fbpx
Now Reading
Gelagat 2 Beradik Lari Nak Rebut Mengaji Dulu Buat Ramai Imbau Kenangan Waktu Kecil [Video]

Gelagat 2 Beradik Lari Nak Rebut Mengaji Dulu Buat Ramai Imbau Kenangan Waktu Kecil [Video]

Menerusi video yang dikongsikan, kelihatan mereka sentiasa mempunyai pelbagai strategi untuk berjaya mendapatkan tempat pertama untuk mengaji.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Kenangan dan aktiviti sewaktu kecil sememangnya sesuatu perkara yang menyeronokkan, apatah lagi jika ia dilakukan bersama adik-beradik, saudara dan juga rakan.

Sebagai contoh di zaman dahulu mesti setiap di antara kita pernah sahaja berebut untuk mengambil giliran mengaji di rumah ustaz atau ustazah.

Ini kerana, mereka ingin merebut peluang untuk bermain bersama rakan sekiranya dapat menghabiskan waktu mengaji lebih awal.

Gelagat kanak-kanak lumba lari sebab nak cop tempat pertama raih perhatian

Baru-baru ini, seorang ibu tidak melepaskan peluang apabila berkongsi gelagat anak-anaknya setiap kali ingin ke kelas mengaji.

Menerusi video yang dikongsikan oleh Dilla Haziq di TikTok, awalnya kelihatan anak perempuannya yang memakai telekung telah keluar dari rumah sambil berlari dengan laju.

Perkara sama turut dilakukan oleh si adik iaiatu anak lelaki kepada Dilla apabila dia juga dilihat berlari sambil membawa beg.

Dua beradik itu berlari kerana ingin berebut untuk mendapat tempat pertama beratur mengaji.

Malah apa yang menjadi perhatian perkara itu dilakukan oleh dua beradik ini setiap kali mereka keluar dari rumah untuk mengaji.

Kakak dilihat banyak strategi untuk dapat tempat awal nak mengaji

Si kakak seperti mempunyai strategi lain apabila melihat adik sudah berlari terlebih dahulu. Dia dilihat melalui jalan pintas untuk memotong si adik agar tiba di tempat mengaji lebih awal.

Terdapat juga ada momen di mana mereka dilihat hanya berjalan sewaktu keluar dari rumah dan di pertengahan si kakak mula berlari untuk menyusun strateginya agar mendapat tempat pertama.

Kelihatan juga anak jiran lain yang mengaji di tempat sama tidak ketinggalan untuk berlari dipercayai untuk tujuan yang sama.

“Point of view (POV): berebut nak tempat pertama beratur mengaji,” kata si ibu dalam video berkenaan.

@dilla_haziq

Mengejar akhirat giteww 😅

♬ Can Can – Rias Orchestra & Helmuth Brandenburg

Ramai terhibur dan imbau kenangan lama ketika pergi mengaji

Melihat di ruangan komen ramai yang terhibur melihat gelagat dua beradik itu berlari untuk ke kelas mengaji.

Malah ada juga yang mengimbau zaman kanak-kanak mereka yang turut melakukan perkara sama kerana ingin mendapatkan giliran awal semata-mata nak habis cepat atau mahu bermain dengan rakan.

Tak kurang juga ada yang berseloroh mengatakan si kakak ‘banyak akal’ kerana beberapa kali dia dilihat mempunyai banyak strategi untuk cuba mendapat tempat pertama.

“Kakak banyak akal, part yang berjalan tu mesti dah deal tak nak lari. Tiba-tiba dia lari”

“Akak dengan abang akak dulu macam nilah dik. Kereta tak sempat nak berhenti lagi dah buka pintu”

“Saya dulu macam nilah dengan adik-beradik. Dan sampai satu masa kalut sangat kayuh basikal sekali jatuh, hah patah tangan. Paling tak boleh blah saya bangun kemudian eksyen (action) buat buat tak sakit sampai je rumah terus nangis melalak.”

“Baca awal, boleh balik awal.. konsep dia”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.