fbpx
Now Reading
Bela Kucing Tapi Biar Si Bulus Berak Merata Hingga Ganggu Jiran? Ini Penjelasannya Dalam Islam

Bela Kucing Tapi Biar Si Bulus Berak Merata Hingga Ganggu Jiran? Ini Penjelasannya Dalam Islam

Jelas bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri, pemilik kucing wajib memberi perhatian dan mementingkan aspek kebersihan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Kucing merupakan antara haiwan yang sering menjadi kegemaran ramai untuk dijadikan haiwan peliharaan.

Ini kerana keletah yang manja ditambah dengan gelagat yang menghiburkan hati sememangnya sering memikat hati.

Namun tidak semua individu yang senang dengan kehadiran si bulus ini apatah lagi jika kediaman mereka sering menjadi sasaran kucing untuk ‘membuang’.

Sebagai tuan pemilik haiwan, pernahkah korang terfikir hukum dari sudut Islam jika ada jiran yang kurang selesa dan rasa terganggu dengan kucing peliharaan anda?

Harus Bela Kucing Tapi Kena Pastikan Tidak Ganggu Jiran

Menurut Bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri, hukum memelihara kucing adalah harus jika tujuannya dibenarkan mengikut syarak seperti menghalau tikus atau haiwan perosak.

Ini kerana kucing telah dihukumkan sebagai haiwan suci (bukan najis) dan sering berkeliaran di sekeliling manusia.

“Ini kerana pada asasnya, hukum asal setiap haiwan itu adalah suci (yakni bukan najis) melainkan ada nas yang menunjukkan sebaliknya seperti kenajisan babi, anjing atau seumpamanya,” jelasnya menerusi laman web Zulkiflialbakri.

Namun sebagai pemilik haiwan berkenaan, seseorang itu bertanggungjawab menjaga keharusan tersebut selagi ia tidak mengganggu ketenteraman awam dan jiran tetangga.

“Dalam erti kata lain, janganlah disebabkan kita memelihara kucing, menyebabkan kawasan persekitaran rumah (meskipun kawasan rumah kita sendiri) berbau busuk sehingga mengganggu jiran tetangga,” terang beliau lagi.

Hukum Harus Boleh Jadi Haram Jika Jiran Tidak Selesa

Namun diingatkan, hukum yang harus boleh berubah sekiranya jiran tidak selesa. Jelas Dr Zulkifli, pemilik kucing wajib memberi perhatian dan mementingkan aspek kebersihan.

Ini kerana jika ada jiran yang tidak selesa, rasa terganggu atau tersakiti dengan perbuatan kucing peliharaan yang dibela, hukum harus itu boleh menjadi haram.

“Janganlah kerana tindakan kita sendiri yang tidak memberi perhatian pada soal kebersihan menjadikan hukum asalnya, yakni diharuskan untuk memelihara kucing berubah menjadi haram, disebabkan mengganggu atau menyakiti jiran tetangga,” katanya lagi.

Malah, dia turut menyarankan agar pemilik kucing untuk sentiasa memastikan kebersihan antaranya seperti menyediakan tempat khas si bulus untuk membuang air selain memastikan najis itu sentiasa dibuang di tempat yang sepatutnya.

“Sehubungan dengan itu, bagi mereka yang memelihara kucing, tidak kira di dalam rumah mahupun di luar rumah, sediakanlah tempat khas kucing-kucing itu buang air di satu ruangan khusus jauh daripada ruangan utama.

“Di samping kerap kali membuang najis kucing di tempat pembuangannya (pasir khusus), yakni tidak membiarkan najis itu terlalu lama berada di tempat pembuangan tanpa terbuang, agar tidak timbulnya bau yang tidak menyenangkan sehingga ia mengganggu orang lain,” katanya lagi.

Berdosa Biar Haiwan Peliharaan Kotorkan Rumah Jiran

Menurut penjelasan seorang pegawai dari Jabatan Mufti Perlis, Ustaz Mohamad Abdul Kadir bin Sahak, adalah berdosa jika jiran berasa terganggu dengan tindakan kucing peliharaan yang membuang dan mengotorkan kediaman mereka.

SDI 1089: Hukum Membiarkan Kucing Peliharaan Mengotorkan Rumah Jiran Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, yg…

Posted by Bin Sahak on Monday 15 July 2019

Malah, hal ini turut dijelaskan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dalam satu hantaran ringkas di Facebook.

“Memelihara kucing dapat pahala tapi jika najisnya sampai ke halaman jiran, dosanya lebih besar,” kongsi mereka.

Peliharalah kucing untuk menambah pahala, jangan sampai menambah dosa menggangu keselesaan jiran. Sentiasalah menjaga…

Posted by Jabatan Kemajuan Islam Malaysia – JAKIM on Tuesday 15 June 2021

Pemilik Haiwan Peliharaan Bertanggungjawab, Wajib Bayar Kerugian

Menerusi sedutan video di TikTok dan di YouTube, penceramah dan pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus, pemilik haiwan peliharaan bertanggungjawab dan perlu membayar ganti rugi jika haiwan peliharaan menganggu ketenteraman jiran.

“Tak kira la binatang apa pun, anak kita sendiri sekalipun tidak boleh menyusahkan jiran. Nak bela kucing, nak bela kuda, bela harimau sekalipun, ayam, itik, kambing, lembu, tak boleh menyusahkan orang lain, kena jaga adab.

“Kalau haiwan kita rosakkan tanaman jiran sebelah, tuan kambing dalam Fiqah Islam, wajib kena bayar ganti rugi. Tak bayar berdosa.

“Kalau tuan kambing itu mati, wajib dibayar hutang sebelum difaraidkan,” jelasnya.

Hukum ini juga turut terpakai sekiranya kucing peliharaan membuang najis atau merosakkan tanaman di rumah jiran.

“Kucing berak sebelah rumah, wajib tuan kucing basuh. Melainkan jiran kita tak suruh basuh, tak apa,” jelasnya lagi.

@hazimkhairuddinx

Hukum Bela Kucing Sehingga Menyusahkan Jiran Tetangga

♬ original sound – Hazim Ellando – Hazim Khairuddin

Tonton video penuh [DI SINI]

Pemilik Kucing Atau Anjing Boleh Dikenakan Denda Jika Biar Haiwan Berak Di Rumah Jiran

Tahukah anda, pemilik haiwan peliharaan seperti kucing dan anjing boleh didenda RM1,000 jika membiarkan haiwan kesayangan mereka membuang najis di rumah jiran.

Menurut Persatuan Penggunan Islam Malaysia (PPIM) dalam satu hantaran di Facebook, tindakan kucing atau anjing yang membuang merata-rata disifatkan sebagai ‘kacau ganggu’.

“Dalam Akta 171, Akta Kerajaan Tempatan 1976, Seksyen 80 menyebut sekiranya pihak berkuasa tempatan (PBT) mendapati ada gangguan di kawasan awam atau kawasan persendirian, PBT boleh menghapuskan, menghentikan kacau ganggu ini dengan menghantar notis, mengambil tindakan undang-undang serta ganti rugi.

“Dalam Seksyen 81 pula menyebut apa-apa binatang yang disimpan di sesuatu tempat atau dengan sesuatu cara atau dengan sebegitu besar bilangannya sehingga menjadi satu kacau ganggu,” jelasnya.

Bila ada pemilik kucing tidak bertanggungjawab sehingga mengganggu jiran seperti berak di kawasan rumah pasti mewujudkan…

Posted by Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) on Wednesday 12 January 2022

Baca Artikel Berkaitan: “Tahu-Tahu Hilang” – Ramai Terhibur Lihat Gelagat Oyen Selamba ‘Curi’ Kasut Jiran Bawa Balik Rumah [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Awas! Pemilik Kucing & Anjing Boleh Didenda Jika Si Bulus Berak Merata-rata Di Rumah Jiran

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.