fbpx
Now Reading
Ramai Puas Hati Lihat Pemandu Vios Kena Tahan Polis Peronda Lepas Tunjuk Isyarat Lucah [Video]

Ramai Puas Hati Lihat Pemandu Vios Kena Tahan Polis Peronda Lepas Tunjuk Isyarat Lucah [Video]

Menerusi video tersebut, kelihatan pemandu Vios menunjukkan isyarat lucah selepas dihon kenderaan pemilik dashcam.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Apabila berada di jalan raya semua pengguna sering dinasihatkan untuk berhati-hati dan bertolak ansur antara satu sama lain.

Perkara itu bagi mengelakkan berlakunya sebarang perkara yang tidak diingini seperti kemalangan mahupun sebarang perselisihan faham.

Selain itu, kita juga perlu menjaga adab dan saling menghormati serta tidak menimbulkan sebarang provokasi dengan melakukan perkara yang tidak bertanggungjawab.

Tindakan tunjuk isyarat lucah makan diri, pemandu Vios kena ditahan polis peronda

Baru-baru ini, tular satu video di media sosial memaparkan tindakan sebuah kereta Toyota Vios yang memakan diri sendiri selepas menunjukkan isyarat lucah kepada pemandu kenderaan lain.

Menerusi dashcam yang dikongsikan di X, awalnya kelihatan kereta Toyota Vios cuba menghimpit kenderaan pemilik dashcam untuk memasuki lorong kanan.

Ekoran itu, pemilik dashcam kemudiannya membunyikan hon disebabkan tindakannya itu.

Selamba tunjuk isyarat lucah kepada pemandu lain selepas masuk lorong

Sebaik Toyota Vios berjaya memasuki lorong kanan, dia kemudiannya dilihat membuka tingkap sebelum menunjukkan isyarat lucah menggunakan tangan.

Tindakan tidak senonohnya itu bagaimanapun disedari oleh dua anggota polis dari Unit Rondaan Bermotosikal (URB) yang berada di bahagian belakang.

Susulan itu, peronda polis berkenaan meminta Vios itu untuk berhenti di bahu jalan untuk tindakan lanjut.

Menerusi dashcam dipercayai insiden itu berlaku pada 24 Jun yang lalu.

Ramai puas hati kereta vios kena tahan lepas tunjuk isyarat lucah

Melihat di ruangan komen, ramai yang berasa puas apabila melihat Vios itu ditahan oleh polis peronda ekoran tindakan menunjukkan isyarat lucah.

Malah ada juga yang mengatakan insiden itu mempunyai satu pengakhiran yang indah kerana tindakan tersebut mendapat perhatian polis yang kebetulan berada di kawasan tersebut.

“Pengakhiran yang menggembirakan”

“Ni aku panggil geng paksa buka jalan. Ikut peraturan jalan raya, bila ada ruang baru masuk. Tapi geng ni paksa buka jalan untuk dia”

“Sejak bila lah ya perangai tunjuk ‘jari tengah’ di kalangan pemandu dekat Malaysia membiak”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.