Ramai Yang Tak Tahu Pakai Seluar Jeans Harus Tapi Boleh Jadi Haram, Ini Penjelasannya
Memetik laman web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, setiap muslim diwajibkan untuk menutup aurat dan tidak boleh mempamerkannya kepada umum.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Tidak kira sama ada lelaki atau wanita, seluar jeans sering menjadi pilihan ramai untuk digaya dan dipakai ketika menjalani kehidupan seharian.
Ini kerana pemakaian seluar ini amat mudah untuk digayakan dengan semua jenis pakaian malah amat sesuai dipakai dalam pelbagai situasi.
Lihat sahajalah di pasaran, terdapat pelbagai jenis jeans yang dijual antaranya seperti straight cut, skinny dan boot cut yang boleh disesuaikan oleh pengguna untuk menggayakannya.
Namun bagi wanita muslim, pernahkah anda terfikir hukum di sebalik pemakaian seluar jeans ini?
Aurat Wajib Ditutup & Haram Dipamerkan Pada Umum
Memetik laman web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, setiap muslim diwajibkan untuk menutup aurat dan tidak boleh mempamerkannya kepada umum.
“Aurat adalah anggota badan yang wajib ditutup dan disembunyikan kepada yang bukan mahram melihatnya,” jelas mereka.
Hukum Pemakaian Seluar Jeans Bergantung Kepada Cara Pemakaian
Hukum memakai seluar jeans adalah bergantung kepada cara pemakaian individu itu sendiri.
Jelas laman itu, ia tidak haram dan harus untuk dipakai namun boleh menjadi haram sekiranya tidak mengikut syarat dan batasan yang ditetapkan oleh syarak bagi lelaki dan wanita.
“Seperti contoh bagi lelaki dan wanita, haram memakai seluar jeans yang koyak di peha, betis atau dibahagian yang perlu bagi seorang muslim itu untuk menutup bagi menjaga auratnya,” jelas mereka lagi.
Islam Haram Wanita Yang Berpakaian Menampakkan Bentuk Badan
Terang mereka, Islam turut mengharamkan seorang wanita muslim itu berpakaian ketat sehingga menampakkan bentuk badan atau pakaian nipis yang boleh memperlihatkan apa yang ada di sebalik pakaian tersebut.
Ia termasuklah tempat-tempat sulit yang boleh menimbulkan fitnah diri kepada lelaki yang bukan mahram.
“Kami berpendapat bahawa harus bagi seorang wanita memakai seluar jeans sepertimana yang telah dinyatakan. Namun begitu, pemakaian seluar tersebut haruslah terhindar daripada fitnah.
“Begitu juga tidak menonjolkan dan memperlihatkan anggota badan seperti bahagian punggung yang mengundang perhatian hawa nafsu kepada mereka yang melihat.
“Begitu juga, kami menasihatkan agar mengenakan baju atau jubah yang labuh dan longgar serta mampu menutupi sehingga ke paras lutut bagi menjaga kemaslahatan pada pemakai dan pada mereka yang melihatnya,” jelas mereka.
Lihat Sifat Yang Dilarang Oleh Islam Pada Pakaian – UAI
Dalam pada itu, penceramah dan pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus (UAI) turut memberi pendapat yang sama seperti Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan mengenai hukum pemakaian seluar jeans oleh wanita khususnya dalam solat.
Jelasnya, terdapat dua perkara yang dilarang oleh Islam dalam berpakaian.
“Dua yang utama, satu, mendedahkan aurat. Tengok seluar jeans yang dia pakai, nampak aurat tak? berlubang tak? Tercarik? Kalau tercarik, pakai untuk solat tidak sah, pakai keluar rumah haram.
Solat Masih Sah Kalau Pakai Baju Ketat
UAI turut menambah solat seseorang masih sah jika berpakaian ketat namun ianya dikategorikan sebagai makhruh.
“Syarat kedua, jangan ketat. Kalau ketat, dalam solat sah. Pakai luar rumah, haram.
“Orang perempuan pakai pakaian ketat waktu solat tapi tutup habis, solatnya makruh sahaja.
“Sah kalau tertutup dari pandangan lelaki. Solat seorang-seorang di rumah, hukumnya makruh sahaja tidak haram kerana di dalam rumah,” jelasnya.
Terang UAI lagi, ia tidaklah menjadi satu masalah sekiranya seluar yang ketat itu dipakai pada bahagian dalam dan dilindungi dengan pakaian longgar di luarnya.
Baca Artikel Berkaitan: Bolehkah Lelaki Buka Baju Walaupun Masih Menutup Aurat? Ini Penjelasan Ustaz Azhar Idrus [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Umat Islam Dilarang Pakai Baju Ada Tulisan Atau Jenama Arak Mahupun Judi
Baca Artikel Berkaitan: Apakah Hukum Pakai Minyak Wangi Ada Alkohol Masa Solat? Ini Penjelasan UAI [Video]



