fbpx

Ulangi Kesilapan Selepas Taubat Adakah Dikira Permainkan Taubat? Ini Penjelasan UAI [Video]

Menurut UAI, Nabi Muhammad SAW suka orang yang banyak meminta ampun kepada Allah meskipun banyak kali melakukan dosa.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Tidak dinafikan, setiap manusia pastinya mempunyai kekurangan dan kelemahan serta tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan.

Sebagai umat Islam pula, sekiranya kita melakukan dosa terhadap Allah SWT, kita diwajibkan untuk bertaubat.

Namun, ada sesetengah umat Islam yang tetap melakukan kesilapan sama berulang kali meskipun telah bertaubat.

Tetap buat dosa selepas bertaubat, UAI tampil beri penjelasan

Susulan itu, pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus atau lebih dikenali sebagai UAI tampil memberi penjelasan berhubung perkara itu.

Menerusi satu hantaran yang dimuat naik di saluran YouTube miliknya, UAI berkata manusia yang berbuat dosa terbahagi kepada dua iaitu orang mukmin dan orang munafik atau kafir (bukan Islam).

Menurutnya, orang mukmin yang berbuat dosa akan timbul rasa penyesalan yang datang daripada keimanannya manakala orang munafik atau kafir pula tidak akan rasa menyesal, malah ada yang berbangga dengan dosa dilakukan.

Nabi suka orang banyak minta ampun kepada Allah SWT

Kata UAI, Nabi Muhammad SAW juga suka orang yang banyak meminta ampun kepada Allah meskipun banyak kali melakukan dosa.

“Sekurang-kurangnya ada rasa penyesalan tanda awak orang mukmin, kalau orang kafir tak menyesal, malah bangga pula. Kalau orang munafik, lagi kita kata (nasihat), lagi dia canggah kita,” katanya.

Penjelasan UAI itu menunjukan bahawa seseorang yang telah bertaubat sepenuh hati dan melakukan kesilapan selepas itu tidak lah dikira mempermainkan taubat.

Taubat tetap diterima walaupun buat dosa selepas bertaubat

Sementara itu, memetik laman Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan pula, taubat yang dilakukan dengan sepenuh hati dan perasaan akan tetap diterima Allah walaupun selepas itu dia tetap melakukan dosa.

Hal ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah R.A, beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda.

إِنَّ عَبْدًا أَصَابَ ذَنْبًا ، وَرُبَّمَا قَالَ : أَذْنَبَ ذَنْبًا ، فَقَالَ : رَبِّ أَذْنَبْتُ ، وَرُبَّمَا قَالَ : أَصَبْتُ ، فَاغْفِرْ لِي ، فَقَالَ رَبُّهُ أَعَلِمَ عَبْدِي أَنَّ لَهُ رَبًّا يَغْفِرُ الذَّنْبَ وَيَأْخُذُ بِهِ ، غَفَرْتُ لِعَبْدِي ، ثُمَّ مَكَثَ مَا شَاءَ اللَّهُ ، ثُمَّ أَصَابَ ذَنْبًا أَوْ أَذْنَبَ ذَنْبًا ، فَقَالَ : رَبِّ ، أَذْنَبْتُ أَوْ أَصَبْتُ آخَرَ ، فَاغْفِرْهُ ، فَقَالَ : أَعَلِمَ عَبْدِي أَنَّ لَهُ رَبًّا يَغْفِرُ الذَّنْبَ وَيَأْخُذُ بِهِ ، غَفَرْتُ لِعَبْدِي ، ثُمَّ مَكَثَ مَا شَاءَ اللَّهُ ، ثُمَّ أَذْنَبَ ذَنْبًا ، وَرُبَّمَا قَالَ : أَصَابَ ذَنْبًا ، قَالَ : قَالَ رَبِّ ، أَصَبْتُ أَوْ قَالَ أَذْنَبْتُ آخَرَ : فَاغْفِرْهُ لِي ، فَقَالَ : أَعَلِمَ عَبْدِي أَنَّ لَهُ رَبًّا يَغْفِرُ الذَّنْبَ وَيَأْخُذُ بِهِ ، غَفَرْتُ لِعَبْدِي ثَلَاثًا ، فَلْيَعْمَلْ مَا شَاءَ

“Sesungguhnya seorang hamba melakukan dosa lalu dia berkata: Ya Tuhan, aku telah berdosa. Ampunilah diri ku. Lalu Allah SWT menjawab: Adakah hamba-Ku tahu bahawa dia mempunyai Tuhan yang akan mengampuni dan menghukum dosanya? Aku telah mengampuni hamba-Ku.

“Kemudian berlalulah masa sehingga orang itu melakukan dosa lagi. Lalu dia berdoa: Tuhan ku, aku telah berdosa. Ampunilah dosa ini. Lalu Allah SWT menjawab: Adakah hamba-Ku mengetahui bahawa dia memiliki Tuhan yang mengampuni dosa dan menghukum dosa itu? Aku telah mengampuni hamba-Ku.

“Kemudian berlalulah masa sehingga orang itu melakukan dosa lagi. Lalu dia berdoa: Tuhan-ku, aku telah berdosa. Ampunilah dosa ini. Lalu Allah SWT menjawab: Adakah hamba ku mengetahui bahawa dia memiliki Tuhan yang mengampuni dosa dan menghukum dosa itu? Aku telah mengampuni hamba-Ku. sebanyak tiga kali. Maka biarlah dia lakukan apa yang dia kehendaki.”

Riwayat al-Bukhari (7507)

Imam al-Nawawi berkata: Hadis ini jelas pada sisi dalalahnya, bahawa walaupun dosa walaupun terulang seratus malah seribu atau lebih, dan dia bertaubat setiap kali daripadanya, maka taubatnya diterima dan gugur dosanya. Meskipun dia bertaubat dari semua (dosa) dengan sekali taubat setelah semua (dosa), maka taubatnya sah.

Namun, taubat yang dilakukan tersebut hendaklah benar-benar dilakukan dengan sepenuh hati dan perasaan serta merupakan satu keinsafan yang sesungguhnya. Bukan hanya menyebut istighfar semata-mata sedangkan hatinya masih ingin berterusan melakukan maksiat.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.