fbpx
Now Reading
Vlogger Mat Salleh Tolong Tunda Motosikal Lelaki Rosak Dalam Hutan Raih Perhatian Ramai [Video]

Vlogger Mat Salleh Tolong Tunda Motosikal Lelaki Rosak Dalam Hutan Raih Perhatian Ramai [Video]

Menerusi video yang dikongsikan, Liam turut memberitahu menunda motosikal lelaki berkenaan dengan menolak kenderaan itu menggunakan kaki kanannya sehingga 40 minit.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Setiap pelancong yang datang ke Malaysia pastinya ingin menerokai setiap pelusuk kawasan pelancongan di negara ini.

Malah ada yang sanggup bercuti sehingga berbulan-bulan lamanya untuk melancong di sini serta ingin mengenali sejarah di setiap kawasan.

Tak kurang juga ada yang menjelajah ke setiap kawasan itu dengan menggunakan kenderaan seperti kereta serta motosikal berbanding menggunakan kenderaan perkhidmatan awam.

Mat salleh tolong penunggang motosikal tersadai dalam hutan Royal Belum

Baru-baru ini, seorang vlogger mat salleh yang dikenali sebagai Liam Richards turut melakukan perkara sama sewaktu meneroka Hutan Royal Belum di Pahang.

Namun siapa sangka pengembaraan Liam ke dalam hutan itu akhirnya menemukannya dengan seorang lelaki tempatan serta memerlukan bantuan.

Menerusi video yang dikongsikan oleh Liam di Instagram, awalnya dia memaklumkan ingin ke hutan berkenaan sambil matahari terbenam mengiringi perjalanannya menaiki motosikal berkuasa besar.

40 minit berjalan dalam keadaan jalan gelap dan sunyi sebelum jumpa lelaki warga tempatan

Liam turut memaklumkan dia tidak tahu berapa jauh perjalanannya untuk sampai ke hutan berkenaan selepas menunggang motosikal selama 40 minit dalam keadaan jalan yang gelap dan sunyi.

Namun di tengah perjalanan itu, Liam menyedari seorang penunggang berhenti di tepi jalan disebabkan motosikal rosak.

Sudah lakukan pelbagai cara untuk hidupkan enjin motosikal, namun gagal

Lelaki tempatan itu turut memberitahu Liam, dia juga tidak tahu kerosakan apa yang dialami motosikal berkenaan.

Malah kelihatan mereka membuat pelbagai pemeriksaan dan cara untuk menghidupkan semula enjin motosikal berkenaan namun masih tidak berjaya.

Lelaki itu juga memberitahu Liam dia ingin pulang ke rumah dan perjalanannya mengambil masa lebih daripada satu jam dari tempat motosikalnya rosak.

Antara cabaran lain dihadapi oleh Liam untuk membantu lelaki berkenaan adalah mereka juga tidak mempunyai internet untuk membuat sebarang carian bengkel terdekat atau mungkin menghubungi mekanik bagi meminta bantuan.

“Kita pergi hotel, saya boleh tunda motosikal awak. Ia lebih baik daripada awak tersekat di sini awak juga tak boleh hubungi mekanik,” jelasnya.

Liam juga sempat bergurau apabila mengatakan dia menaiki motosikal kerana ingin mencari gajah namun apa yang dijumpainya adalah lelaki berkenaan.

“Kaki kanan saya menolak motosikal, ia sukar motosikal yang beribu sisi (untuk menunda motosikal lelaki berkenaan). Ia perlu lancar,” katanya lagi.

Tunda motosikal selama 40 minit sebelum sampai di hotel

Menurut Liam, dia menunda motosikal lelaki itu sehingga 40 minit sebelum mereka sampai ke hotel.

Sebaik sampai di hotel, lelaki tempatan itu mengucapkan terima kasih kepada Liam kerana sudah membantunya untuk menunda motosikal tersebut.

“Sekurang-kurangnya di berada di kawasan selamat sekarang, kerana ada staf hotel yang mempuyai peralatan dan barangan untuk membetulkan motosikal tersebut.

“Ia adalah lebih baik daripada apa yang kami boleh lakukan daripada tersekat di tempat yang tidak diketahui tempatnya.”

Lelaki turut ucapakan terima kasih kepada mat salleh yang membantunya

Melihat di ruangan komen, seorang individu dikenali sebagai Amin turut memaklumkan lelaki yang mengalami motosikal rosak itu adalah dirinya dan insiden tersebut berlaku pada hari raya.

Amin juga memaklumkan dia tidak tahu kerosakan apa yang dialami motosikalnya selepas terlanggar lubang.

Tidak kurang juga ramai yang mengucapkan terima kasih kepada Liam kerana telah membantu Amin sewaktu motosikalnya mengalami kerosakan.

“Sebagai rakyat Malaysia, saya salute dengan kebaikan awak! Awak turut belajar menunda menggunakan kaki. Terima kasih”

“Jalan itu tak selamat untuk awak membawa motosikal di waktu malam. Kerana mempunyai haiwan liar seperti harimau, harimau kumbang, ular, gajah, babi hutan dan namakan saja”

” All hail, tolak motosikal 40 minit! Awak memang luar biasa! Awak mempunyai hati yang baik. Semoga sentiasa selamat, gembira dan sihat walau di mana juga anda berada”

“Terima kasih brother, bagaimana boleh kami bayar kamu kerana sudah membantu rakyat kami?”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.