fbpx
Now Reading
Ini Fakta Tentang Berus Gigi & Cara Bersihkannya Yang Patut Korang Tahu

Ini Fakta Tentang Berus Gigi & Cara Bersihkannya Yang Patut Korang Tahu

Ramai yang menyangka berus gigi hanya perlu ditukar apabila ia sudah rosak dan tidak boleh digunakan lagi.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Bila sebut tentang kesihatan mulut, ramai yang hanya memfokuskan kepada kebersihan gigi.

Kebanyakan individu pasti akan meluangkan masa untuk bertemu dengan dentist bagi memastikan gigi berada dalam keadaan yang baik.

Namun, pernah tak korang terfikir tentang penjagaan alat pembersihan seperti berus gigi?

Bila sepatutnya kena tukar? Tempoh penggunaan dan pelbagai lagi fakta tentang alat pembersihan ini.

Berjuta Bakteria Terdapat Pada Berus Gigi

Memetik Hello Doktor, walaupun berus gigi merupakan alat pembersih namun sebenarnya terdapat berjuta bakteria yang ada pada berus gigi di rumah korang yang terdiri daripada pelbagai jenis.

Antara bakteria tersebut adalah:

  • Streptococcus mutans yang boleh menyebabkan hakisan enamel, pereputan dan kerosakan gigi.
  • Coliyang boleh menjadi punca utama cirit-birit.
  • Streptokokus Beta-hemolitik yang menjadi penyebab jangkitan strep pada tekak
  • Najis yang mungkin melalui udara dan melekat pada berus gigi jika penutup tandas dibiarkan terbuka.
  • Staphylococci yang boleh menyebabkan jangkitan kulit.
  • Porphy-romonas gingivalis yang boleh menyebabkan penyakit gusi.
  • Candida albicans yang boleh menyebabkan ruam, kulit kering, kelemumur, kurap, kaki makan air.
  • Herpes simplex yang boleh menyebabkan lepuh sejuk.
  • Hepatitis A, B, dan C.

Cara Nak Pastikan Berus Gigi Sentiasa Bersih

Berus gigi sebenarnya merupakan antara alat yang mudah tercemar apatah lagi kedudukannya diletakkan di sinki dan tandas yang boleh menyebabkan bakteria mudah melekat padanya.

Jika korang mahu berus gigi berada dalam keadaan bersih, korang perlu pastikan;

  • Elak simpan berus gigi dalam bekas plastik kerana bekas kedap udara tidak akan mengeringkan berus gigi malah menggalakkan lagi pertumbuhan bakteria.
  • Gunakan ubat gigi yang mengandungi bahan seperti triclosan atau kopolimer memandangkan ia bukan sahaja membunuh bakteria pada mulut malah memastikan berus gigi berada dalam keadaan bersih.
  • Pastikan penutup mangkuk tandas sentiasa ditutup terutama bila korang flush bagi mengelakkan bakteria ‘terbang’ di udara
  • Bersihkan berus gigi dengan cara merendamnya dengan hidrogen peroksida atau ubat kumur terutama selepas ia terjatuh di lantai.
Foto: Freepik

Bila Kena Tukar Berus Gigi?

Ramai yang menyangka berus gigi hanya perlu ditukar apabila ia sudah rosak dan tidak boleh digunakan lagi.

Sebenarnya, berus gigi perlu ditukar dalam tempoh tiga hingga empat bulan selepas ia digunakan.

Namun, ia perlu ditukar sebelum tempoh tersebut jika bulu berus sudah mula kembang dan rosak atau berlaku jangkitan pada mulut serta kerongkong hingga menyebabkan batuk.

Pilih Berus Gigi Bersesuaian, Keras Tak Semestinya Bagus

Ramai yang menganggap berus gigi keras bagus dan membantu untuk membuang plak dari permukaan gigi.

Sebenarnya, berus gigi yang lembut adalah lebih baik dalam penjagaan gigi.

Tidak perlu berus gigi terlalu kuat kerana perbuatan itu hanya akan merosakkan gusi dan enamel.

Berikut adalah tips untuk pemilihan dan penjagaan berus gigi bagi memastikan keberkesanan dan kebersihan gigi dan berus…

Posted by Bahagian Kesihatan Pergigian Selangor on Tuesday 3 January 2023

Mungkin sebelum ini ada yang ambil mudah tentang berus gigi yang digunakan setiap hari.

Jadi, periksa berus gigi korang dan lihat adakah ia sudah patut ditukar. Apa yang penting, pastikan korang memilih berus gigi yang bersesuaian.

Baca Artikel Berkaitan: “Tak Dibersihkan Semasa Berus Gigi” – Doktor Dedah Ini Punca Utama Mulut Berbau [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Betul Ke Minum Susu Boleh Rosakkan Gigi Budak?

Baca Artikel Berkaitan: Jangan Terus Berus Gigi Lepas Muntah! Doktor Ini Jelaskan Sebabnya [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.