Anggap Sebagai Rescue, Tukang Kunci Di Perlis Tak Ambil Upah Buka Kereta Terkunci [Video]
Menurut tukang kunci dikenali sebagai Amir itu, dia beranggapan kerja membuka pintu kereta itu hanyalah ‘rescue’ secara percuma sambil menikmati pemandangan (healing) sawah yang ada di sekitar kawasan itu.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Pasti ada di antara kita yang pernah mengalami atau berhadapan dengan situasi kereta yang terkunci. Lebih cemas lagi apabila ada kanak-kanak atau bayi di dalam kenderaan itu.
Sekiranya bantuan orang ramai untuk membuka kereta terbabit tidak berjaya, terpaksalah memanggil tukang kunci yang profesional untuk membukannya.
Kalau sudah tukang kunci yang membuka, sudah tentu akan ada upah dikenakan bukan? Iyalah, masa, kos perjalanan dan tenaga kepakaran yang digunakan perlu lah dikira.
Tukang kunci di Perlis tak ambil upah bantu buka kereta terkunci
Pun begitu, lain pula dengan seorang tukang kunci di Perlis ini yang dikenali sebagai Amir Firdaus apabila tidak mengenakan sebarang bayaran bagi servis membuka pintu kereta terkunci.
Perkara tersebut mula mendapat perhatian ramai selepas dikongsikan oleh pengasas Misi, Nur Ahmad Faiz Mohd Azmi yang berada di negeri Indera Kayangan itu.
Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun Instagram @foundermisi, Amir dipanggil untuk membantu membuka kereta jenis Toyota Hilux Motorhome milik Nur Ahmad Faiz.
Tukang kunci tak ambil upah rescue buka kereta terkunci, anggap bantu sambil healing
Apa yang mengejutkan, Amir tidak mengambil sebarang bayaran ketika ditanya caj yang dikenakan setelah dia berjaya membuka kenderaan itu dengan menggunakan peralatan dan kepakarannya.
Menurut Amir, dia beranggapan kerja membuka pintu kereta itu hanyalah ‘rescue’ secara percuma sambil menikmati pemandangan (healing) sawah yang ada di sekitar kawasan itu.
Amir yang juga pemilik kedai Dr Key n Shoe berkata, dia hanya mengambil upah bagi servis membuat kunci pendua sahaja.
“Saya kalau ‘rescue’ (bantu buka kereta terkunci) saya tak ambil (upah), buat kunci pendua baru saya ambil,” kata Amir.
Pengasas Misi itu bagaimanapun tetap memberi bayaran kepada Amir sebanyak RM300 atas bantuan membuka keretanya yang terkunci itu.
Netizen pakat puji dan titip doa buat tukang kunci itu
Memindai ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial memberi pujian terhadap Amir kerana melakukan kerja membuka pintu kereta terkunci dengan penuh keikhlasan tanpa mengambil sebarang upah.
Kebanyakan netizen juga mendoakan semoga urusan Amir dimudahkan dan dilimpahi dengan rezeki yang banyak atas sebab kebaikan yang dilakukan.




Baca Artikel Berkaitan: “Tiada Lagi Konten Acah Bagus” – Founder Misi Rakyat Akui Tersilap Langkah, Ingin ‘Restart’ Semula
Baca Artikel Berkaitan: “Terima Kasih Anak Muda” – Founder Misi & Staf Bekerjasama Bersihkan Tasik Di Puncak Alam Dapat Pujian [Video]



