaran ke peringkat asasi di UniSZA.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Belajar dan berjaya sehingga ke menara gading merupakan impian kebanyakan individu.
Meskipun banyak cabaran yang perlu dilalui namun ia tak pernah mematahkan semangat seseorang yang benar-benar ingin berjaya.
Malah ilmu yang dituntut bukan sekadar untuk kemajuan dan kejayaan diri sendiri, sebaliknya ia juga azam untuk mengubah kehidupan keluarga kepada sesuatu yang lebih baik.
Pelajar lelaki tak jadikan kesusahan sebagai alasan, sentiasa usaha untuk berjaya
Baru-baru ini seorang pensyarah di sebuah universiti awam telah berkongsi kisah mengenai seorang pelajar yang mempunyai cita-cita yang tinggi untuk berjaya dan mengubah nasib keluarga meskipun hidup serba kekurangan.
Menerusi video yang dikongsikan oleh Dr Sharifah Wajihahwafa di TikTok, awalnya dia berkongsi beberapa tangkap layar perbualannya bersama seorang wanita yang dipercayai ibu kepada pelajar lelaki yang dikenali sebagai Muhammad Naufal Muhammad Anuar, 18.
Dalam perbualan itu, kelihatan si ibu yang dikenali sebagai Manisah Hassan, 45, memaklumkan Naufal berasa susah hati kerana dia mahu melanjutkan pelajaran di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) namun mereka mempunyai masalah kewangan.
Perlukan biasiswa untuk lanjutkan pelajaran, keluarga susah
Oleh itu, Naufal memerlukan biasiswa untuk melanjutkan pengajiannya. Dalam masa sama ibunya juga berstatus ibu tunggal dan Orang Kurang Upaya (OKU).
“Hanya pendidikan sahaja yang dapat menjadikan taraf hidup anak-anak menjadi lebih baik. Alhamdulillah anak-anak saya amat berminat dalam pelajaran. Tetapi kami amat memerlukan sokongan dari segi moral dan kewangan,” kata si ibu.
Pensyarah yang mesra dikenali sebagai Dr Wafa kemudiannya memaklumkan dia cuba untuk membantu pelajar berkenaan.
Syukur kerana ada yang bantu bayarkan yuran pendaftaran di UniSZA untuk lanjutkan pelajaran ke peringkat asasi
Pada 23 Jun, Naufal telah menghantar mesej kepada Dr Wafa mengucapkan terima kasih kepada pihak universiti dan bersyukur kerana ada pihak yang bermurah hati membantunya untuk menjelaskan yuran pendaftaran program asasi untuk masuk ke UniSZA.
Pensyarah itu kemudiannya memaklumkan ia adalah rezeki dari Allah SWT dan tidak sabar ingin berjumpa dengan ibu Naufal yang disifatkan hebat kerana melahirkan anak yang cemerlang pada 6 Julai.
Pada hari tersebut, kelihatan pihak UniSZA telah berkunjung ke rumah Naufal untuk menjemputnya bagi meneruskan pengajian dalam program Asasi Perubatan dan Sains Kesihatan.
Naufal sebak kerana tak sangka UniSZA datang jemput di rumah untuk bawa ke kampus
Dalam video dikongsikan keliahatan ahli keluarga sebak mengiringi keberangkatan Naufal ke universiti idamannya.
Malah dia turut memeluk ibu, nenek serta adik beradik lain sebelum berangkat ke UniSZA.
“Saya terkejut, menangis tak berhenti. Saya tak sangka UniSZA datang sendiri ambil saya untuk ke kampus. Seolah-olah Allah SWT jawab doa kami,” kata Naufal.
Naufal merupakan pelajar yang cemerlang dalam keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) serta anak ketiga daripada enam adik-beradiknya. Malah dia dan adik beradik dibesarkan oleh seorang ibu tunggal yang juga OKU fizikal.
“Ibunya yang menyara keluarga dengan menjual kuih, roti dan piza kecil-kecilan tidak mampu menyediakan kemudahan asas pembelajaran, termasuk telefon pintar atau komputer riba.
“Naufal hanya menumpang laptop kakak, dan menyimpan wang sendiri demi membeli telefon murah untuk keperluan belajar.
“Mereka kini menetap di rumah nenek selepas bapanya masih dalam jagaan Majlis Agama Islam Pahang bagi proses pemulihan akhlak.
“Walaupun hidup serba kekurangan, semangat Naufal tidak pernah luntur. Sejak kecil dia bercita-cita menjadi doktor, dan memilih UniSZA sebagai laluan untuk mencapai impian itu,” jelas Dr Wafa di ruangan kapsyen.
Bantu ibu jual kuih dan tolong nenek di kebun untuk teruskan kehidupan
Bukan hanya itu pelajar lelaki ini turut membantu ibu dan nenek untuk meneruskan kehidupan mereka seperti menjual kuih dan juga tanaman kebun.
Malah tindakan UniSZA tampil ke rumah untuk menjemputnya bagi meneruskan pelajaran membuatkan Naufal begitu terharu serta berazam akan menggunakan peluang tersebut dengan baik
“Saya terharu sangat bila pihak universiti sudi datang ambil. Saya tak akan sia-siakan peluang ini.
“Saya berazam belajar bersungguh-sungguh dan suatu hari nanti mahu membalas jasa semua yang pernah membantu kami serta mengubah nasib keluarga saya,” ujarnya.
Tambah pelajar itu lagi, UniSZA juga tidak sekadar mementingkan pendidikan tetapi turut menunjukkan nilai kemanusiaan iaitu memberi harapan kepada mereka yang memerlukan.
Malah Naufal menyifatkan perjalanannya sebagai anak desa menuju cita-cita menjadi doktor akhirnya bermula dengan air mata syukur dan semangat yang membara.
TONTON VIDEO DI SINI.
@buzzkini Belajar rajin-rajin ya dik, kamu anak hebat. Semoga dipermudahkan segala urusan 🤲🏻
♬ original sound – BuzzKini
Ramai titip doa dan nasihat yang baik-baik buat Naufal
Melihat di ruangan komen, ramai yang berterima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam membantu adik Naufal untuk melanjutkan pelajaran.
Tidak kurang juga ramai yang ingin menghulurkan bantuan untuk meringankan beban pelajar berkenaan.
Ada juga yang berpesan untuk Naufal belajar dengan rajin sehingga berjaya suatu hari nanti.
“Bantuan kalian bukan sekdar pertolongan tapi penyambung harapan buat seseorang anak yang hampir menyerah, syabas UniSZA. Bangat sangat tengok anak yang berasal dari kampung mampu jejak kaki ke dunia perubatan..”

“Naufal belajar rajin-rajin tau”

“Naufal belajar sungguh-sungguh ya. Jangan give up. Jangan lupa orang-orang yang bantu Naufal untuk berjaya. Jadi seperti padi makin tinggi makin tunduk ke bumi. Semoga kejayaan Naufal dapat ubah nasib keluarga”




