fbpx
Now Reading
Hidap Kanser Limfoma & 22 Kali Kemoterapi, Wanita Tak Putus Asa Tamatkan Pelajaran Jadi Cikgu [Video]

Hidap Kanser Limfoma & 22 Kali Kemoterapi, Wanita Tak Putus Asa Tamatkan Pelajaran Jadi Cikgu [Video]

Selain menjalani kimoterapi, graduan wanita ini juga melakukan sebanyak 15 sesi radioterapi sepanjang menghidap kanser limfoma tahap 4.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Setiap yang bergelar pelajar pastinya ingin menamatkan pelajaran dengan cemerlang apabila sudah berada di menara gading.

Meskipun menghadapi pelbagai kesukaran, namun ia tidak mematahkan semangat mereka yang bergelar pelajar untuk melakukan yang terbaik.

Bukan hanya itu, perkara tersebut tidak dilakukan sekadar untuk kemajuan diri sendiri tetapi mahu membanggakan ibu bapa.

Graduan hidap kanser tahap 4 tamatkan pelajaran sebagai bakal cikgu

Baru-baru ini, seorang graduan turut tidak melepaskan peluang untuk berjuang menamatkan pelajarannya sebagai guru meskipun menghidap kanser limfoma tahap 4.

Menerusi video yang dikongsikan oleh Shafiq Al Sukri di TikTok, awalnya kelihatan graduan wanita yang dikenali sebagai Nur Syahidatunnajwa Mohamad Naim yang naik ke pentas untuk mengambil skrolnya sewaktu berlangsungnya majlis graduasi.

Syidatunnajwa digelar sebagai ‘graduan istimewa’ kerana meskipun menghidap kanser namun semangat juangnya untuk menamatkan pelajaran dalam bidang Pendidikan Islam Pendidikan Rendah di Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun, Pulau Pinang.

Jalani 22 kali kimoterapi & 15 sesi radioterapi

Menurut pengacara di majlis berkenaan, Syaidatunnajwa turut menjalani sebanyak 22 kali rawatan kimoterapi dan 15 sesi radioterapi.

Graduan itu bagaimanapun masih lagi meneruskan rawatan untuk kanser berkenaan.

“Namun kerana semangat juang dan komitmen yang jitu, beliau hadir sebagai simbol ketabahan dan inspirasi buat kita semua bahawa penyakit itu bukan penghalang untuk mencapai kejayaan,” kata pengacara.

Ramai sorak bangga dan beri semangat juang

Turut kedengaran seluruh dewan itu termasuk para pendidik kampus turut menepukkan tangan bangga dengan semangat yang ditunjukkan oleh pelajar tersebut.

Selain itu, pengacara turut meminta orang ramai untuk bersama-sama mendoakan agar Syaidatunnajwa diberikan kesihatan yang baik dan sembuh daripada penyakit yang dihadapi.

Kelihatan Syaidatunnajwa tersenyum manis sewaktu mengambil skrol berkenaan di atas pentas.

Shafiq turut mengatakan ia motivasi untuk adik-adik di luar sana terus semangat belajar sampai ke menara gading.

@shafiqalsukri

Motivasi untuk adik adik di luar sana terus semangat belajar sampai ke menara gading.. tahniah bakal guru 🤲🏻 semoga cepat sembuh 🤲🏻

♬ suara asli – hooman ◡̈ – 𝙃𝙪𝙢𝙖𝙣 ◡̈

Ramai kagum dengan semangat graduan wanita

Melihat di ruangan komen, ramai yang kagum dengan semangat yang Syaidatunnajwa yang tidak menjadikan penyakitnya sebagai penghalang untuk berjaya menamatkan pelajaran dan bergelar pendidik.

Malah ada juga yang menggelarkan dia sebagai ‘Fighter’ kerana berjuang dalam penyakit dan ilmu.

Salah seorang pengguna yang dipercayai adik kepada Syaidatunnajwa turut mengucapkan tahniah kepada graduan berkenaan.

Malah dia juga menyifatkan perjuangan itu akhirnya terbayar dan tidak pernah mendengar keluhan dari mulut sewaktu tempoh rawatan sehingga kini.

Berikut komen netizen:

“She’s the real fighter”

“Ya Allah, hilangkanlah penyakit dan berikanlah dia kesembuhan, engkau dizat yang Maha Penyembuh. Tidak ada kesembuhan kecuali kesembuhan dari-Mu, kesembuhan yang tidak meninggalkan penyakit lain”

“Nangis dalam dewan masa ni, makcik yang duduk sebelah pun dah teresak-esak. ‘Get well soon fighter'”

“Dengar chemo tu macam okay lagi, bila dengar jumlah total radioterapi tu, kau memang kuat dik. Ayah akak dulu radioterapi kali ke 25 je terus kulit dia terbakar..”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.