fbpx
Now Reading
Hantaran Lee Zii Jia Di Instagram Cetus Tanda Tanya, Ramai Titip Kata-kata Semangat

Hantaran Lee Zii Jia Di Instagram Cetus Tanda Tanya, Ramai Titip Kata-kata Semangat

Dalam hantaran tersebut, kelihatan gambar-gambar itu memaparkan individu tanpa wajah seperti hidup dalam kesunyian, kesakitan dan penuh tekanan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Lee Zii Jia bukan lah satu nama yang asing di Malaysia, pemain badminton perseorangan lelaki negara itu telah mencapai pelbagai kejayaan di peringkat dunia.

Pelbagai kejayaan yang telah dicapai Lee di peringkat antarabangsa sekali gus mengharumkan nama negara, maka tidak pelik lah sekiranya dia mempunyai peminat-peminat tersendiri.

Jika ingin tahu perkembangan pemain badminton berusia 27 tahun itu, lihat sahaja akaun media sosial miliknya seperti di Instagram, Facebook dan lain-lain.

Posting Lee di Instagram cetus tanda tanya

Bagaimanapun, hantaran carousel yang dimuat naik Lee di Instagram pada semalam (3 Julai) telah mencetus tanda tanya ramai orang.

Ia berikutan Lee memuat naik posting yang menunjukan beberapa ilustrasi hitam putih tanpa sebarang kapsyen.

Imej-imej tersebut dikongsikannya seakan-akan ingin menyampaikan mesej tersirat mengenai keadaan dirinya pada ketika ini.

Ilustrasi-ilustrasi tanpa wajah hanya Lee sahaja yang tahu mesejnya

Dalam hantaran tersebut, kelihatan gambar-gambar itu memaparkan individu-individu tanpa wajah yang dipercayai diambil daripada akaun media sosial Xiaohongshu.

Ia dipercayai karya milik artis media sosial, Axil Tinsti.

Turut kelihatan ilustrasi-ilustrasi memaparkan individu yang sedang dicucuk duri ketika baring dan menjahit wajah.

Malah, terdapat juga lakaran bergaris yang berselirat dan kelihatan tidak teratur. Namun, hanya Lee yang tahu maksud tersirat disebalik mesejnya itu.

Netizen beri kata-kata semangat

Sementara itu, ruangan komen pada hantaran atlet negara itu telah mencetuskan tanda tanya ramai orang mengenai sebab utama Lee memuat naik ilustrasi-ilustrasi terbabit.

Malah, kebanyakan netizen terutamanya peminatnya turut memberikan kata-kata semangat dan menitip doa agar Lee terus kuat serta tabah menghadapi apa jua dugaan ketika ini.

Kami harapkan Lee berada dalam keadaan baik-baik sahaja.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.