fbpx
Now Reading
Aksi Pak Guard Campak Makanan Pelanggan Walau Hanya 2 Minit Ditinggal Rider Raih Pelbagai Reaksi [Video]

Aksi Pak Guard Campak Makanan Pelanggan Walau Hanya 2 Minit Ditinggal Rider Raih Pelbagai Reaksi [Video]

Kejadian pengawal keselamatan yang mencampak makanan dipesan pelanggan itu berlaku di kondominium Endah Ria Sri Petaling, Kuala Lumpur.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Golongan masyarakat kini sudah terbiasa dengan perkhidmatan penghantaran makanan dari kedai terus ke rumah. Bagi perspektif seorang pengguna, sistem itu jelas menjimatkan masa mereka.

Lebih-lebih lagi buat individu yang bekerja. Selepas penat seharian di pejabat, sudah tentu segelintir daripada mereka kepenatan dan tidak mahu memasak. Pilihan paling mudah bagi masalah itu adalah memesan makanan secara atas talian.

Pun begitu, kaedah ini juga mungkin ada kekurangannya buat segelintir pelanggan, bergantung kepada tempat tinggal mereka.

Pengawal Keselamatan Campak Makanan Pelanggan Yang Dihantar Rider

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@amiron546) apabila seorang rider penghantar makanan dikenali sebagai Amiron berkongsi satu situasi yang berlaku semasa dia sedang bertugas di kondominium Endah Ria Sri Petaling, Kuala Lumpur.

Menerusi video perkongsian, kelihatan seorang penjaga keselamatan di sana sedang membawa bungkusan makanan dan meletakkannya jauh di pondok pengawal.

Dalam klip sama, kelihatan petugas itu mencampakkan makanan berkenaan di laluan pejalan kaki. Menurut Amiron, itu merupakan makanan yang dipesan oleh penduduk di kondominium itu.

Baru Sahaja 2 Minit Letak Makanan Di Pondok Atas Permintaan Pelanggan

Perkara yang membuatkan Amiron bengang adalah dia mendakwa makanan tersebut baru sahaja diletakkan selama dua minit di pondok itu namun pengawal keselamatan terus bertindak untuk membuangnya tanpa bertanya.

“Tu pelanggan suruh letak situ sekejap dia dalam perjalanan turun. Nak masuk pun IC (kad pengenalan) dan lesen diorang pegang kalau ikutkan peraturan tak boleh,” tambah si rider.

“Tengah tunggu pelanggan turun selalunya boleh je naik. Aku letak lah situ kejap pergi kat motor tiba-tiba dia ambil buang,” kata rider tersebut.

Baca Artikel Berkaitan: Pengawal Keselamatan Tidak Ada Kuasa Untuk Simpan IC

Jelas rider itu, perbuatan pengawal keselamatan terbabit adalah biadab kerana tidak menghormati makanan.

Dia bagaimanapun telah membuat aduan dan menghantar video sebagai bukti kepada pelanggan agar tindakan lanjut boleh diambil.

@amiron546

semakin besar kepala warga asing buang makanan customer

♬ İsyankar – Ufuk Kızıl

Tonton video penuh [DI SINI].

Aksi Pengawal Keselamatan Buang Makanan Pelanggan Cetus Perdebatan

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai mempersoalkan tindakan pengawal keselamatan yang membuang makanan itu.

“Makanan tu woi, apa pasal dibuang,” berang seorang pengguna TikTok.

Malah ada juga rider penghantar makanan lain yang pernah melalui situasi sama seperti Amiron.

“Aku paling benci hantar sini. Nak masuk kena tinggal IC. Mana boleh tinggal IC. Kau ingat kau polis tentera ke nak tinggalkan. Aku pernah letak aku tunggu lepas 10 minit dia nak buang (makanan) aku tegur,” dakwa seorang wanita.

Sementara itu, ada juga yang berkata pengawal keselamatan tidak ada pilihan selain mematuhi arahan pihak pengurusan kondominium.

“Memang salah dia pergi buang makanan tu tapi rider pun sama. Kalau dia dah cakap tak boleh tinggal dekat sekuriti tak kiralah berapa saat pun tetap tak boleh. Apa yang diorang buat adalah ikut arahan pihak pengurusan,” kata seorang netizen.

Sumber: TikTok (@amiron546)

Baca Artikel Berkaitan: Malaysia Negara Ke-4 Di Asia Tenggara Paling Banyak Membazir Makanan

Baca Artikel Berkaitan: “Sayu Tengok Kena Buang” – Sikap Pelanggan Bufet Ramadan Bazir Makanan Jadi Perhatian

Pengawal Keselamatan Campak Bungkusan Minuman Hingga Pecah

Sebelum ini, satu situasi lebih kurang sama pernah terjadi di negara jiran, Singapura. Tular di media sosial apabila seorang penghantar makanan dilihat bergaduh dengan pengawal keselamatan di sebuah apartmen.

Menurut rider yang bertugas, dia tidak diberitahu oleh pelanggannya tentang nombor unit bagi penghantaran tersebut. Malah, pelanggannya juga tidak menjawab panggilan telefon.

Dia kemudiannya membuat keputusan untuk meninggalkan minuman boba yang dipesan di atas sebuah bangku di hadapan rumah pengawal dan meminta pelanggannya untuk mengambil bungkusan itu di sana.

Walau bagaimanapun, pengawal keselamatan yang sedang bertugas tidak membenarkan bungkusan itu ditinggalkan di sana.

Sebaliknya dia mengambil minuman yang dipesan itu dan mengugut akan mencampaknya sekiranya ditinggalkan di sana.

Meskipun sudah diberitahu bahawa minuman itu tidak boleh dibuang, tetapi akhirnya dibaling juga sehingga menyebabkan kesemua cawan pecah dan air boba berlimpahan di atas lantai.

Baca Artikel Berkaitan:[Video] Aksi Pak Guard Di Singapura Campak Air Yang Ditinggalkan Rider Undang Pelbagai Reaksi

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.