Warga Emas Gigih Travel KL-Perak Kerana Terpedaya Video AI, Konon Ada Cable Car Di Pengkalan Hulu [Video]
Menerusi perkongsian itu, wanita berkenaan turut menjelaskan kepada pasangan warga emas terbabit bahawa wartawan dan individu di dalam video AI itu tidak wujud dan ia hanyalah rekaan semata-mata.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Teknologi Artificial Intelligence atau turut dikenali sebagai AI telah digunakan secara meluas pada masa kini.
Rekaan AI seperti gambar atau video yang dibuat secara suka-suka adakalanya membuatkan ramai individu khususnya golongan warga emas terpedaya dengan fakta yang tidak benar dan sebagainya.
Malah sebelum ini tular satu video AI memaparkan kononnya terdapat cable car yang sudah siap dibina menghubungkan Pengkalan Hulu, Perak dengan Gunung Baling. Ia kononnya dikenali sebagai Kuak Skyride.
Bukan hanya itu, video ciptaan tersebut turut memaparkan ‘seorang wartawan’ AI seolah-olah sedang membuat liputan dan di belakangnya kelihatan orang ramai sudah mula mengunjungi kawasan berkenaan.
Pasangan warga emas terpedaya dengan video AI selepas lihat ada cable car di Kuak Hulu, Perak dalam satu video
Namun siapa sangka, penularan video tersebut menyebabkan ada warga emas yang terpedaya.
Menerusi Threads seorang wanita turut meluahkan rasa kasihan apabila melihat sepasang warga emas yang sanggup berkunjung ke Perak dari Kuala Lumpur selepas terpedaya dengan video AI yang dilihatnya.
Perkara itu dikongsikan oleh pengguna Threads yang dikenali sebagai Dya yang memaklumkan pasangan suami isteri itu telah mendaftar masuk ke sebuah hotel dan bertanya kepadanya adakah dia pernah menaiki cable car di Kuak Hulu, Perak.
Sangka warga emas bergurau, rupanya memang percaya ada cable car di Pengkalan Hulu
Menyangkakan warga emas itu bergurau dia kemudian mengatakan dirinya sibuk dan tidak mempunyai kesempatan untuk menaiki kenderaan tersebut.
“Lepas tu dia kata ‘pakcik makcik datang dari Kuala Lumpur (KL) datang sini nak naik cable car tulah’. Aku terkejut aku tanya pakcik makcik ni serius ke? Dia kata ‘haaa lah betullah’.
“Allah kesian wei. Aku dah jelaskan dekat makcik, tu video AI je tak betullah, dia kata ‘eh tak akan lah orang nak tipu kot, siap ada wartawan lagi’,” ujarnya.
Jelaskan video tak benar, kerana suasana di pekan senyap-sunyi
Dya lalu menjelaskan kepada pasangan warga emas itu, yang dia merupakan penduduk di kawasan tersebut dan perkara tersebut adalah tidak benar.
“Sini tak ada apa sangat tengok dekat luar tu sunyi je kalau ada cable car dekat sini dah meriah dah pekan ni. Lepas tu pakcik tu tanya isteri dia macam mana kita ni? Aku ada tanya pakcik makcik tu tak tanya anak dulu ke sebelum datang. Dia kata malu.
“Hmm entah lah, lepas tu isteri dia kata tapi kamu sepatutnya kena komen dekat video tu kata tak betul. Makcik pakcik tu tengok video tu dekat Facebook (FB), aku tengok dekat TikTok. Akaun FB pun aku tak ada, kemudian makcik tu kata nak saman,” jelasnya lagi.
View on Threads
Beritahu semua individu dalam video adalah tidak wujud dan hanya rekaan
Tidak berputus asa, Dya cuba memahamkan warga emas berkenaan kesemua individu yang dilihat dalam video tersebut hanyalah rekaan dan tidak wujud dalam dunia realiti.
“Kemudian makcik tu kata nak saman wartawan dalam video tu. Saya cakap acik orang dalam ni bukan orang betul pun, ni orang edit je. Makcik tu kata ‘ish tergamaklah mereka buat orang macam ni’.”
Dya dalam masa sama turut meminta orang ramai untuk sentiasa bertanya keberadaan ibu bapa mereka khususnya jika mereka warga emas dan suka melancong.
View on Threads
Ramai yang kasihan dengan pasangan warga emas terpedaya video AI
Melihat di ruangan komen ramai yang kasihan dengan pasangan warga emas berkenaan kerana mempercayai video AI tersebut.
Malah ada yang mengatakan bukan sekadar warga emas ada juga individu muda yang turut percaya dengan video sebegitu.
Tidak kurang juga ada yang berkongsi ada juga segelintir individu yang mereka jumpa percaya terdapat cable car di Pengakalan Hulu, Perak.
Ada juga mengatakan di ruang komen ada yang memaklumkan itu adalah video AI, dan mungkin pakcik serta makcik itu tidak memahami apa itu AI.
“Orang muda pun ramai yang percaya lepas sekali tengok, apatah lagi orang tua. Kesiannya dah baca komen atau tengok betul-betul baru perasan..”

“Kesiannya”

“Aduh kesiannya, dah lah datang jauh-jauh. Takpe lahm suruh makcik pakcik tu pergi jalan-jalan Ipoh. Jalan-jalan cari makan dekat sana”

“Adoi naya padahal ramai je komen kata AI mesti pakcik makcik tak faham..”




