fbpx
Now Reading
Banyak Motor Diparkir Halang Laluan OKU Di LRT, Atlet Paralimpik Mahu Pihak Berkuasa Ambil Tindakan [Video]

Banyak Motor Diparkir Halang Laluan OKU Di LRT, Atlet Paralimpik Mahu Pihak Berkuasa Ambil Tindakan [Video]

Di ruangan kapsyen atlet paralimpik dalam sukan pedang, Daniel Tan menyeru agar pihak berkuasa seperti RapidKL dan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke dapat mengambil tindkan berhubung isu itu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Umum mengetahui golongan Orang Kurang Upaya (OKU) di negara ini sentiasa diberikan perhatian dan pelbagai perkara turut dilakukan bagi memudahkan mereka.

Sebagai contoh laluan khas akan disediakan di pelbagai kawasan khususnya tempat awam bagi memudahkan golongan OKU untuk menggunakannya.

Namun masih ada segelintir individu yang tidak bertanggungjawab menggunakan kemudahan ini atau melakukan satu tindakan yang boleh menyukarkan golongan OKU dalam menggunakan sesuatu kemudahan.

Atlet paralimpik mahu pihak berkuasa ambil tindakan selepas ada motosikal halang laluan OKU

Baru-baru ini, atlet paralimpik sukan pedang iaitu Daniel Lee telah meluahkan rasa kecewanya apabila terdapat penunggang motosikal yang tidak bertanggungjawab dengan memarkir motor sehingga menganggu laluan OKU di sebuah stesen LRT.

Menerusi video yang dikongsikan oleh Daniel di Instagram, awalnya kelihatan dia sedang berada di laluan pejalan kaki di LRT Wangsa Maju dan menunjukkan beberapa motosikal yang menghalang laluan OKU untuk melintas seberang jalan.

Lepas notis larangan dipaparkan, motosikal parkir di laluan lain sehingga ganggu laluan OKU

Menurut Daniel, kebiasaannya motosikal-motosikal berkenaan sering memarkir kenderaan mereka di tepi-tepi laluan pejalan kaki. Namun selepas notis larangan meletakkan motosikal dipaparkan mereka kemudiannya memarkir di satu laluan lain sehingga menghalang laluan OKU.

“Jalan alternatifnya, saya perlu naik dan turun ke jalan di mana kereta itu masuk (ke satu simpang) atau jalan di jalan raya. Itu awak boleh lihat motosikal (yang diparkir) menghalang segalanya (laluan OKU),” kata Daniel dalam video tersebut.

Minta pihak berkuasa ambil tindakan, sudah banyak kali buat laporan

Di ruangan kapsyen, Daniel turut ‘mengetag’ RapidKL dan juga Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook untuk mengambil tindakan lanjut.

Ini kerana perkara sebegitu sudah sering kali berlaku meskipun dia sudah membuat laporan kepada staf dan pihak berkuasa yang bertugas.

“Saya menggunakan kerusi roda dan motosikal sering kali menghalang laluan OKU meskipun saya sudah laporkan perkara ini kepada pekerja RapidKL, polis bantuan dan sebagai. Saya sudah membuat laporan banyak kali (dan ini di LRT Wangsa Maju, tetapi ia adalah perkara biasa di tempat lain juga.

“Secara asasnya mereka tidak boleh melakukan apa-apa tetap mereka hanya boleh memberitahu penunggang motosikal untuk tidak memarkir kenderaan mereka lagi di situ.

“Tiada sekatan, denda mahu sebagainya. Saya harap tiada kemalangan mahupun kematian membabitkan OKU kerana mereka terpaksa berjalan di jalan raya utama untuk mengharungi halangan tersebut sebelum sebarang tindakan dilakukan.

“Perkara seperti ini juga berlaku di mana orang menyalahgunakan tempat letak kereta OKU,” ujarnya lagi.

Ada juga menunjukkan papan tanda boleh disaman namun tiada tindakan dibuat

Menurutnya lagi, banyak laporan telah dibuat kepada pekerja di stesen berbeza malah dia turut membuat laporan di stesen Kelana Jaya. Katanya di stesen itu jelas memaparkan RM100 akan dikenakan, namun staf memaklumkan kepada Daniel papan tanda itu hanya sebagai paparan.

Namun tiada sebarang tindakan boleh dibuat kerana ‘tidak mempunya autoriti untuk mengunci tayar atau denda’.

Bukan hanya itu, Daniel juga berkongsi pengalaman yang kurang menyenangkan sewaktu dia menggunakan kemudahan awam yang disediakan untuk golongan OKU di stesen LRT seperti lif tidak beroperasi.

Perkara itu menyebabkan dia terpaksa mencari cara lain untuk keluar dari stesen berkenaan kerana tidak ada pengawal atau polis bantuan yang dapat membantu untuk mendukungnya.

Malah dia juga mengatakan tidak semua golong OKU mempunyai peneman yang boleh membantu untuk mengambil atau menurunkan mereka.

“Jadi bekerja sama dengan komuniti OKU mungkin akan membuatkannya lebih mudah.”

Ramai turut berasa berang dan mahu tindakan diambil dengan segera

Di ruangan komen, ramai yang turut tidak bersetuju dengan tindakan motosikal memarkir dikawasan yang tidak sepatutnya dan menyukarkan golongan OKU untuk menggunakan kemudahan mereka.

Malah ada juga meminta agar pihak berkuasa untuk segera mengambil tindakan berhubung perkara tersebut.

Selain itu, ada juga yang meminta pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk turut mengambil tindakan berhubung perkara tersebut.

“DBKL tolong dah lama sangat bagi muka, aku pun tak faham kenapa biarkan motor-moto parkir dekat tepi laluan pejalan kaki”

“Walau bagaimanapun tiada penguatkuasaan. Rider parkir di mana sahaja mereka mahu dan sentiasa lepas daripadanya. Ayah saya menggunakan kerusi roda terpaksa lalu di jalan raya dengan kereta di mana saya menjaganya daripada belakang.”

“Mentaliti penunggang motosikal di Malaysia”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.