fbpx
Now Reading
Wanita Luah Leader Persoal Ambil Masa 20 Minit Untuk Solat Ketika Kerja Curi Perhatian

Wanita Luah Leader Persoal Ambil Masa 20 Minit Untuk Solat Ketika Kerja Curi Perhatian

Berdasarkan Seksyen 60A (1) Akta Kerja 1955, majikan hendaklah memberi pelepasan sekurang-kurangnya 20 minit bagi waktu solat fardu dan 1 Jam 30 minit bagi menunaikan solat Jumaat.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Solat merupakan tiang agama dan ibadah wajib yang perlu dilakukan oleh setiap individu Muslim.

Betapa pentingnya solat ini hingga ada kelonggaran yang ditetapkan bergantung kepada situasi antaranya seperti sakit dan ketika bermusafir asalkan seorang Muslim itu dapat menunaikan rukun Islam kedua tersebut.

Buat mereka yang sibuk di tempat kerja, pasti akan mencari masa untuk menunaikan solat dan tempohnya pula kadangkala boleh mencapai masa sekitar 10 hingga 20 minit khususnya wanita.

Pun begitu, ada segelintir ketua atau majikan dilihat mempersoalkan tempoh waktu tersebut yang dianggap ‘lama’ oleh mereka.

Ketua Persoal Pekerja Ambil Masa 20 Minit Untuk Solat, Anggap Ambil Masa ‘Lama’

Semalam (3 Julai), tular di media sosial luahan seorang pekerja wanita tentang sikap individu yang dipercayai ketua kumpulannya.

Menerusi hantaran yang dikongsikan di Threads, wanita berkenaan meluahkan rasa kecewa apabila ketuanya itu mempersoal tempoh 20 minit yang diambil hanya untuk menunaikan solat.

Melalui perkongsian tersebut, dapat dilihat ketua wanita berkenaan berpendapat tempoh 20 minit yang diambil olehnya untuk solat agak lama.

Malah, bosnya itu merasakan pekerja wanita berkenaan telah mengambil kesempatan dengan solat terlalu lama.

“Lama betul korang keluar rehat solat ni. xxx (nama bos) nampak kena mark korang nanti. Tapi jangan sebab xxx korang takut.

“Siapa sahaja yang lead, korang kena ada respect sama. Jangan ambil kesempatan,” mesej ditangkap layar yang dikongsikan.

Wanita Berpendapat Tempoh 20 Minit Adalah Munasabah

Jelas individu berkenaan, dia berpendapat tempoh 20 minit adalah munasabah khususnya buat wanita sepertinya yang akan mengambil tempoh masa lama untuk mempersiapkan diri menunaikan solat.

“Aku rasa 20 minit tu tempoh munasabah untuk wanita yang nak solat ke tandas (bersihkan apa yang patut), remove makeup, perform my zuhur, pakai tudung then just reapply sunscreen lipbalm and bedak. Apa yang kecoh sangat?”

“Bukan masalah respect manusia ke tak, kalau dengan Pencipta pun kau berkira. I’m done! Leader tak leader, bab solat memang aku sound,” tulisnya.

Tiada Waktu Rehat Yang Spesifik, Hanya Pergi Solat Ketika Pengunjung Tidak Ramai

Kongsi wanita itu di balasan komen, perkongsiannya itu adalah ketika dia sedang bekerja separuh masa dalam satu acara dan tiada masa rehat spesifik yang ditetapkan.

Malah, dia hanya pergi menunaikan solat hanya selepas pengunjung tidak terlalu ramai.

View on Threads

Pengguna Media Sosial Beri Pelbagai Reaksi

Perkongsian yang telah mendapat lebih 40,000 tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.

Mengintai ke ruangan komen, masing-masing mempunyai pendapat tersendiri mengenai tempoh 20 minit yang diambil oleh individu berkenaan.

Ada yang berpendapat 20 minit adalah tempoh masa yang sesuai khususnya wanita untuk mempersiapkan diri menunaikan solat.

Namun, ada pula yang mempersoal tindakan wanita berkenaan yang tidak menunaikan ketika waktu rehat.

Tidak kurang juga yang berkongsikan cara mereka yang tersendiri dalam mencari masa untuk menjalani ibadah tersebut.

Majikan Perlu Beri Pelepasan Kepada Pekerja Beragama Islam Untuk Solat

Untuk info, berdasarkan Garis Panduan Menunaikan Solat Dalam Waktu Kerja yang dikeluarkan oleh Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung (JTKSM), Kementerian Sumber Manusia, majikan perlu memberi pelepasan kepada pekerja yang beragama Islam untuk menunaikan solat dalam tempoh waktu bekerja.

Berdasarkan Seksyen 60A (1) Akta Kerja 1955, majikan hendaklah memberi pelepasan sekurang-kurangnya 20 minit bagi waktu solat fardu dan 1 Jam 30 minit bagi menunaikan solat Jumaat.

“Pelaksanaan kewajipan seseorang pekerja beragama Islam untuk menunaikan solat dalam waktu bekerja boleh diselaraskan oleh majikan mengikut kesesuaian waktu rehat,” tulis garis panduan tersebut.

Majikan Juga Perlu Sediakan Kemudahan Tempat Solat

Bukan itu sahaja, berdasarkan garis panduan berkenaan, majikan perlu menyediakan kemudahan tempat solat untuk pekerja mengikut kriteria seperti berikut:

  • Ruang khas tertutup dengan saiz yang bersesuaian, bersih, selesa dan berhampiran atau di persekitaran tempat bertugas.
  • Ruang untuk menunaikan solat yang berasingan bagi pekerja lelaki dan wanita.
  • Peralatan asas untuk menunaikan solat seperti sejadah, tikar atau alas lantai.
  • Tempat mengambil wuduk yang berhampiran ruang solat.
  • Petunjuk arah kiblat yang disahkan oleh Jabatan-Jabatan Mufti Negeri.

Ini antara komen menarik pengguna Threads:

“Bergantung. Kalau Tempat Solat Tu Jauh, 20 Minit Tak Cukup, Lagi Kalau Ada Make Up Bagai”

“Kenapa Tak Solat Dalam Waktu Rehat, Bukan Selalu Macam tu Ke? Ke Ada Orang Guna Waktu Kerja Untuk Solat Zohor?”

“Tolong Tanya Dia, Agak-Agak Berapa Minit Yang Sesuai Untuk Solat? Geram Pula, Dia Islam Ke?”

“Zohor Solat Waktu Lunch, Asar Solat Lepas Punch Card, Settle Masalah, Ini Kalau Kerja Office Hour La”

Baca Artikel Berkaitan: “Gaduh Dengan Bos Pasal Pensel” – Netizen Kongsi Antara Punca Kenapa Berhenti Kerja Yang Extreme

Baca Artikel Berkaitan: “Bos Kiriman Tuhan” – Christy Ng Dipuji Sediakan Ruangan Solat Selesa Buat Staf Muslim [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.