Tular Lelaki OKU Jalan Kaki Dalam Hujan, Rupanya Ini Cerita Sebenar
Difahamkan, Jefree sebenarnya masih mempunyai adik-beradik yang menjaga dan menyokongnya untuk terus menjalani kehidupan yang lebih baik.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Baru-baru ini, tular di media sosial kisah seorang lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) kudung kaki kiri yang ditemui berjalan kaki seorang diri ketika hujan untuk ke kedai membeli makanan.
Kisah lelaki OKU yang dikenali sebagai Jefree itu mula mendapat perhatian serta simpati daripada ramai orang selepas videonya dikongsikan oleh akaun Instagram @storiemy_.
Lebih menyayat hati, Jefree menceritakan bahawa dirinya hidup berseorangan selepas kematian ibu bapanya selain hanya memakan roti pada setiap hari dan melakukan kerja-kerja kampung untuk menyara kehidupan.
Baca Artikel Berkaitan: Ramai Sebak Lihat Lelaki Tempang Jalan Kaki Dalam Hujan Untuk Beli Makanan, Ini Kisah Disebaliknya [Video]
Jefree masih ada adik-beradik yang menjaganya
Bagaimanapun, kemaskini terbaharu daripada Instagram @storiemy_ mengenai Jefree menyatakan terdapat salah faham semasa rakaman video tersebut dijalankan.
Menurut pihak storiemy, Jefree sebenarnya masih mempunyai adik-beradik yang menjaga dan menyokongnya untuk terus menjalani kehidupan yang lebih baik.
“Seluruh (penduduk) kampung Jefree sebenarnya telah lama berusaha membantunya. Dahulu dia pernah melalui jalan yang salah, tetapi mereka tetap menyokongnya,” katanya.
Ibu bapa Jefree bukan meninggal dunia sebab kebakaran
Difahamkan lagi, ibu bapa Jefree sememangnya telah meninggal dunia, namun bukanlah disebabkan kebakaran seperti yang diceritakan oleh lelaki OKU itu.
“Adik-beradiknya sangat baik kepadanya, namun Jefree masih dalam proses untuk pulih secara mental daripada tempoh sukar.
“Kami benar-benar menghargai segala perhatian, kebaikan hati, serta mesej-mesej yang mengarukan daripada anda semua,” kata pihak storiemy.
Jefree tak perlukan sumbangan, doa dan sokongan sudah memadai
Selain itu, pihak keluarga Jefree juga memaklumkan bahawa mereka tidak memerlukan sebarang pertolongan, sebaliknya doa dan sokongan daripada orang ramai sudah memadai.
“Buat masa ini, terlalu ramai yang cuba membantu Jefree sehingga memberi kesan kepada penduduk kampung. Oleh itu, kami dengan rendah hati memohon agar anda tidak lagi datang ke rumah Jefree.”
storiemy
Pihak storiemy juga turut memohon maaf sekiranya terdapat maklumat yang mengelirukan.
Semalam (3 Julai), aktivis dan usahawan, Ebit Lew memaklumkan abang Jefree sebenar ada menerima zakat sebanyak RM300 daripada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk).



