“Bahaya Ni” – Pelekat Pencuci Dapur ‘Tersorok’ Bawah Label Tisu Basah Bayi Raih Pelbagai Reaksi
Wanita dikenali sebagai Icha berkata dia sudah menggunakan jenama tisu basah tersebut terhadap bayinya selama ini namun tidak menerima sebarang reaksi negatif.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Buat mereka yang baharu menimang cahaya mata, sudah tentu anda mahu menyediakan semua kelengkapan bayi menggunakan barang-barang berkualiti tinggi.
Hal ini kerana anak yang baru dilahirkan itu adalah lebih sensitif berbanding golongan dewasa. Sebagai contoh, anda tidak boleh sesuka hati menyuapkan sebarang jenis makanan pada bayi.
Bergantung kepada umurnya, bayi yang masih kecil tidak mampu menelan makanan pepejal. Bukan itu sahaja, si bayi juga tidak boleh terdedah dengan kimia berbahaya kerana ia boleh mengancam nyawa.
Baca Artikel Berkaitan: “Risiko Tercekik” – Tular Video Ibu Suap Bayi ‘Newborn’ Bubur Pisang, Dr Say Tampil Beri Teguran
Wanita Pelik Tisu Basah Bayi Dibeli Selama Ini Ada Pelekat Tersembunyi Dengan Tulisan Mandarin
Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman Threads apabila seorang wanita dikenali sebagai Icha bertanya kepada warganet tentang tisu basuh bayi yang dibeli secara atas talian.
Menurut Icha, dia telah membeli produk itu selepas ada influencer mempromosikannya. Namun dia berasa pelik selepas mencabut pelekat jenama berkenaan.
Dia mendapati terdapat pelekat lain berada pada bahagian bawah tisu basah tersebut dengan tulisan Mandarin. Icha kemudiannya mempersoalkan tulisan tersebut memandangkan dia tidak faham apa maksudnya.
View on Threads
Tulisan Mandarin Tertera Bermaksud ‘Kain Lap Pencuci Dapur’
Mendapat perhatian warganet, ramai berkata tulisan Mandarin itu bermaksud ‘Kain Lap Pencuci Dapur’ yang jelas tidak selamat digunakan buat bayi kerana kandungan kimia yang tinggi.

Mengetahui perkara tersebut, Icha meluahkan rasa bimbang kerana dia telah menggunakan dua pek tisu jenama itu pada badan bayinya. Bagaimanapun, si bayi dikatakan tidak menunjukkan sebarang reaksi negatif.
“Murah tu satu hal, review semua elok-elok je. Anak saya pakai dua pek dah tak ada apa apa reaksi negatif dekat kulit setakat ni. Tapi bila dah terkantoi macam ni memang tak akan pakai dah,” jelasnya.
Orang Ramai Minta Ibu Bapa Hati-hati Jika Mahu Beli Barangan Bayi
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai turut meluahkan rasa bimbang dengan produk tisu basah khas untuk dapur yang disalah anggap sebagai tisu basah bayi.
“Ni serius. Yang tertulis (tulisan Mandarin) tu tisu basah dapur. Tapi pelekat atas tu tertulis tisu basah air tulen. Memang sangat bahaya. Ada guna atau bau ke? Ada kesan buih ke keluar dari tisu? Kalau ya, lebih baik campak (buang). Ni bukan tisu basah untuk bayi dah, tak sesuai,” kata seorang wanita.
Bagaimanapun ada sesetengah pengguna yang membeli produk sama berkata tisu basah itu tidak tertulis dengan tulisan Mandarin terbabit.
“Terus cuba koyakkan, tapi tak ada pula. Cuma serba salah jugalah sebab kita ada review jenama ni. Diorang bagi percuma dekat saya, rasa nak padam la video tu. Tak sedap hati pula. Kalau benda ni memang untuk bayi pun saya dah rasa was-was juga, buat lap meja lepas ni,” ujar seorang netizen.
Sementara itu, ramai juga memberi tips untuk membeli barangan keperluan bayi yang selamat dan tidak berdepan situasi sama seperti kes Icha.
“Sebab tu tak pernah terpedaya beli wipes bukan-bukan terutamanya jika ia diimport dari China. Murah? Ya. Selamat? Mungkin ya mungkin juga tidak. Kalau nak beli pun pastikan ada kedai rasmi, info dikilangkan di mana dan lain-lain,” kata seorang pengguna Threads.
Kilang Tisu Basah Mungkin Tersalah Pelekat
Ada juga pekerja gudang yang mendakwa kilang berkemungkinan membungkus produk itu dengan pelekat yang salah pada awalnya.
“Saya pernah kerja warehouse (gudang). Kadang-kadang kilang di China tersalah pek barang guna bungkusan lain. Dan bila diorang tersedar benda tu salah packaging, diorang hubungi kami untuk bungkus semula dengan bungkusan sebenar sebelum diedarkan barang ke runcit.
“Tapi dalam bentuk pelekat macam ni juga. Untuk kes tisu basah ni, mungkin isu yang sama,” dakwa seorang lelaki.






Baca Artikel Berkaitan: Dedah Kisah Bayi Tersedak Susu, Doktor Ini Kongsi Perkara Penting Untuk Ibu Bapa
Baca Artikel Berkaitan: Ini 3 Petanda Yang Anda Perlu Tahu Jika Bayi Kurang Minum Susu Badan