fbpx
Now Reading
Baru 2 Minggu Kahwin, Bintang Liverpool Diogo Jota Meninggal Dunia Selepas Terlibat Kemalangan

Baru 2 Minggu Kahwin, Bintang Liverpool Diogo Jota Meninggal Dunia Selepas Terlibat Kemalangan

Pihak berkuasa kecemasan wilayah Castilla dan Leon mengesahkan berita tragis membabitkan Diogo Jota yang juga pemain skuad kebangsaan Portugal.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Dunia bola sepak hari ini dikejutkan dengan berita kematian pemain hadapan Liverpool, Diogo Jota selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya bersama adiknya, Andre di Zamora, Sepanyol.

Kereta yang dinaiki bintang kelab bola sepak gergasi Eropah berusia 28 tahun itu dilaporkan terbabas sebelum terbakar menyebabkan dia serta adiknya meninggal dunia.

Pihak berkuasa kecemasan wilayah Castilla dan Leon mengesahkan berita tragis membabitkan Jota yang juga pemain skuad kebangsaan Portugal.

“Bilik gerakan 1-1-2 Castilla dan Leon menerima beberapa panggilan yang melaporkan kemalangan kenderaan di kilometer 65 di kawasan Cernadilla, Zamora. Ia melibatkan kemalangan kereta dan kenderaan itu terbakar.

“Polis trafik Zamora, bomba dan Pusat Koordinasi Kecemasan Zamora sudah pun dimaklumkan tentang kejadian itu.

“Maklumat daripada Unit Kecemasan dan pusat kesihatan Mombuey, dua individu meninggal dunia dalam kejadian berkenaan,” menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa dipetik Kosmo.

Diogo Jota baru kahwin dua minggu lalu

Jota baru sahaja membantu The Reds menjulang trofi Liga Perdana Inggeris buat kali kedua pada musim lalu.

Lebih menyayat hati, kemalangan itu berlaku hanya kira-kira dua minggu selepas Jota melangsungkan perkahwinannya bersama pasangannya, Rute Cardoso.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.