“Tak Suka? Kumpul Duit Sendiri” – Tauke Berang Anak Mengeluh Bapa Beli Motosikal Tak Ikut Cita Rasa [Video]
Difahamkan, motosikal yang dibeli hanya bertujuan memudahkan urusan perjalanan pergi dan pulang sekolah si anak selepas mendapat lesen.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Umum mengetahui, majoriti ibu bapa sanggup melakukan apa sahaja demi memastikan anak-anak dapat kemudahan yang baik, terutamanya dalam hal pelajaran dan keperluan harian.
Namun begitu, masih wujud segelintir anak-anak yang tidak tahu memanjatkan rasa kesyukuran terhadap usaha ibu bapa mereka, lebih-lebih lagi apabila barangan yang diberi tidak menepati citarasa sendiri.
Baru-baru ini, seorang pemilik kedai motosikal tampil meluahkan rasa kesal terhadap sikap seorang remaja yang didakwa menghina pilihan motosikal yang dibeli oleh bapanya sendiri.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Asnaf Dakwa Sistem Agihan Barang Tidak Telus, MAIWP Tampil Beri Penjelasan
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Keperibadian Warga Emas Dipuji, Enggan Terima Bantuan & Dahulukan Orang Lain
Baca Artikel Berkaitan: Individu Persoal 12% Upah Amil, Lembaga Zakat Selangor Beri Penjelasan
Pemilik Kedai Kecewa, Anggap Remaja Tak Tahu Bersyukur
Menerusi satu perkongsian di laman TikTok (@nicholaschong2206), lelaki ini meluahkan rasa kecewanya terhadap sikap segelintir remaja zaman sekarang yang didakwa tidak matang dan langsung tidak menghargai usaha ibu bapa.
Dalam video tersebut, dia berkongsi pengalaman ketika berurusan dengan seorang bapa yang datang ke kedai untuk membeli motosikal buat anaknya yang baru mendapat lesen.
Si bapa membayar secara penuh untuk sebuah motosikal bersaiz kecil dan mampu milik, sesuai digunakan bagi tujuan ke sekolah.
Kemudian, pemilik kedai tersebut bertanya sama ada si anak tahu tentang pembelian tersebut, dan si bapa menjawab bahawa wujud kerisauan sekiranya dia tidak meminati motosikal berkenaan.
Atas pertimbangan hal itu, pemilik kedai mencadangkan agar si bapa membawa anaknya datang ke kedai dahulu untuk melihat sendiri motosikal tersebut sebelum ia didaftarkan.
Namun ketika anaknya datang ke kedai dan ditunjukkan motosikal berkenaan, remaja terbabit menunjukkan raut wajah tidak berpuas hati dan terus merungut kerana motosikal itu bukan jenama atau model yang diidamkan.
Dia malah menyebut bahawa kesemua rakannya sudah menggunakan motosikal yang lebih bergaya dan menyifatkan pilihan bapanya sebagai buruk.
Pemilik kedai tersebut bertindak memanggil si bapa ke tepi dan menawarkan pemulangan penuh wang jika anaknya benar-benar tidak mahu menerima motosikal itu.
Selain itu, dia turut menegaskan bahawa kekecewaannya bukan kerana motosikal terbabit tidak dapat dijual, tetapi kerana sikap remaja berkenaan yang dianggap tidak hormat kepada ibu bapa dan langsung tidak tahu bersyukur.
@nicholaschong2206 Harap jangan susahkan family , ikut kemampuan , Kalau rasa I ada salah cakap , i boleh delete video ni #nicholasbebel #nicholascfmoto #wmoto #xtreme #nvx #yamaha #fyp #fypシ #viral
♬ original sound – Nicholas – Nicholas
Tonton video penuh [DI SINI].
Netizen Setuju, Ramai Kongsi Kisah Sanggup Jalan Kaki Dulu
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan pendirian pemilik kedai tersebut yang mengkritik sikap tidak bersyukur dalam kalangan remaja hari ini.
Ramai yang menyifatkan si anak itu sebagai manja dan terlalu memilih, sedangkan diberi motosikal baru oleh ibu bapa adalah satu bentuk keistimewaan yang tidak semua orang mampu dapat.


Ada juga yang berkongsi pengalaman masing-masing sewaktu zaman persekolahan dahulu, termasuk berjalan kaki, menaiki basikal, atau menumpang rakan semata-mata untuk ke sekolah.

Ibu Bapa Sentiasa Cuba Yang Terbaik
Kisah ini sepatutnya menjadi pengajaran kepada remaja hari ini untuk lebih menghargai usaha ibu bapa yang bersusah payah menyediakan keperluan mereka.
Bukan soal mahal atau jenama, tetapi kesedaran bahawa setiap ringgit yang dibelanjakan datang daripada titik peluh dan pengorbanan yang tidak wajar dibalas dengan rungutan atau rasa malu.
Kalau ada kehendak tertentu, sebaiknya usaha sendiri untuk capai apa yang diinginkan. Tidak adil untuk merungut jika semuanya masih ditanggung orang lain.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Kurier ‘Fedup’, Hairan Individu Order Barang COD Tak Peka Waktu Penghantaran
Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Soal Sama Ada Gaji RM5,000 Cukup Nak ‘Survive’ Di KL Undang Pelbagai Reaksi
Baca Artikel Berkaitan: Gara-Gara Datang Kelas Lambat, Pensyarah Ini Minta Pelajar Berlakon Sebagai ‘Hukuman’