“Tahu-Tahu Hilang” – Ramai Terhibur Lihat Gelagat Oyen Selamba ‘Curi’ Kasut Jiran Bawa Balik Rumah [Video]
Menerusi perkongsian itu juga, terdapat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang merakam perbuatan nakal si Oyen yang menggigit kasut jiran tuannya lalu dibawa pulang ke rumah.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Bila sebut tentang kucing pasti dah terbayang gelagat dan ragam si bulus ini lebih-lebih lagi yang berwarna oren.
Manakan tidak, kucing yang berwarna oren atau mesra dikenali sebagai Oyen sering menjadi perhatian dek kerana gelagatnya yang nakal dan menghiburkan hati.
Lihat sahajalah, ada sahaja kisah dan ragam si Oyen yang dikongsikan oleh orang ramai di media sosial.
Baca Artikel Berkaitan: “Nak Buat Macam Mana, Basuh Jelah” – Pemilik Kereta Reda, Oyen Selamba Berak Atas Lamborghini [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Aksi Oyen Berpaut Pada Besi Tingkap Ketika Terperangkap Dalam Banjir Raih Perhatian [Video]
Oyen Buat Hal Lagi, Curi Kasut Jiran Senyap-Senyap Bawa Balik Rumah Tuan
Terbaharu, tular di media sosial ragam seekor kucing berwarna oren peliharaan seorang wanita wanita yang selamba ‘mencuri’ kasut jiran tuannya.
Menerusi video yang dikongsikan di TikTok @aniedarus70, kelihatan seorang kanak-kanak perempuan datang ke rumah pengguna itu bagi mengambil sebelah kasutnya yang hilang.
Apa yang menjadi perhatian adalah kehilangan kasutnya itu adalah bukan kerana dicuri oleh manusia tetapi berpunca dari sikap Oyen yang suka mengambil kasut jiran.
Siap Ada Rakaman CCTV Kantoikan Perbuatan Oyen
Lebih menghiburkan, pengguna itu menyangka sebelah kasut berkenaan adalah milik anak orang lain namun sebenarnya adalah milik kanak-kanak yang datang ke rumahnya itu.
“Kasut Sofea ke? Ya Tuhan, nenek ingat kasut siapa la cantik pagi tadi, ingatkan kasut anak Cikgu Aisyah.
“Balik simpan dalam almari tahu, kalau tak Oyen ambil,” katanya kepada kanak-kanak berkenaan.
Malah menerusi perkongsian itu juga, terdapat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang merakam perbuatan nakal si Oyen yang menggigit kasut jiran tuannya lalu dibawa pulang ke rumah.
Bukan itu sahaja, pada akhir perkongsian berkenaan dapat dilihat longgokan selipar yang dipercayai milik kejiranan itu turut menjadi mangsa Oyen.
Rupanya, bukan hanya kasut dewasa sahaja malah kasut bayi juga turut menjadi sasaran.
“Minggu ini emak sibuk jemputan orang kahwin. Rupanya si Yeyen (Oyen) buat hal dekat rumah ye.
“Nasib baik jiran tak report polis Yen oi,” tulis pengguna itu di ruang kapsyen.
Tonton video penuh [DI SINI]
Ada Jiran Terpaksa Datang Pakai Heels Cari Selipar, Ada Yang Pergi Ambil Kasut Sendiri Depan Rumah
Menerusi perkongsian berasingan, dapat dilihat tangkap layar salah seorang jiran yang menjadi mangsa Oyen pergi menuntut dan mengambil sendiri kasutnya di rumah pengguna itu.
Lebih mencuit hati, ada mangsa yang terpaksa datang dengan kasut tumit tinggi (heels) dek kerana selipar dapurnya dicuri Oyen.
Tonton video penuh [DI SINI]
Tonton video penuh [DI SINI]
Ramai Terhibur Lihat Keletah Si Bulus, Anggap Perbuatan Si Oyen Eratkan Silaturahim Sesama Jiran
Perkongsian yang telah mendapat lebih 350,000 tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.
Mengintai ke ruangan komen, ramai yang terhibur melihat gelagat dan keletah si Oyen yang selamab mengambil kasut jiran dan membawa pulang ke rumah tuannya.
Malah, ada yang berpendapat tindakan si bulus itu sebagai tanda untuk mengeratkan silaturrahim sesama jiran memandangkan pada masa kini ada segelintir individu yang langsung tidak mengenali jiran mereka.
Namun ada pula segelintir yang berpendapat tindakan haiwan berkenaan sebenarnya menyusahkan jiran dan meminta agar pemilik video berkenaan melakukan sesuatu.
Boleh Bela Haiwan Peliharan Tapi Jangan Sampai Mendatangkan Mudarat – UAI
Menurut penceramah dan pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus (UAI), seseorang itu dibenarkan untuk membela haiwan peliharaan yang dibenarkan syarak seperti kucing namun ia tidak boleh mendatangkan mudarat kepada jiran.
“Belalah, nak bela kucing, kambing, biri-biri, nak bela ayam, bela. Tapi kaedah kita, tak boleh memberi mudarat.
“Contoh kucing sebelah rumah, datang berak di atas tangga rumah jiran sebelah. Wajib tuan kucing datang dan bersihkan, buang tahi kucing dan bersihkan tangga tadi. Wajib, bukan sunat.
“Melainkan tuan rumah yang diberak kucingnya itu dia suka, itu tak apa,” jelas UAI.
Ini antara komen menarik pengguna TikTok:
“Ya Allah Yeyen (Oyen) Perangai Sungguh La, Memang Tugas Dia Menyatu Padukan Semua Jiran La”

“Kalau Ambil Kasut Orang Nak Siap Pergi Kerja, Naya Dekat Tuan Kasut. Kalau Ada Jiran Yang Tak Senang, Owner Kucing Kena Ada Rasa Tanggungjawab”

“Jiran Akak Ni Semua Baik & Penyayang, Diorang Tak Bising Report PBT Suruh Tangkap Kucing Yang Buat Jahat”

“Disebabkan Oyen, Masyarakat Kejiranan Lebih Mesra & Rapatkan Ukhwah”

“Mula-Mula Kelakar, Lama-Lama Sakit Hati Juga Menyusahkan Jiran”

Baca Artikel Berkaitan: Gelagat Pakcik Menyakat Si ‘Oyen’ Buat Ramai Terhibur [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Oyen Seakan Mengadu Tangan Sakit Di Hospital, Jururawat ‘Sporting’ Bantu Balut Luka [Video]



