Now Reading
“Tahniah Cikgu Semua” – Ramai Puji Sekolah Anjur Majlis Perpisahan Untuk Pak Guard [Video]

“Tahniah Cikgu Semua” – Ramai Puji Sekolah Anjur Majlis Perpisahan Untuk Pak Guard [Video]

Jelas pihak sekolah berkenaan, pengawal keselamatan yang dikenali sebagai Azhar mengambil keputusan untuk berhenti kerana mahu menjaga ibunya yang sakit di kampung.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Sudah menjadi lumrah, setiap pertemuan pasti akan berakhir dengan perpisahan.

Bagi kebanyakan orang, perpisahan yang berlaku pasti akan memberi kesan yang menyakitkan apatah lagi jika seseorang itu banyak memberi pengaruh dalam kehidupan seharian.

Oleh sebab itu, jika berlaku perpisahan khususnya di tempat kerja, pasti akan ada majlis bagi menghargai pengorbanan individu yang telah banyak berjasa.

Sekolah Rai Perpisahan Pengawal Keselamatan, Buat Majlis Bersama Guru & Pelajar

Jika di sekolah, majlis perpisahan kebiasaannya hanya akan dilakukan bagi meraikan guru yang bersara atau bertukar sekolah serta murid yang akan berpindah.

Namun berbeza pula dengan sebuah sekolah rendah di Kuala Nerus, Terengganu ini apabila mengadakan majlis perpisahan istimewa buat pengawal keselamatan mereka.

Menerusi video tular yang dikongsikan di TikTok @tsmat_ict, pengawal keselamatan yang dikenali sebagai Azhar diraikan setelah lapan tahun berkhidmat di Sekolah Kebangsaan Kompleks Tembesu, Kuala Nerus, Terengganu.

Melalui perkongsian itu, dapat dilihat pak guard berkenaan duduk sebaris bersama guru-guru di hadapan pentas sambil disaksikan oleh puluhan pelajar sekolah berkenaan.

“Salam perpisahan untuk pok guard (pengawal keselamatan) kami, Azhar yang telah 8 tahun berkhidmat di T’SMAT (SK Kompleks Tembesu).

“Jasamu sangat kami hargai. Terima kasih atas segalanya. Semoga Allah melindungimu,” kongsi mereka di ruangan kapsyen.

Berhenti Kerja Kerana Mahu Jaga Ibu Sakit, Turut Dijemput Terima Hadiah Di Atas Pentas

Malah, Azhar juga turut dijemput menerima beberapa hadiah berupa barangan elektrik dan cadar di atas pentas.

Bukan itu sahaja, terdapat sesi bersalaman di antara pak guard itu bersama kesemua pelajar sekolah di atas pentas.

Jelas pihak sekolah berkenaan, pengawal keselamatan itu mengambil keputusan untuk berhenti kerana mahu menjaga ibunya yang sakit di kampung.

@tsmat_ict

Salam perpisahan untuk pok guard kami, Azhar yang telah 8 tahun berkhidmat di T’SMAT. Jasamu sangat kami hargai. Terima kasih atas segalanya. Semoga Allah melindungimu.#perpisahanguard

♬ TERLALU INDAH – ANDRE

Tonton video penuh [DI SINI]

Ramai Puji Inisiatif Pihak Sekolah Buat Majlis Perpisahan

Video yang telah mendapat lebih 213,000 tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.

Mengintai ke ruangan komen, ramai yang meluahkan rasa kagum dan memuji pihak sekolah kerana mengambil inisiatif mengadakan majlis perpisahan bagi menghargai jasa pengawal keselamatan berkenaan.

Malah, kebanyakannya menyifatkan majlis sebegitu sebagai satu perkara yang jarang berlaku.

Tidak kurang juga ada pengguna media sosial yang berkongsi kebaikan pak guard berkenaan ketika berurusan dengannya.

Sebelum ini, pernah juga tular sebuah sekolah yang menganjurkan majlis perpisahan bagi meraikan persaraan pengawal keselamatan.

Baca Artikel Berkaitan:“First Time Tengok” – Sekolah Buat Majlis Perpisahan Untuk Pengawal Keselamatan Buat Ramai Sebak [Video]

Ini antara komen menarik pengguna media sosial:

“Jarang Berlaku La, Tahniah Pihak Sekolah Hargai Pak Cik Guard”

“Bagus Didikan Cikgu Sekolah Ini, Memulia & Memanusiakan Orang Tanpa Kira Pangkat”

“Pok Guard Yang Sangat Baik, Kes Anak Balik Sendiri Dia Tak Bagi, Bila Sampai Dia Maklumkan Pada Saya”

“Terbaik Guru Besar & Guru-Guru Sekolah Ini, Biasa Antara Mereka Sahaja Yang Dirai, First Time Saya Tengok Pak Guard Dirai Seperti Ini”

“Terima Kasih Pada Guru SK Kompleks Tembesu Kerana Kenang Jasa Pak Guard, Boleh Jadi Contoh Pada Jabatan Lain”

Baca Artikel Berkaitan: “Saya Bangga” – Ibu Muda Pilih Kerjaya Sebagai Pengawal Keselamatan Sara 3 Anak

Baca Artikel Berkaitan: “Anggap Macam Cucu Sendiri” – Pak Guard Pimpin Tangan Murid Sampai Depan Pagar Raih Pujian [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.