Bintik Hitam Pada Gigi Tanda Berlubang? Ini Penjelasannya [Video]
Jelas doktor gigi berkenaan, meskipun hanya nampak titik hitam namun ia sebenarnya mempunyai lubang besar.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Kesihatan gigi merupakan perkara yang sangat penting buat setiap individu dan ia perlu dijaga sejak kecil lagi.
Ini kerana, kesihatan oral merupakan perkara yang berkait sangat rapat dengan kesihatan tubuh badan secara keseluruhan.
Meskipun bakteria di dalam mulut tidak berbahaya namun sekiranya seseorang tidak menjalani pemeriksaan ia boleh mengundang kepada kerosakan gusi dan gigi.
Doktor gigi jelaskan mengenai bintik hitam
Baru-baru ini, seorang doktor pergigian yang dikenali sebagai Dr Habib telah menjelaskan mengenai bintik hitam yang ada pada gigi seseorang.
Menerusi video yang dikongsikan oleh doktor berkenaan di TikTok (@drhabubu), dia telah menjelaskan mengenai masalah gigi berlubang yang mungkin ramai tidak tahu atau tidak sedar.
Menurutnya saiz gigi yang mempunyai masalah berlubang akan semakin membesar sekiranya dibiarkan.
Proses saiz berlubang membesar ikut permukaan gigi
Walau bagaimanapun proses saiz lubang itu membesar mengikut permukaan sesuatu gigi tersebut.
“Gigi ini dia banyak permukaan, contohnya bahagian atas yang bahagian gigitan tu dan bahagian tepi. Kalau berlubang itu dekat bahagian gigitan tepi kan, selalunya dia akan besar di luar (permukaan luar) dan makin mengecil di dalam.
“Maksud apabila doktor ‘drill’ semakin dalam semakin hilanglah gigi berlubang tu. Namun di bahagian permukaankan dia terbalik dimana makin dalam lubang itu dia makin besar.
“Jadi mungkin dekat permukaan itu awak nampak macam titik hitam sahaja tapi di dalam bahagian dah berlubang besar,” ujarnya.
Ramai yang mungkin hanya sedar gigi berlubang lepas rasa sakit
Menurutnya lagi adakalanya pesakit mungkin tidak menyedari perkara tersebut dan hanya mengetahui apabila terasa sakit kerana bakteria itu sudah ke bahagian saraf.
Perkara itu secara tidak langsung membuatkan proses untuk merawat sesuatu gigi tersebut menjadi lebih kompleks.
Mungkin juga kesan makanan, sebaiknya buat pemeriksaan
Walau bagaimanapun, adakalanya titik hitam itu hanyalah kesan makanan.
“Jika anda risau mengenai titik hitam ini gigi berlubang atau biasa sahaja awak boleh pergi kemana-mana sahaja untuk membuat pemeriksaan.”
@tomato_012 Ha siape yg ade dot2 itam tuuu #dentist #caries #cavities #gigiberlubang #teethwhitening ♬ Library Vibes – Cozy-Cozy-Moodscape



