fbpx
Now Reading
Peniaga Nasi Kukus Ayam Berempah Raih Pujian, Tak Lokek Kongsi Resipi Hingga Peniaga Lain Laris Jualan [Video]

Peniaga Nasi Kukus Ayam Berempah Raih Pujian, Tak Lokek Kongsi Resipi Hingga Peniaga Lain Laris Jualan [Video]

Peniaga yang menggelarkan diri sebagai Abang Poji turut menitipkan nasihat kepada peniaga lain agar tidak kedekut dengan pelanggan dan memberi layanan yang baik kepada mereka.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Buat mereka yang menceburi dunia perniagaan khususnya makanan, pastinya mempunyai cara dan strategi masing-masing dalam melariskan jualan.

Manakan tidak, dalam satu menu, terdapat beberapa peniaga menjual hidangan yang sama.

Selain harga jualan, apa yang membezakan adalah resipi rahsia yang digunakan oleh peniaga itu sendiri.

Malah, jika ditanya apa bahan yang digunakan, tidak ramai peniaga yang mahu berkongsi kerana risau tindakan sebegitu boleh menjejaskan perniagaan mereka.

Peniaga Nasi Kukus Ayam Berempah Teruja Dengar Jualan Peniaga Lain Laris, Guna Resepi Perkongsiannya

Namun, lain pula dengan seorang peniaga nasi kukus ayam berempah di Hulu Selangor ini yang dilihat tidak lokek berkongsi resepi nasi kukus ayam berempah jualannya.

Menerusi sedutan video siaran langsung yang dikongsikan di Tiktok @fauzipojie430, pengguna yang menggelarkan dirinya sebagai Abang Poji teruja membaca komen dari pengikutnya.

Apa yang menjadi perhatian adalah salah satu komen pengikut peniaga berkenaan mendakwa jualannya laris terjual hanya menggunakan resipi yang dikongsikan olehnya.

“Saya meniaga dekat Cheras, Tasik Permaisuri. Nasi kukus ayam berempah ikut resipi Abang Poji. Alhamdulillah.

“Sekarang ayam hampir 150 ekor untuk sehari jualan. Terima kasih, minta halalkan resipi Abang Poji ye,” komen pengikut berkenaan.

Perkongsian itu nyata membuat peniaga berkenaan teruja membacanya malah dia juga turut menyatakan hasrat mahu berkunjung ke gerai pengikutnya itu.

“Saya halalkan dunia akhirat. Doakan saya juga dimurahkan rezeki. Dekat mana tu? Saya ingat nak pergilah. Masya-Allah 150 ekor banyak tu. Alhamdulillah.

“Mudah-mudahan mana yang dapat resipi saya, semua diberi kejayaan. Semoga laku banyak-banyak. Ramai pelanggan yang datang,” katanya.

Peniaga Titip Nasihat Kepada Penjual Lain, Jangan Kedekut Dengan Pelanggan

Malah, Abang Poji turut menitipkan nasihat kepada peniaga lain agar tidak kedekut dengan pelanggan dan memberi layanan yang baik kepada mereka.

Jelasnya lagi, jika peniaga mahu menetapkan harga jualan lebih tinggi berbanding peniaga lain, ia bukanlah satu masalah asalkan layanan dan perkhidmatan yang diberikan dapat memuaskan hati pelanggan.

“Apa yang penting, ikhlas. Nasi jangan kedekut. Meniaga nasi makan tengahari ni orang lapar.

“Jangan kedekut nasi, jangan letak nasi sikit sangat. Kita letak nasi sampai customer cakap ‘dah cukup tu’, tak rugi. Kita letak nasi banyak tak rugi, percaya la cakap saya.

“Kalau kita nak jual mahal, tak apa. Jual la tapi bagi orang puas hati. Bila orang puas hati, dia tak kisah pasal harga,” katanya lagi.

Malah, kedengaran Abang Poji sekali lagi menjelaskan bahawa dia menghalalkan resipi nasi kukus ayam berempah yang dikongsikan olehnya kepada peniaga lain.

Tonton video penuh [DI SINI]

Ramai Puji Peniaga Tak Kedekut Ilmu, Ada Yang Luahkan Hasrat Mahu Mencuba

Perkongsian yang telah mendapat lebih 208,000 tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.

Mengintai ke ruangan komen, ramai yang memuji tindakan pengguna berkenaan yang tidak lokek berkongsi resipi malah ikhlas dalam setiap perbuatannya.

Malah, ada yang merasa kagum dengan keperibadian peniaga tersebut yang dilihat langsung tidak risau dan percaya dengan rezeki Allah SWT.

Bukan itu sahaja, ada pengguna yang meluahkan hasrat mahu mencuba resipi ayam berempah yang dikongsikan oleh peniaga berkenaan.

Ini antara komen menarik pengguna TikTok:

“Alhamdulillah, Ilmu Kalau Dikongsi Dengan Ikhlas Akan Membuahkan Hasil Yang Berganda”

“Bagus Peniaga Macam Ini. Percaya Dengan Rezeki Allah Bagi, Semoga Abang Ni Maju Jaya”

“Kepada Peniaga, Tak Payahlah Kedekut Nak Kongsi Resipi, Saya Buat Tetap Tak Sama Macam Awak Buat”

“Susah Orang Nak Bagi Resipi Tapi Peniaga Ini Bagus Tak Kedekut Ilmu”

“Orang Macam Ini Mudah Masuk Syurga Sebab Tak Kedekut Resipi, Ilmu Dia Turunkan Tanpa Berkira-Kira”

Baca Artikel Berkaitan: Peniaga Popia Tak Lokek Kongsi Tips Dengan Peniaga Makanan Sama Raih Pujian [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Ambil Apa Sahaja Jenis Lauk, Peniaga Makanan Tawar Bufet Nasi Campur Sepinggan RM7 [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.