fbpx

Jatuh & Nyaris Digilis Lori, Ramai Geram Lihat Aksi Berbahaya Mat Rempit Di Lebuh Raya [Video]

Apa yang menjadi perhatian adalah salah seorang daripada penunggang motosikal dilihat secara tiba-tiba ‘memancung’ dari kanan ke lorong kecemasan di belakang sebuah lori sebelum ‘bersepah’.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Setiap pengguna seringkali dinasihatkan agar sentiasa mematuhi undang-undang dan berhati-hati di jalan raya.

Namun entah mengapa, ada segelintir individu dilihat seolah-olah mencabar peraturan dengan melakukan aksi berbahaya di atas jalan raya.

Segelintir golongan mat motor atau juga dikenali sebagai mat rempit khususnya sering dilihat melakukan aksi sebegitu hingga boleh mengundang bahaya bukan sahaja kepada diri sendiri malah pengguna lain juga.

Walaupun pelbagai kisah atau tragedi melibatkan kumpulan ini namun segelintir mereka dilihat tidak mengambil iktibar atas apa yang berlaku.

Penunggang Motosikal Bawa Laju Di Lebuh Raya, Menyelit Di Bahagian Sebelah Kiri Lori

Semalam (30 Jun), tular di media sosial aksi sekumpulan penunggang motosikal di sebuah lebuh raya.

Menerusi video rakaman kamera papan pemuka (dashcam) yang dikongsikan di Threads, dapat dilihat tujuh buah motosikal sedang memandu di lorong paling kanan.

Apa yang menjadi perhatian adalah salah seorang daripada penunggang motosikal dilihat secara tiba-tiba ‘memancung’ dari kanan ke lorong kecemasan di belakang sebuah lori yang sedang berada di lorong perlahan.

Penunggang Motosikal Hilang Kawalan & Terjatuh, Nyaris Digilis Lori

Tindakannya itu nyata mengundang padah apabila dia dilihat hilang kawalan serta terjatuh dan masuk ke bahagian tengah lorong kiri.

Lebih menggerunkan, dia nyaris digilis tayar belakang lori oren berkenaan namun pemandu lori itu sempat mengelak daripada melanggar penunggang motosikal terbabit.

Malah, pemilik dashcam serta beberapa kenderaan lain yang melalui laluan itu turut mengelak daripada terlanggar pemuda terbabit.

Penunggang motosikal bagaimanapun dilihat tidak terus bangun dan lari ke bahu jalan mungkin disebabkan kecederaan.

Difahamkan, kejadian berlaku pada 29 Jun lalu kira-kira jam 10.16 pagi, namun lokasi kejadian tidak dinyatakan.

View on Threads

Ramai Kecam & Kritik Aksi Berbahaya Penunggang Motosikal

Perkongsian yang telah mendapat lebih 106,000 tontonan dan turut dikongsikan di platform lain nyata mendapat perhatian pengguna media sosial.

Mengintai ke ruangan komen, yang mengkritik dan mengecam aksi berbahaya penunggang motosikal yang bukan sahaja boleh meragut nyawanya sendiri malah membahayakan pengguna lain.

Malah, ada yang mempersoal tindakannya yang lambat untuk bertindak dari terus bangun ke bahu jalan.

Memandu Secara Berbahaya Boleh Dipenjara & Denda

Untuk info, memandu secara melulu dan berbahaya hingga menganggu pengguna jalan raya lain boleh menyebabkan pelaku didakwa mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Jika sabit kesalahan, pelaku boleh dikenakan hukuman penjara tidak lebih daripada lima tahun dan tidak lebih 10 tahun dan didenda tidak kurang RM5,000 dan tidak lebih RM15,000.

Bukan itu sahaja, mereka juga boleh hilang kelayakan lesen memandu tidak kurang lima tahun.

Ini antara komen pengguna Threads:

“Dah Jatuh, Reaction Lambat Pula Tu, Bukan Teruk Pun Jatuh, Bangun La Terus, Nasib Tak Kena Langgar Dengan Kereta Lain”

“Bahaya Wey Bawa Laju Ambil Side Macam Tu, Kita Tak Tahu Dekat Depan Ada Apa”

“Macam Tu Je Dia Pancung Tepi, Mujur Ajal Lambat Lagi”

“Jangan Salahkan Takdir Kalau Korang Sendiri Yang Minta”

“Nasib Baik Lori Sempat Elak, Kalau Tak Memang Pecah Kepala, Duk Berlumba Ke Apa”

Baca Artikel Berkaitan: Mat Rempit Jatuh Ketika Tunjuk Aksi ‘Wheelie’ Depan Orang Ramai, Motosikal Rempuh Myvi [Video]

Baca Artikel Berkaitan: “Tunggu Nak Kena Kutip Di Rumah” – Tular Aksi Mat Rempit ‘Fly’ Didakwa Dirakam Pihak Polis [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Mat Rempit Tiba-Tiba Masuk & Halang Laluan Motosikal Lain Jadi Punca Kemalangan [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.